Monday, August 25, 2014

Dynas Mokhtar Tangguh Penceraian Kerana Terikat Dengan Kontrak?

Dynas Mokhtar Tangguh Penceraian Kerana Terikat Dengan Kontrak? | Status perkahwinan Dynas Mokhtar dan suaminya sehingga ke hari ini masih menjadi teka-teki. Walaupun sudah tampil menafikan penceraian berlaku antara mereka, desas-desus keretakan rumah tangga mereka masih bertiup kencang. Menariknya menerusi Harian Metro semalam di ruangan Cik Pang, ada sumber memaklumkan yang penceraian Dynas dan suami ditangguhkan kerana kontrak Dynas dengan sebagai duta produk kelengkapan peribadi. Hmmmm.

Dynas Mokhtar Tangguh Penceraian Kerana Terikat Dengan Kontrak?, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, kes arti sbercerai, hangat, sensasi,


Dikatakan syarikat tersebut telah memilih Dynas sebagai duta produk mereka kerana status Dynas sebagai seorang isteri dan ibu. Oleh itu sangat penting untuk Dynas mengekalkan imej dan gaya hidup keluarga bahagia. Sekiranya penceraian berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan imej syarikat tersebut sekaligus membuatkan Dynas dan suami sepakat untuk menyelesaikan masalah antara mereka selepas kontrak tersebut tamat. Demi mengelakkan kontrak itu ditarikbalik, terpaksalah Dynas dan suami merahsiakan apa jua yang berlaku daripada pengetahuan umum.


Dynas Mokhtar Tangguh Penceraian Kerana Terikat Dengan Kontrak?, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, kes arti sbercerai, hangat, sensasi,


Hmmmmm. Nampak agak pelik tetapi mungkin juga ada kebenarannya. Di harapkan ada hikmah di sebalik kontrak ini sekiranya memang benar rumahtangga Dynas dan suami sedang retak menanti belah. Mana tahu penangguhan ini akan membangkitkan kembali kemesraan dan kebahagiaan yang pernah dikecapi satu ketika dahulu. Semoga ia akan menjadi langkah pertama untuk mereka berbaik semula demi masa depan anak-anak. Sama-samalah kita doakan.

Sumber : beautifulnara.com

Saturday, August 23, 2014

Siti Saleha Enggan Terima Watak Ibu Tua

Siti Saleha Enggan Terima Watak Ibu Tua | Pelakon Siti Saleha menganggap usianya yang masih mudah belum sesuai untuk memegang watak sebagai ibu yang sudah mempunyai cahaya mata berusia lebih daripada lapan tahun.


gosip, Hiburan, info, sensasi, Siti Saleha Enggan Terima Watak Ibu Tua, terkini,


Siti Saleha, 24, berkata, dia terpaksa menolak tawaran yang mahukan dia melakonkan watak itu kerana dianggap terlalu berat untuk dilakonkan.

“Cukuplah dalam drama pada Ramadan lalu iaitu Ramadan Jangan Pergi di mana saya membawa watak ibu yang sudah mempunyai anak berusia lebih lapan tahun, buat masa ini saya tidak akan ambil watak seperti itu lagi.

“Usia saya baru 24 tahun dan watak sebegitu terlalu tua untuk saya. Kalau watak ibu yang mempunyai bayi seperti cerita Nora Elena itu saya boleh terima lagi,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis tayangan filem Mamak Cupcake, di Cathay Curve, di sini, malam Khamis lalu.

Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, dia tidak menyesal membawakan watak ibu dalam drama Ramadan Jangan Pergi yang disiarkan sepanjang Ramadan lalu.

Dia juga menganggap ia sebagai satu cabaran kepadanya dalam membawa pelbagai watak terutama yang tidak pernah dibawakan sebelum ini.

“Saya gembira apabila ramai penonton suka dengan watak ibu yang saya bawa dalam drama itu, saya tidak menyesal kerana ia merupakan pengalaman pertama saya.

“Saya anggap ia sebagai satu cabaran sebagai pelakon tetapi kalau boleh biarlah hanya drama itu sahaja buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, Siti Saleha yang turut terlibat dalam filem komedi berjudul Mamak Cupcake terbitan Grand Brilliance ini mengakui selesa bergandingan dengan pelakon lelaki kegemarannya Shaheizy Sam.

Katanya, Sam seorang pelakon lelaki yang sangat berkebolehan dalam membawakan pelbagai watak dengan baik.

“Ini merupakan pertama kali saya berlakon dengan Sam dan saya merupakan salah seorang peminat dia.

“Dia seorang pelakon yang tidak streotaip yang mana boleh bawa semua watak yang diberikan dengan baik sekali,” katanya.

Dalam filem Mamak Cupcake, Siti Saleha memegang watak sebagai Juliana anak kepada Datin Nora (Maria Farida) yang merupakan penganjur kepada pertandingan Cupcake Kebangsaan.

Dia akhirnya jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bernama MJ (Shaheizy Sam) yang turut mengambil bahagian dalam acara pertandingan itu.

Filem Mamak Cupcake akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 28 Ogos ini. - mStar Online

Sumber : perihalnegara.blogspot.com

5 Gambar Kekasih Baru Sharifah Sakinah

5 Gambar Pakwe Baru Sharifah Sakinah | Akhirnya Sharifah Sakinah tayang gambar kekasih baru. Kalau diikutkan lelaki itu seperti bekerja sebagai juruterbang atau pilot.

5 Gambar Pakwe Baru Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hangat


Kekasih Sharifah Sakinah ini memang macho dengan beberapa gambar beliau berjambang. Namun nama dan umur kekasih baru Sharifah Sakinah ini tidak diketahui.


5 Gambar Pakwe Baru Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hangat

5 Gambar Pakwe Baru Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hangat

5 Gambar Pakwe Baru Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hangat

Tapi betulkah ini kekasih Sharifah Sakinah? Tunggu nanti kenyataan dari Sharifah Sakinah sendiri.

5 Gambar Pakwe Baru Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hangat

5 Gambar Pakwe Baru Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hangat

Semoga berbahagia selalu Sharifah Sakinah!

Sumber : perihalnegara.blogspot.com

Orang Tengah Bertafakur Azwan Ali Sibuk Selfie

Orang Tengah Bertafakur Azwan Ali Sibuk Selfie…? | Semalam merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia apabila satu negara berkabung menyambut kepulangan jenazah yang terkorban dalam nahas pesawat MH17. Para artis ramai yang tidak melepaskan peluang untuk hadir memberi penghormatan terakhir dan antara yang tidak melepaskan peluang tersebut adalah Azwan Ali.


Orang Tengah Bertafakur Azwan Ali Sibuk Selfie…?, info, terkini, hiburan, sensasi, hangat, gosip, kontroversi

Melalui satu post di Instagramnya, Azwan Ali mendapat kritikan ramai selepas mengambil gambar selfie di saat orang sekelilingnya sedang bersedih ketika itu. Selepas itu timbul pula pos yang mengangkat dirinya sedang dikeremuni wartawan TV dan akhbar seolah-olah kehadirannya di situ untuk mendapat publisiti semata.

Dalam keasyikan ramai memberi nasihat kepada Azwan Ali ni, ramailah akaun yang di'block olehnya kerana tidak tahan maki. Dalam masa yang sama juga, Sharnaaz Ahmad memuatnaik post Azwan Ali tersebut dan menyela perbuatan selebriti tersebut sebagai sesuatu yang amat memalukan.


Orang Tengah Bertafakur Azwan Ali Sibuk Selfie…?, info, terkini, hiburan, sensasi, hangat, gosip, kontroversi

Seperti yang dijangkakan, pagi ini Azwan Ali tampil memberi maklumbalas dengan teguran keras si Sharnaaz ni.

Orang Tengah Bertafakur Azwan Ali Sibuk Selfie…?, info, terkini, hiburan, sensasi, hangat, gosip, kontroversi

Orang Tengah Bertafakur Azwan Ali Sibuk Selfie…?, info, terkini, hiburan, sensasi, hangat, gosip, kontroversi

gosip, hangat, Hiburan, info, kontroversi, Orang Tengah Bertafakur Azwan Ali Sibuk Selfie…?, sensasi, terkini,

gosip, hangat, Hiburan, info, kontroversi, Orang Tengah Bertafakur Azwan Ali Sibuk Selfie…?, sensasi, terkini,

Azwan juga dilihat turut memerli kisah lama percintaan antara Sharnaaz dan Shila Amzah.

Sumber : perihalnegara.blogspot.com

Sasha Saidin Jadi Model di Padang, Indonesia

Sasha Saidin Jadi Model di Padang, Indonesia | Meskipun tidak lagi aktif menyanyi, namun rezeki bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin tidak terhenti di situ sahaja apabila dia bakal terbang ke Padang, Indonesia bagi menjayakan sebuah pertunjukan fesyen di sana.


Sasha Saidin Jadi Model di Padang, Indonesia, info, terkini, hiburan,


Bukan untuk menyanyi atau berlakon tetapi khidmatnya kali ini akan digunakan sebagai model bagi menjayakan pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival (IFF) di republik berkenaan pada 25 hingga 28 Ogos depan.

Ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri LOL Entertaiment baru-baru ini, Sasha Saidin berkata dia sangat terharu lagi berbesar hati apabila pihak IFF telah memilihnya untuk menjayakan pertunjukan fesyen berkenaan di sana nanti.

“Saya rasa sangat bertuah kerana dapat mewakili negara dan berpeluang bertemu rakan-rakan baru serta dapat menjelajah ke destinasi baru.

“Sebenarnya saya pernah menjadi model iaitu untuk menjayakan sesi fotografi majalah Wanita di Bukit Tinggi, Sumatera.

“Tet api ini adalah kali pertama saya akan bersama-sama IFF dan mengadakan pertunjukan fesyen di Padang, Indonesia” katanya.

Shasha Saidin telah mencuri perhatian ramai dengan membuat comeback dengan imej terbarunya iaitu gaya rambut perang yang sememangnya sesuai dengan kulit wajah serta personalitinya.

IFF merupakan projek fesyen bertaraf antarabangsa yang telah diperkenalkan oleh Dato Raja Rezza Shah dalam memartabatkan fesyen muslimah di peringkat dunia.

Kata Shasha Saidin, selepas sahaja pulang dari  Padang, dia akan bertolak pula ke Uzbekistan pada 29 Ogos depan bagi memenuhi penggambaran drama terbitan RTM bertajuk Fajar di Bukhara. 

Sumber : perihalnegara.blogspot.com

Johan Minta Bayaran Untuk Sesi Ditemubual?

Johan Minta Bayaran Untuk Sesi Ditemubual? | Pemilik nama Mohd Yazid Lim Mohammad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak menafikan dakwaan yang mengatakan pelawak terkenal ini meminta bayaran sekiranya ada pihak media yang ingin menemubualnya.


Johan Minta Bayaran Untuk Sesi Ditemubual?, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, isu hangat, sensasi,

Johan yang ditemui pada majlis pra-tonton filem animasi Ribbit di TGV One Utama pada Selasa menyifatkan tuduhan itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

“Takkanlah jika nak ditemubual pun saya nak mintak bayaran? Lainlah kalau saya ini seorang pelawak antarabangsa yang terkenal, mungkin perkara itu akan berlaku.

“Tak adalah, bagi saya tuduhan itu semua mengarut!” katanya tegas,

Tambah Johan lagi, timbulnya dakwaan tersebut mungkin kerana intonasi dan gaya percakapannya telah disalah ertikan.

“Kadang-kadang tu bila orang tanya, jawapan saya itu bergantung pada keadaan dan juga tempat.

“Mungkin orang macam saya ini percakapannya banyak di salah ertikan, adakalanya kita melawak tetapi mereka anggap itu serius.

“Saya suka jawab soalan secara spontan dan saya juga tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan mengenai hal ini.

“Jadi dakwaan tentang meminta bayaran itu adalah tidak benar sama sekali.” jelasnya.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam filem animasi terbitan KRU Studios berjudul 'Ribbity', penyampai radio Era.fm ini memberitahu dia berasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan produksi tersebut.

“’Ribbit’ merupakan filem animasi pertama saya dan saya memegang watak sebagai Ribbit iaitu seekor katak yang mengalami krisis identiti.

“Ini merupakan pengalaman baru buat saya dan saya berasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk terlibat dalam filem ini.” ujarnya pendek.

Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 4 September 2014.

Sumber : perihalnegara.blogspot.com