Showing posts with label emma maembong. Show all posts
Showing posts with label emma maembong. Show all posts

Sunday, December 21, 2014

Zizan dan Emma Maembong Putus Cinta?

Sekali baca tulisan wartawan di Harian Metro hari ini bunyinya seperti kisah drama yang dilakonkan pasangan popular ini namun ayat digunakan memang serius mengatakan yang Zizan Razak dan Emma Maembong kini sudah putus cinta.


Zizan dan Emma Maembong Putus Cinta?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Emma MAembong, Zizan Razak

Baru sahaja rasanya kita membaca kenyataan Emma Maembong yang tidak lagi mahu bercerita tentang soal kahwin bersama Zizan Razak, hari ini dihidang pula khabar angin yang pasangan ini sudah tidak bersama sejak sebulan yang lalu.

Menariknya, penulsi itu turut berkata yang Emma Maembong sudah pun bertemu pengganti iaitu pelakon Kamal Adli yang sebelum ini bercinta dengan Intan Ladyana.

“Dengarnya, Emma baru pulang dari Thailand & Kamal sanggup meninggalkan set penggambaran semata-mata mahu ambil buah hatinya di lapangan terbang. Kalau setakat berkawan, takkan Kamal sanggup berkejar jemput Emma kan! Itu buang karan namanya”

“Bila difikirkan semula, patutlah status Whatssap Emma sejak sebulan lalu mencurigakan. Seakan akan dia berada dalam ‘mood‘ kecewa dan cuba bertenang,” tulis wartawan itu lagi.

Kalau dilihat di akaun sosial Instagram mereka, Emma Maembong dan Zizan Razak masing masing masih berkongsi gambar berdua sehingga beberapa hari lalu dan gossip ini nampak sedikit pelik & jika benar, memang ianya satu yang mengejutkan. Ke tidak?


Zizan dan Emma Maembong Putus Cinta?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Emma MAembong, Zizan Razak

Zizan dan Emma Maembong Putus Cinta?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Emma MAembong, Zizan Razak

Zizan dan Emma Maembong Putus Cinta?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Emma MAembong, Zizan Razak

Zizan dan Emma Maembong Putus Cinta?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Emma MAembong, Zizan Razak

Zizan dan Emma Maembong Putus Cinta?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Emma MAembong, Zizan Razak

Zizan dan Emma Maembong Putus Cinta?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Emma MAembong, Zizan Razak

Baca : Penjelasan Vanidah Imran Dakwaan Larikan Buku Cek Seniman 

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Tuesday, December 16, 2014

Emma Maembong Tutup Cerita Kahwin

Pelakon Emma Maembong memberitahu dia tidak mahu lagi bercakap tentang soal perkahwinan dengan pelawak Zizan Razak selagi ia belum benar-benar pasti.


Emma Maembong Tutup Cerita Kahwin, info, terkini, hiburan, pasangan sensasi, zizan razak, emma maembong, gosip,


Emma, 22, berkata, dia tidak mahu perkara itu membuatkan peminat-peminat yang membaca berita itu berasa bosan dengan jawapan klise yang diberikan seperti sebelum ini.

"Saya tidak mahu bercakap tentang itu kerana jawapannya masih sama seperti tahun lepas, saya tidak mahu cerita berpusing-pusing hingga sebenarnya tiada jawapan tentang itu.

"Orang akan bosan dan marah dengan saya bila bercakap benda yang sama sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Emma berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pernikahan kakaknya Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja, pada 12 Disember lalu.

Katanya, dia bersyukur kedua-dua kakaknya iaitu Shikin dan Yaya sudah selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan masing-masing.

"Sebagai adik sudah tentu saya gembira kedua-dua kakak saya sudah ditemukan jodoh pada tahun ini dengan lelaki pilihan mereka.

"Insya-Allah kalau ada jodoh saya nanti saya akan beritahu dan jemput semua," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan terbaharu, Emma berkata, sejak penampilan bertudung jadual kerjayanya masih sama seperti dahulu.


Emma Maembong Tutup Cerita Kahwin, info, terkini, hiburan, pasangan sensasi, zizan razak, emma maembong, gosip,

Emma berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Hantu Selfie 2 bersama kekasihnya Zizan.

"Lepas bertudung tawaran yang saya terima masih sama seperti dahulu. Pada awalnya saya fikir selepas bertudung tawaran akan berkurangan.

"Saya cuba buat bisnes untuk sediakan strategi andai tawaran berkurangan. Tapi Alhamdulillah, sekarang saya sedang menjalani penggambaran drama Hantu Selfie 2," ujarnya.

Dalam pada itu, Emma berkata, beberapa buah drama ketika belum berhijab belum disiarkan di televisyen lagi.

Katanya, perkara tersebut juga bakal menjadi pertikaian segelintir pengguna internet yang tidak memahami situasi tersebut.

"Ada beberapa drama saya sebelum bertudung yang belum lagi keluar. Itu pun saya pasti ada segelintir yang akan pertikaikan kenapa saya tidak bertudung.

"Mereka tidak faham penggambaran itu dilakukan sebelum saya bertudung dan saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya sudah menandatangani kontrak dengan produksi tersebut," ujarnya. 

Baca : Justin Jawab Status Hubungan Cinta Mode 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, December 13, 2014

Yaya Maembong Dapat Tajaan Bulan Madu Ke Kota London

Pelakon Emma Maembong memberikan hadiah istimewa berupa pekej berbulan madu ke London sempena perkahwinan kakaknya, Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja.


Yaya Maembong Dapat Tajaan Bulan Madu Ke Kota London, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja, emma maembong

Yaya atau nama sebenarnya, Rabbiati Adawiyyah, 38, berkata, hadiah itu merupakan satu kejutan yang dilakukan oleh adik kesayangannya selepas mereka selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, pada Jumaat.

"Insya-Allah kami akan berbulan madu di sebuah pulau dalam masa terdekat ini dan kemudian akan ke London.

"Itu merupakan hadiah istimewa yang diberikan oleh Emma dan Insya-Allah kami akan pergi awal tahun depan iaitu selepas Wan Raja selesai penggambaran drama," ujarnya kepada mStar Online.

Yaya dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang di sini, petang Jumaat.


Yaya Maembong Dapat Tajaan Bulan Madu Ke Kota London, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja, emma maembong

Yaya menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM 12,121.40.

Sementara itu, ditanya tentang keistimewaan wanita itu, Wan Raja berkata, Yaya merupakan seorang yang tidak cerewet dan sukakan kesenian.

"Saya mengenali dia bukan kerana dia adalah keluarga Maembong, mempunyai ayah seorang pelukis atau adik-beradik yang cantik.

"Namun, dia seorang yang suka sesuatu yang seni seperti saya juga. Jadi apa yang kami lakukan dan fikirkan selalunya sama," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang perancangan keluarga, Wan Raja berkata, dia hanya menyerahkan segalanya kepada Allah.

Dia juga tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat memandang usianya sudah terlewat berkahwin berbanding lelaki lain.

Baca : Pelakon Faralyna Idris Sah Bergelar Isteri Fikri  

Sumber : kamithemedia.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, November 21, 2014

Punca Zizan Razak tidak mahu nikahi Emma Maembong

Hai semua, admin harap korang boleh LIKE FANPAGE FACEBOOK BLOG HIBURAN. Tekan LIKE Dibawah :) 


Selepas dua kali difitnah berkelakuan tidak senonoh dengan Emma Maembong beberapa minggu lalu, Zizan Razak memberitahu tidak akan menikahi kekasih hatinya dalam masa terdekat.


Punca Zizan Razak tidak mahu nikahi Emma Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak, emma maembong,

Menurut pelakon dan pelawak terkenal itu, dia mengambil keputusan berkenaan kerana mahu memberi tempoh selama setahun untuk melihat perjalanan kerjaya mereka masing-masing sebelum merancang untuk mendirikan rumah tangga.


Punca Zizan Razak tidak mahu nikahi Emma Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak, emma maembong,

"Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu."

"Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini."

Baca : Foto wajah terkini Syella Kamaruddin semakin memukau 

Sumber : plbgaimacam.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif


"Emma Tak Perlu Takut Dengan Saya" - Juliana Evans

Sejak berita kepulangan pelakon cantik, Juliana Evans atau lebih mesra disapa Jue diketahui umum, pelbagai spekulasi yang timbul.  Malah tidak dinafikan dia menjadi buruan pihak media bagi menjawab beberapa persoalan yang tergantung sepanjang ketiadaannya di Malaysia.

Juliana Evans, emma maembong, info, terkini, sensasi,


Selain kisah peribadi, cerita yang mendakwa timbul pergaduhan antara dia dan Emma Maembong di Los Angeles pada awal tahun ini antara yang ditunggu-tunggu memandangkan tiada sebarang jawapan daripada pihak Jue berkenaan isu terbabit.

"Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka.  Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar.

"Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain.  Tambahan pula kami sudah lama tidak berjumpa.  Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa," jelas Juliana kepada Media Hiburan Online.

Meski kepulangannya ke Malaysia sejak 16 November lalu di atas beberapa urusan kerja, masih ada cakap-cakap yang menyifatkan Jue mahu membalas dendam atau dalam erti kata lain cuba mengganggu hubungan yang kini terjalin antara Zizan dan Emma.

"Buat apa saya nak dendam atau marah, kerana antara kami hanya kawan rapat sahaja.  Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia.  Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan.

"Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama.  Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak.  Dan untuk Emma, tak perlu takut dengan saya," pinta Jue.

Juliana Evans, emma maembong, info, terkini, sensasi,

Siapa sangka, belum pun dia menjejakkan kaki ke Malaysia, sudah menanti beberapa naskhah yang perlu dilunaskan pelakon filem 'Mael Lambung' ini.

"Ketika masih di sana lagi, pihak pengurusan saya di sini iaitu Uprising Entertaintment sudah menerima beberapa tawaran untuk saya.  Dan pada Disember ini saya akan ke lokasi penggambaran filem '7 Dimensi Alif' dan sebuah drama 13 episod.

"Selepas itu, saya akan kembali semula ke LA kerana di sana saya juga terlibat dengan beberapa projek lakonan.  Di sana kerjaya lakonan saya diuruskan oleh sebuah agensi.  Kiranya, saya akan berulang-alik antara Malaysia dan LA.  Itu pun berdasarkan komitmen kerja yang telah disusun," cerita Jue tentang kerjaya lakonannya.

Baca : Wajah Terbaru Penyanyi Dangdut Amelina!  

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, November 15, 2014

Emma Maembong Tampil Pertahankan Adiknya Chacha Maembong

Anugerah Skrin 2014 berlabuh tirainya pada minggu lepas dengan pelbagai anugerah dengan pelbagai kategori di pertandingkan. Anugerah seperti inilah, artis-artis memakai baju yang di reka oleh pereka-pereka tempatan.


Emma Maembong, Chacha Maembong, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, kontroversi,


Minggu lepas kecoh apabila seorang pereka meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada seorang pelakon baru kerana tidak menggayakan baju rekaannya ketika Anugerah Skrin 2014. Sehubungan dengan itu, artis berkenaan iaitu Chacha Maembong tampil memohon memaaf dan memberi penjelasan agar isu tersebut tidak dibesarkan.

Susulan daripada isu kontroversi antara pereka fesyen Ezuwan Ismail dan pelakon, Chacha Maembong, kakak kepada pelakon cantik berkenaan, Emma Maembong telah memberikan kenyataan balas berhubung isu berkenaan.

Emma Maembong menerusi laman Instagramnya telah meluahkan pendapatnya terhadap rasa tidak puas hati dan kekecewaan Ezuwan Ismail selepas Chacha Maembong tidak menggayakan pakaian rekaannya ketika Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini.

Emma Maembong, Chacha Maembong, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, kontroversi,

Emma Maembong, Chacha Maembong, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, kontroversi,


Melalui gambar dan mesej yang dimuat naik berkenaan, Emma Maembong telah menyatakan beberapa perkara penting mengapa adiknya, Chacha Maembong telah mengambil keputusan untuk tidak menggayakan gaun rekaan pereka fesyen berkenaan.


Emma Maembong, Chacha Maembong, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, kontroversi,


Jelasnya, dia terpaksa berbuat berkenaan (menulis di dalam Instagram) bagi menerangkan perkara sebenar dan tidak mahu pihak terbabit terasa hati jika apa yang ditulisnya menyinggung hati mana-mana pihak.

“Saya ada dengan Chacha time dia nak pakai baju designer tersebut. And ukuran badan pada baju tersebut lari. Ada gelembung belakang dan ukuran ketiak pun lari.

“Masa fitting Chacha ada bagi tahu bahu ni senget, tapi dia cakap ‘you jangan tengok sekarang, belum siap lagi ni’. So she didn’t expect la on the event day baju dapat macam tu sebab dia dah ambil pin cucuk kat mana yang kena alter masa fitting.

“Sebab bila dapat baju dua-dua belah tangan lari tak sama,” katanya dalam Instagram yang turut disertakan dengan gambar pakaian merah jambu terdedah di bahu yang dihiasi dengan butiran manik.

Emma Maembong yang mewakili adiknya menulis, dia telah menghubungi pereka fesyen berkenaan melalui kiriman Whasapp sebaik sahaja majlis berkenaan selesai untuk meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar.
Malah adiknya, Chacha Maembong telah meminta maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan semata-mata untuk meleraikan segala salah faham.
Bagaimanapun dia agak terkejut apabila hal berkenaan telah menjadi isu dan diperbesar-besarkan oleh Ezuwan Ismail.

Emma Maembong dalam kenyataannya itu lagi, kebarangkalian untuk adiknya menggayakan gaun berkenaan pada majlis lain cukup cerah kerana tidak sempat untuk menyarungkan pada majlis anugerah berprestij berkenaan.

“Kadang-kadang ada juga terjadi dekat Emma sendiri and usually designer lain faham dan amat professional, siap event lain pakai baju yang tak jadi pakai itu. Tapi ini macam over sangat.

“Jangan nak cakap time nak sponsor okay saja. Tapi dah kalau salah designer tu sendiri ukuran tak sama dan tak dapat seperti yang dijanjikan. Oh! Kita tak boleh bersuara pulak? Its fair and square lah, designer buat baju kita tolong mereka promote, sama-sama untung,” katanya.

Perkara tersebut boleh di selesaikan dengan cara yang baik, tanpa melibatkan umum. Ini sedikit sebanyak menimbulkan ketidak puasan hati sesetengah pihak.

Sumber : sayanghanyauntukmu.com

Sunday, October 26, 2014

6 Gambar perkahwinan Emma Maembong & Adira paling ekslusif

Wow memang paling ekslusif gambar-gambar perkahwinan Emma Maembong dan Siti Adira Suhaimi bagi menghiasi majalah perkahwinan edisi November 2014.

Tampil bertudung penuh, kedua-dua artis popular ini kelihatan amat anggun ketika menggayakan dua gaun pengantin yang berwarna putih & merah dan bertatahkan pelbagai hiasan menarik.

Tak sabar pula tengok Emma dan Adira bersanding di pelamin dengan jejaka pilihan hati masing-masing. Mesti secantik bidadari kan! Betul tak?

Gambar perkahwinan Emma Maembong & Adira, info, terkini, sensasi, hiburan, emma maembong, adira af,

Gambar perkahwinan Emma Maembong & Adira, info, terkini, sensasi, hiburan, emma maembong, adira af,

Gambar perkahwinan Emma Maembong & Adira, info, terkini, sensasi, hiburan, emma maembong, adira af,

Gambar perkahwinan Emma Maembong & Adira, info, terkini, sensasi, hiburan, emma maembong, adira af,

Gambar perkahwinan Emma Maembong & Adira, info, terkini, sensasi, hiburan, emma maembong, adira af,

Gambar perkahwinan Emma Maembong & Adira, info, terkini, sensasi, hiburan, emma maembong, adira af,


Sumber : senaraiartis.blogspot.com