Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts

Saturday, February 13, 2016

Fitnah Kematian, M Daud Kilau Maafkan Penyebar

Penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau meminta supaya berita tentang kematiannya berhenti disebarkan dan berharap agar peminat akan mendoakan yang terbaik bagi dirinya.


Fitnah Kematian, M Daud Kilau Maafkan Penyebar


“Saya minta peminat doakan yang baik-baik sahaja, jika ada yang mendoakan yang buruk, harap fikirlah kembali,” tegas beliau yang kini berusia 77 tahun.

Berita palsu tentang kematian M Daud Kilau itu sudah tersebar sejak semalam, bagaimanapun M Daud Kilau hanya memaafkan penyebar berita itu dan berkata dia tidak terkejut perkara itu terjadi kepada dirinya.

Beliau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau juga memberitahu bahawa kesihatannya semakin pulih dan kini mampu bergerak sendiri tanpa bantuan daripada isterinya.
“Alhamdulillah hari ini saya lebih segar, jika sebelum ini isteri banyak membantu saya, tapi tadi saya mampu bergerak perlahan-lahan ke bilik air” katanya kepada sebuah akhbar tempatan, semalam.

Selepas hampir sebulan terlantar di Hospital Selayang, Selangor sebelum dipindahkan dari Hospital Teluk Intan, Perak, M Daud Kilau meminta kebenaran berehat di rumah anaknya, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Beliau menghidapi masalah saluran kencing, masalah kencing manis dan juga masalah buah pinggang. – Mynewshub

Tuesday, January 19, 2016

Muat Naik Video Berseluar Dalam, Arja Lee Dikecam

Pelakon Arja Lee dikecam  selepas memuat naik video bermain bola sepak di dalam rumahnya dengan hanya memakai seluar dalam berwarna putih.


Muat Naik Video Berseluar Dalam, Arja Lee Dikecam


Video yang dimuat naik kira-kira tiga jam lalu di akaun Instagram (IG)nya itu dilabelkan sebagai kurang sopan oleh pengikutnya di mana seluar dalam tersebut kelihatan agak ketat di bahagian tertentu.


A video posted by arjalee (@arjalee) on

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Arja, dia seolah-olah ingin bergurau bersama peminatnya dengan meniru gaya pemain bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo.
“Cristiano Ronaldo play football at home #ArjaLee #Arjasplayfootball . Just for fun.” tulisnya.

Bagaimanapun, ada pengikut IG meluahkan rasa kurang selesa dengan tindakan Arja sekaligus mempersoalkan tujuan video tersebut dimuat naik.


Lebih teruk lagi, pengurus peribadinya juga turut dituduh sebagai dalang yang memuat naik video tersebut tanpa pengetahuan Arja.

Ruangan komen IG Arja dihujani dengan komen yang rata-ratanya berpendapat video seperti itu tidak patut didedahkan untuk tatapan umum kerana boleh mengundang pelbagai tanggapan kurang enak terhadap aktor itu.-astrogempak

Monday, January 18, 2016

Zizan Razak Akrab Dengan Bekas Isteri Eizlan Yusof?

Pelakon dan pelawak Zizan Razak enggan memberi sebarang komen berhubung gosip terbaharu yang mengaitkan dirinya dengan bekas isteri aktor Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Santie Harun.


 Zizan Razak Akrab Dengan Bekas Isteri Eizlan Yusof?


Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, berkata, tiada sebarang keperluan dia mengulas perkara itu.
"Tiada apa yang saya perlu komen, minta maaf," katanya ringkas menerusi Whatsapp kepada mStar Online pada Ahad.

Terdahulu laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan menyebut Zizan beberapa kali dilihat keluar bersama dengan wanita berkenaan dan mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

Dalam pada itu, ditanya tentang sejauh mana kebenaran gosip berkenaan, Zizan tetap dengan pendiriannya enggan mengulas mengenai perkara itu.

Eizlan dan Vie Santie disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 16 Februari tahun lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Abang Long Fadil 2 terbitan Skop Productions.

Kata Zizan lagi, dia kini sedang sibuk menjalani latihan teater Bikers Kental yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari  23 Januari hingga 31 Januari ini.

Selain Zizan, teater itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Nadia Brian dan Ameerul Affendi.-mstar

“Syura Paksa Saya Ceraikan Dia” – Mohd Fadhly

Jika sebelum ini, penyanyi Syura pernah mengatakan bahawa dia diceraikan talak dua, baru-baru ini suaminya Mohd Fadhly menjelaskan, Syura sendiri yang mahu dia diceraikan selain mahu menerangkan salah faham yang berlaku di antara mereka.

“Syura Paksa Saya Ceraikan Dia” – Mohd Fadhly



“Saya masih sayangkan Syura. Selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk, dia tidak pernah berhasrat untuk kembali taat kepada saya sebaliknya beberapa kali meminta saya lepaskannya”

“Saya akhirnya bersetuju kerana saya sayangkan dia dan sedar tiada guna saya memaksanya untuk meneruskan perkahwinan kami kerana dia sudah tawar hati,” katanya kepada mStar Online. Tambah Fadhly, dia tidak pernah mengabaikan isterinya itu sebaliknya namun Syura mula berubah sikap selepas menjuarai program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.

Fadhly memberitahu mereka bercerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 19 Ogos tahun lalu dan bercerai kali pertama pada 29 September 2014 sebelum mengambil keputusan kembali rujuk pada 10 November tahun sama.-rotikaya

Friday, January 8, 2016

Sudah Putus Tapi Nelydia Senrose dan Qi Razali Bercuti Bersama?

Pernah menyatakan bahawa mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa malah Nelydia Senrose sendiri menyatakan bahawa dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya, baru-baru ini terjadi kebetulan di antara pelakon wanita ini dan juga bekas kekasihnya, Qi Razali.


Sudah Putus Tapi Nelydia Senrose dan Qi Razali Bercuti Bersama?

Kebetulan tersebut adalah apabila Nelydia dan juga Qi memuatnaik gambar di lokasi yang sama iaitu di pulau percutian Koh Lipe yang terletak di Thailand. Apa pun, sebelum ini Nelydia pernah menyatakan juga bahawa jika dia sudah ditakdirkan semula dengan Qi, dia menerima dengan hati terbuka.


Sudah Putus Tapi Nelydia Senrose dan Qi Razali Bercuti Bersama?

Sudah Putus Tapi Nelydia Senrose dan Qi Razali Bercuti Bersama?

Pastinya percutian Qi dan Nelydia ditemani rakan-rakan. Apa yang lebih penting, semoga tahun 2016 ini bakal membawa perubahan yang positif kepada mereka.-rotikaya

Tunggu Empat Jam, Neelofa Kesal Layanan Bank Tempatan

Neelofa yang kini berada di New York telah memuatnaik sekeping gambar di Instagram menceritakan mengenai masalah yang dihadapinya berikutan kegagalan transaksi pembayaran yang tertangguh selama empat jam.


Tunggu Empat Jam, Neelofa Kesal Layanan Bank Tempatan

Dalam kenyataannya di laman sosial tersebut, Neelofa meluahkan rasa kesalnya terhadap perkhidmatan bank tempatan tersebut yang membuatkannya terpaksa menunggu daripada pukul 12.30 tengahari sehinggalah 4.40 petang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Perkara tersebut mendapat reaksi berbaur di laman Instagram. Selain ada yang menyatakan turut menghadapi masalah yang sama, ada juga peminat yang kurang selesa dan mendakwa Neelofa bagaikan ingin menunjuk-nunjuk.-rotikaya

Thursday, January 7, 2016

Salwa Razak Ditipu Kekasih?

Pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ahmad’, Salwa Razak mendedahkan dirinya telah ditipu ‘hidup-hidup’ dengan bekas teman lelakinya yang rupanya berstatus suami orang, sejak enam bulan lalu.


Salwa Razak Ditipu Kekasih?


Menurut Salwa, pada awal berkenalan dia pernah bertanyakan status lelaki itu. Namun, menurut lelaki itu dia adalah seorang duda anak dua.

Bagaimanapun, setelah bersama selama enam bulan, Salwa memberitahu dia mula mencurigai sikap kekasihnya yang sesuka hati datang dan pergi.

Hal itu membuatkan Salwa cuba dapatkan nombor telefon isteri lelaki itu sebelum terkejut mengetahui wanita itu dan kekasihnya tidak pernah bercerai apatah lagi pergi ke mana-mana mahkamah syariah.
“Jadi pengakuan ini sudah cukup membuktikan mereka masih sah suami isteri. Saya tak kecewa kehilangan dia tetapi saya terluka kerana ditipu. Sampai hati dia tipu saya,” kata Salwa.

Selain itu, Salwa mendakwa kini bekas teman lelaki itu menuduh dia mencuri wang sebanyak RM1,000.
“Ia sangat mengarut sebab memang betul saya pakai duit tu. Itupun dia yang cakap, ‘kalau awak nak pakai duit awak tau nak ambil kat mana.’ Jadi saya gunakan dan dah pun diganti semula.

“Lama dah saya ganti tapi itulah sebab yang dia gunakan untuk kenakan saya atau apa. Tapi bagi saya ia tidak berasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Salwa turut mendedahkan bekas teman lelakinya itu juga merupakan seorang pelakon. –mynewshub

Saturday, January 2, 2016

Nas-T, Atitah Haris Pergi Kursus Kahwin Bersama?

Sebelum ini, pelakon Nas-T pernah menyatakan bahawa dia selesa berkawan dengan model busana muslimah Atitah Haris dan khabarnya dari sumber kami, mereka dilihat menghadiri kursus kahwin yang bersama-sama.


Nas-T, Atitah Haris Pergi Kursus Kahwin Bersama?


Jika dilihat kepada beberapa siri gambar yang dikongsikan di Instagram Atitah, mereka juga sering keluar bersama-sama ditemani oleh anak Atitah sendiri. Malah ada peminat yang bagaikana dapat menghidu mengenai hubungan yang terjalin di antara mereka.

Nas-T, Atitah Haris Pergi Kursus Kahwin Bersama?


Melalui portal Mangga Online sebelum ini, Nas-T juga menjelaskan bahawa dia cukup serasi dengan wanita berkenaan malah tidak menafikan jika ada peminat yang mengatakan mereka bercinta. Macam sudah tidak lama kalau sudah pergi kursus kahwin ini. Jika betul, moga semuanya baik-baik belaka.
“Kalau ada yang mengatakan kami bercinta, terpulanglah… sebab setiap individu punya hak untuk menilai. Saya tidak mahu beri komen tentang cinta. Sebagai manusia, kita sememangnya digalakkan untuk berkawan dengan ramai orang”

“Memanglah teringin untuk mencari pengganti. Tidak ada siapa yang mahu hidup keseorangan. Saya tidak mahu terlalu mencari cinta kerana takut nanti kecewa lagi. Hanya berserah pada rezeki saya di masa akan datang,” katanya dipetik melalui portal tersebut.-rotikaya

5 Lagi Foto Atitah dan Nas-T Disni

Monday, December 21, 2015

Punca Hubungan Cinta Fathia Latiff dan Aiman Hakim Berakhir

Pada bulan Mei lalu, Aiman Hakim sendiri pernah menyatakan hasratnya untuk menikahi Fathia Latiff dalam masa yang terdekat namun kini hanya tinggal kenangan apabila kekasihnya itu menjelaskan status hubungan mereka ketika ini.

Punca Hubungan Cinta Fathia Latiff dan Aiman Hakim Berakhir


“Biasalah, kita hanya merancang namun segala-galanya ditentukan oleh Allah. Hubungan kami sudah berakhir sejak dua minggu lalu kerana tiada lagi persefahaman. Kami pernah berpisah sebelum ini dan cuba untuk menjernihkan keadaan serta memperbaiki kekurangan masing-masing, namun sudah tertulis jodoh kami tidak panjang”

“Semestinya saya inginkan sebuah hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Begitupun saya reda andai ini takdir kami. Saya sendiri tidak mahu orang jelak dengan kisah cinta kami yang tidak berkesudahan”


“Cukuplah, itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ini. Lagipun perihal jodoh berada di luar bidang kuasa kita. Namun, kami tetap bersikap profesional dan tidak bermusuh,” jelas Fathia kepada BH Online.

Sebelum ini, Fathia ada juga mengatakan bahawa sikap cepat merajuknya membuatkan dia putus cinta sebelum ini tapi siapa tahu mungkin mereka akan kembali bersama, sekali lagi. Apa pun, semoga Aiman dan Fathia masing-masing tabah untuk move on.-rotkiaya

Thursday, December 17, 2015

Adira AF Bakal Kahwin VIP, Jadi Isteri Kedua?

Perkongsian gambar Adira AF baru-baru ini di Instagram bersama seorang wanita bagaikan merungkai jawapan kepada persoalan siapakah wanita tersebut. Dakwa sumber kepada kami, khabarnya Adira bakal menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki berpangkat Dato’.


Adira AF Bakal Kahwin VIP, Jadi Isteri Kedua?

Selain itu, perbualan di laman sosial Facebook juga seperti mengiyakan perkara tersebut. Apa yang menarik perhatian, isteri pertama kepada Dato’ itu juga kelihatan redha dan merestui perkara tersebut.


Adira AF Bakal Kahwin VIP, Jadi Isteri Kedua?

Adira AF Bakal Kahwin VIP, Jadi Isteri Kedua?

Jika benar apa disampaikan ini, pastinya ia sesuatu yang baik buat Adira dan semoga rumahtangga yang dibina bahagia hendaknya. Apa pun, Adira pastinya mempunyai jawapan yang sebenar mengenai perkara ini.-rotikaya

Neelofa Bergelar Isteri Ketiga Bekas Menteri?

Heboh ketika ini diperkatakan di media sosial, artis dan usahawan jelita Neelofa sudah sah menjadi isteri ketiga kepada bekas menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato Seri Shafie Afdal.


Neelofa Bergelar Isteri Ketiga Bekas Menteri?

Setakat ini belum Neelofa belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung isu, ini namun daripada komen-komen di instagram miliknya dapat disimpulkan bahawa cerita ini lebih kepada cakap-cakap kosong pihak yang mencari publisiti murahan.

Neelofa Bergelar Isteri Ketiga Bekas Menteri?

 Hmmm... adatlah bila berada dalam dunia artis kan. Apa pun, Neelofa memang antara usahawan yang semakin berjaya dari hari ke hari.. Dalam banyak-banyak artis yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan, Lofa antara artis yang paling terkenal dengan mengeluarkan satu jenama tudungnya sendiri iaitu Neelofar Hijab..

Laporan daripada BBC, penjualan tudung jenama Neelofar yang dikeluarkan oleh pelakon dan pengacara jelita tanah air itu telah mencecah RM50 Juta iaitu dua kali ganda dari jangkaannya.

Jenama tudungnya yang mempunyai hampir 700 pengedar sah termasuk di Brunei, London, Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan Belanda tidak dapat menghalang dirinya dari dikatakan sebagai isteri ketiga orang kenamaan.

Tetapi, orang tak semudahnya terus percaya dengan gosip itu.. Iyerlah, kalau Lofa dah kahwin dengan VVIP sekalipun.. Takkan Lofa nak jadi isteri nombor tiga? Dia pun dah boleh dikategorikan sebagai seorang jutawan dan rasanya Lofa dah tak perlu nak cari seorang VVIP untuk tumpang kekayaan dengan menjadi isteri ketiga..

Biasalah tu manusia, tak boleh nak tengok orang senang sikit.. Ada saja fitnah yang mahu disebarkan untuk menjatuhkan kejayaan orang lain..-belaibangkit

Tuesday, December 15, 2015

Inilah Punca Almy Nadia Tawar Hati Untuk Berlakon Semula

Masih tidak habis-habis mengenai masalah berkaitan saiz badan, Almy Nadia menjelaskan bahawa dia kini bukan menolak tawaran berlakon, sebaliknya fizikal pelakon ini seolah-olah menjadi penghalang buat produksi memberi tawaran lakonan.

Inilah Punca Almy Nadia Tawar Hati Untuk Berlakon Semula


“Tipulah jika saya tidak rindu untuk berlakon semula setelah melahirkan anak. Masa mula-mula dahulu memang rindu, kemudian lepas bersalin ada satu masa saya rindu lagi untuk beraksi”

“Namun setelah beberapa bulan kemudian, masih tiada tawaran di samping terdengar pengarah bertanya sama ada badan saya sudah turun ke belum dan dalam masa sama saya sudah mula berniaga, jadi bagi saya, lebih baik saya teruskan berniaga”

“Rasanya bagi saya berniaga lebih seronok kerana tunggu berapa jam pun di gerai, masih boleh jual barang di samping berpuas hati apabila dapat memberi orang makan. Jika ditawarkan berlakon semula, saya perlu lihat juga pada bayaran,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Almy juga mengatakan bahawa kebanyakan stesen TV memilih untuk mengambil pelakon baharu walaupun ada antara mereka dilihat tidak pandai untuk berlakon oleh kerana mereka boleh dibayar rendah.
“Pelakon baharu boleh dikerah dan dibayar rendah. Lagipun asal muka cantik dan hensem, mudah sahaja mereka berlakon. Berbanding ketika kami dahulu ada label tersendiri, jika seseorang artis mahu masuk slot yang best mestilah dibarisi pelakon popular dan terkenal”

“Jika artis itu tiada nama dan baharu, mereka tidak akan di pandang. Namun kini sangat berbeza asalkan ada rupa. Oleh itu, pelakon lama seperti saya sudah tidak dipandang produksi dan stesen TV,” ujarnya.-rotikaya

Fasha Sandha Dan Jejai Bercerai?

Biar betul nie.....? menurut maklumat dari ruangan forum cari.my,pasangan ini telah pun bercerai selepas Suaminya, Jejai menjatuhkan talak keatas  Fasha Sandha. Berita ini hanya tersebar dikalangan orang terdekat sahaja.


Fasha Sandha Dan Jejai Bercerai?

Fasha Sandha Dan Jejai Bercerai?

Sebelum ini timbul masalah rumahtangga pasangan ini dan juga campur tangan pihak ketiga.-infolaju

Monday, December 14, 2015

Isu kontroversi Faradhiya dinobatkan Naib Juara Gegar Vaganza 2, ini penjelasan sebenar

Padan Muka! Isu kontroversi Faradhiya dinobatkan Naib Juara Gegar Vaganza 2, ini penjelasan sebenar Ramli MS yang buat netizen terdiam. Confirm makan dalam netizen yang pertikai keputusan juri malam tadi. Ambik korang.
 Isu kontroversi Faradhiya dinobatkan Naib Juara Gegar Vaganza 2, ini penjelasan sebenar

Perbezaan markah antara Juara dan Naib Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) hanya 0.3 % sahaja dan akhirnya memihak kepada Siti Nordiana.

Markah Siti Nordiana ialah 68.7% manakala Faradhiya pula mendapat markah sebanyak 68.4%. Perbezaan yang sedikit ini bergantung kepada cara nyanyian mereka ketika berada di atas pentas.

Juri tetap Datuk Ramli MS berkata Nana kelebihannya ketika menyanyi solo manakala Faradhiya ketika menyanyi lagu Rap semasa ‘Battle Round’.

“Semasa Nana menyanyikan lagu Putus Terpaksa, dia berjaya menambat hati juri kerana setiap key yang dinyanyikan telah sampai.


“Tetapi semasa dia menyanyikan lagu Awak Kat Mana, ternyata dia ada kelemahan untuk menyanyikan lagu genre itu kerana ia bukan ‘forte’ Nana.

“Berbeza pula dengan Faradhiya, ketika nyanyi Lagu Janji Manismu, dia nyanyi bagus cuma ada terkucil sikit ‘note-note’ nyanyiannya.

“Kredit memang harus diberikan kepada Faradhiya menyanyikan Lagu Oh La La kerana dia memang pandai untuk menyanyikan lagu berentak Rap,” kata Datuk Ramli MS kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, beliau juga memberi komen terhadap finalis yang berada di ‘Bottom 3’ apakah sebabnya mereka boleh berada di kedudukan itu.

“Saya sebagai juri akan ambil penekanan daripada setiap sudut, antaranya ialah key pada nyanyian, terlupa lirik, cara lontaran vokal serta tempo.

“Sebenarnya kesemua finalis ini sedar kalau dia buat silap. Tersalah buat pada salah satu perkara yang saya sebutkan tadi, maka markah mereka akan menjadi kurang.

“Apa-apa pun, finalis GV2 harus diberi pujian kerana kesungguhan mereka yang sangat jitu dan komitmen yang diberikan amat luar biasa,” katanya mengakhiri bicara.

Sumber: Murai

Friday, December 11, 2015

Sarimah Ibrahim Sudah Hamil?

Lebih setahun mendirikan rumahtangga pengacara dan pelakon Sarimah Ibrahim, 37, akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dengan Tunku Jamie.


Sarimah Ibrahim Sudah Hamil?


Malah Sarimah Ibrahim berkata keterujaan untuk menimang cahaya mata menyebabkan dia dan suami sudah pun menyenaraikan nama-nama pilihan untuk bakal anak mereka nanti.
“Setiap pasangan pasti menginginkan cahaya mata setelah mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan kami.

“Usia saya pun dah lewat. Saya tak mahu tunggu lama-lama. Kami tidak merancang dan hanya menyerahkannya kepada Tuhan.

“Kami pun sebenarnya dah bincang nama anak dan mula menyenaraikannya. Jadi senanglah kalau kami dikurniakan cahaya mata nanti, kami sudah ada nama,” katanya kepada murai.com.my.

Sarimah ditemui selepas sidang media web show terbarunya Sarimah’s 2 Sen di The Canvas, Damansara kemarin.

Bercakap mengenai program web show terbarunya itu, Sarimah memberitahu di dalam rancangan itu dia akan membincangkan sesebuah topik berdasarkan pengalamannya sendiri.

Pengalaman yang akan dikongsi termasuklah mengenai hal peribadinya sendiri seperti hal rumahtangga dan sebagainya.
“Saya telah lama memikirkan bagaimana untuk para peminat saya, jadi apabila produser Lina Tan mencadangkan saya menyampaikan rancangan saya sendiri, saya bersetuju.

“Menerusi rancangan ini saya akan menampilkan personaliti serta pendapat saya sendiri. Saya akan mampu mengulas tentang pelbagai perkara dengan telus, terang dan menghiburkan.

“Saya pun akan terbuka bercerita mengenai pengalaman rumahtangga saya jika seseuatu topik itu ada berkaitan. Mana tau, jika ditakdirkan saya hamil satu hari nanti, saya akan umumkannya sendiri menerusi web show ini,” jelasnya.

Sarimah’s 2 Sen akan bersiaran selama kurang limit setiap episode menerusi siaran TV online iaitu FFEFO.TV mulai 7 Disember lalu.

Kekerapan setiap episod akan ditayangkan mengikut maklum balas daripada peminat dan penonton di TV online dan Youtube.-murai

Kumpulan Kobis Pedas Tarik Diri Dari Juara Parodi?

Sebelum Pak Yus meninggal dunia pada 30 November lalu, arwah adalah salah seorang peserta dalam pentas Juara Parodi yang disiarkan di Astro Warna. Arwah bersama kawan baiknya, Tauke (Jambu) dan Misha Omar berada dalam satu kumpulan yang dinamakan Kobis Pedas. Namun, selepas ketiadaan arwah, nampaknya Tauke dan Misha telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pentas itu.


Kumpulan Kobis Pedas Tarik Diri Dari Juara Parodi?

Melalui muat naik di instagram Tauke, dia menyatakan bahawa kumpulan Kobis Pedas akan menarik diri dari Juara Parodi, pada masa yang sama beliau meminta pandangan peminatnya mengenai keputusan yang telah dibuat itu.


Kumpulan Kobis Pedas Tarik Diri Dari Juara Parodi?

    Kata-kata Tauke dalam instagramnya, “Kobis pedas dah buat keputusan utk menarik diri dalam program #juaraparodi ada kah patut kami teruskan?? atau kami berhenti setakat ini?? korang boleh berikan pendapat.”

Kumpulan Kobis Pedas Tarik Diri Dari Juara Parodi?

Ramai peminatnya menyarankan supaya dia meneruskan perjuangan kumpulan Kobis Pedas walaupun selepas ketiadaan arwah Pak Yus. Rata-rata peminatnya memberi dorongan  dan kata-kata semangat supaya dia meneruskan perjuangan dalam pentas Juara Parodi.

Kumpulan Kobis Pedas Tarik Diri Dari Juara Parodi?


Nampaknya semalam Tauke telah membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan Kobis Pedas demi peminatnya. Kami mendoakan supaya Tauke terus tabah untuk hadapi perjalanan yang pedih ini selepas kehilangan arwah Pak Yus.  Al-fatihah!-gosipmalaysia

Wednesday, December 9, 2015

Rita Rudaini Sedang Dilamun Cinta?

Namun menerusi muat naik beliau di Instagram baru-baru ini, Rita nampaknya seakan sedang dilamun cinta dan ada lelaki yang sedang cuba untuk “mencuri” hatinya.

Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap.


    Cinta datang tanpa di undang….ermmm

Lebih ketara apabila, ahli keluarganya sendiri yang dikenali sebagai cik_ala117 di Instagram turut memberi komen yang mengesahkan Rita sememangnya sudah temui cinta baharu.


Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap.


Ketika portal Sinar Harian bertanyakan perkara berkenaan kepada Rita, beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen buat masa ini dan hanya mendedahkan situasi sebenar apabila tiba masa yang tepat nanti.

Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap.


Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap.



Itulah kata orang, jodoh dan cinta itu kalau sudah hendak datang kita cuba macam mana pun ia tetap akan hadir dalam hidup kita. Jika benar Rita sudah menemui cinta baharu, kita doakan agar kali ini beliau boleh hidup bahagia bersama sehingga akhir hayat. InshaAllah.-beautifulnara

Fasha Sandha Bertikam Mulut Dengan Adik Ipar Sendiri?

Kisah rumah tangga pelakon Fasha Sandha bukan perkara baharu diperkatakan dalam kalangan peminatnya.


Fasha Sandha Bertikam Mulut Dengan Adik Ipar Sendiri?


Terbaharu, aktres itu dikatakan ada ‘bertelagah’ dengan adik iparnya sendiri gara-gara campur tangan peminat menerusi laman sosial.

Peminat dikatakan sengaja melaga-lagakan mereka apabila adik ipar Fasha yang dikenali sebagai Azalea memuat naik gambar throwback nya dengan bekas kakak ipar, aktres Nora Danish.


Fasha Sandha Bertikam Mulut Dengan Adik Ipar Sendiri?


Difahamkan disebabkan gambar throwback tersebutlah, Fasha mengeluarkan komen panjang lebar seperti di bawah ini.

Dalam komen itu, Fasha mengatakan dia ‘berterima kasih’ kepada Nora yang dikatakan berjaya membuatkan hubungan di antara dirinya dan keluarga mertua semakin ‘rumit’.

Fasha turut menambah sebelum berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli, dia banyak kali menjauhkan diri daripada jejaka kelahiran Perak itu namun atas faktor jodoh, mereka akhirnya tetap diijabkabulkan.

Tidak tahan dengan kemelut yang membelenggu dirinya, Fasha berkata dia akan mengalah dan berundur bagi menghilangkan ‘drama kekeluargaan’ yang tercetus di kalangan mereka yang terlibat.

Namun tak berapa lama kemudian, Fasha didakwa memadam komen yang ditulis dalam Instagram adik iparnya itu.


Fasha Sandha Bertikam Mulut Dengan Adik Ipar Sendiri?


Walau bagaimanapun, komen itu telah selamat di-screen capture oleh netizen.

Memetik laporan Harian Metro baru-baru ini, Fasha berkata dia masih belum bersedia untuk mengulas lebih lanjut tentang dakwaan rumah tangganya kini dikatakan goyah.
“Maaf, saya belum bersedia memberikan apa-apa komen.  Terima kasih,” kata ibu kepada Putra Mohd Rayfal dan Puteri Jemyma Raysha ini.

Harap-harapnya rumah tangga Fasha dan Rizal baik-baik sahaja ya! –mynewshub

Atikah Suhaime Sudah Putus Cinta?

Aktres baharu Atikah Suhaime sebelum ini tidak pernah menyorokkan kisah cinta beliau bersama teman lelakinya yang merupakan seorang juruterbang.


Atikah Suhaime Sudah Putus Cinta?

Malah beliau juga boleh dikatakan sering memuat naik foto mereka bersama sehingga mengundang beberapa kontroversi.

Namun, sejak dua menjak ini Atikah tidak lagi berkongsi foto beliau bersama kekasih dan nampaknya hampir semua foto mereka berdua di Instagram telah dipadam. Aik, apa yang sudah jadi?


Atikah Suhaime Sudah Putus Cinta?

Ramai yang mempercayai bahawa hubungan mereka sudah berakhir dan Atikah juga ada memuat naik  foto yang menggambarkan beliau seakan sudah meninggalkan satu hubungan yang dibina.

Erm, betul ke mereka sebenarnya sudah putus cinta? Jika benar tidak apalah Atikah, kami pasti ada ramai lagi jejaka diluar sana yang mengidamkan anda untuk menjadi teman wanita.  Kumbang bukannya seekor bukan?-beautifulnara

Tuesday, December 8, 2015

Nad Zainal Umum Bakal Nikah Disember Ini

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Nad Zainal menjelaskan bahawa dia dan juga kekasih hati, Faliq bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan Disember ini, seklaigus mengesahkan khabar angin sebelum ini.

Nad Zainal Umum Bakal Nikah Disember Ini

“Ya benarlah khabar yang didengar dan kepada sesiapa yang mengenali secara peribadi atau tidak, jika saya pernah terguris atau menyakiti hati saya minta maaf dan saya berharap doa yang baik-baik sempena majlis yang bakal menjelang”

“Saya dan tunang bakal menamatkan zaman bujang pertengahan disember. Doakan yang terbaik. Terima kasih untuk segala kritikan, sokongan selama ini.Terima kasih semua,” jelas Nad di Instagram.

Semoga segala persiapan dan juga rancangan Nad Zainal dan juga bakal suami akan dipermudahkan. Malah peminat setia pelakon ini juga tidak habis-habis mendoakan agar rumahtangga Nad kekal sehingga akhir hayat.-rotikaya