Monday, January 26, 2015

Abby Abadi Ulas Kesediaan Haji Adi Putra Terima Watak Lakonkan Aksi Panas

Baru-baru ini, Adi Putra melahirkan kesediaannya untuk menerima watak panas seperti aksi di ranjang walaupun dirinya kini sudah bergelar haji. Adi Putra memberikan alasan dirinya bekerja dan pekerjaan yang dilakukannya adalah satu ibadah. 


info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, abby abadi, Adi Putra,

Malah kadang-kadang aksi panas yang dilakonkan lebih menggunakan teknik kamera, bukannya dilakukan secara ‘real’. Kenyataan Adi Putra ini telah menarik minat Abby Abadi yang telah memberi sedikit ulasan menerusi akaun Instagramnya.


Dengan berkongsi satu gambar yang jelas menunjukkan artikel berkenaan Adi Putra, Abby Abadi telah memberi nasihat yang panjang lebar kepada pelakon itu. Malah nasihat itu juga boleh digunapakai untuk mereka yang terlibat di dalam industri lakonan. Siap guna hashtagh #MohonJAKIMBersuara lagi. Memang itu satu persoalan valid buat JAKIM sebenarnya. Benda sebegini tak ada pula kecoh nak ambil tindakan kan? Tulis Abby dengan panjang lebarnya:-


info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, abby abadi, Adi Putra,

info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, abby abadi, Adi Putra,

Selaku seorang bekas pelakon, pastinya Abby Abadi mengetahui dengan lebih terperinci tentang apa yang terjadi di sebalik apa yang kita lihat di dalam drama/filem. Bukan senang untuk buat perubahan terutama dari segi mentaliti di dalam industri hiburan, namun kalau kebanyakan pihak seperti pelakon mahukannya, pasti ia mampu diubah. Perlahan-lahan kayuh orang kata.

Sumber : beautifulnara.com

SENIMAN Akui Memang Ada Artis Jadi Gadis Peneman VVIP

Kalau anda ada terbaca Harian Metro beberapa hari lalu, pasti anda akan terkejut membaca pendedahan tentang aktiviti sekurang-kurangnya 10 orang pelakon yang menjadi gadis peneman atau dalam bahasa omputihnya, escort girl kepada VVIP tempatan. Bayaran yang diterima oleh escort girl ini sekitar RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam. Kesemua pelakon yang menjadi escort girl ini kini sedang berada di dalam perhatian pihak polis.


SENIMAN Akui Memang Ada Artis Jadi Gadis Peneman VVIP, info terkini, hiburan, sensasi, gossip,  kontroversi,


Mula-mula macam tak percaya juga dengan apa yang dibaca. Biasalah berita kadangkala akan disensasikan untuk menarik perhatian pembaca. Namun apabila presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi membuat pengakuan tentang kewujudan aktiviti tidak bermoral ini, memang terkejut dibuatnya. Terus tertanya-tanya siapakah 10 gadis peneman ini. Teringin nak tahu. Kata Zed Zaidi:-

    Perkara seperti ini memang wujud. SENIMAN bersedia bekerjasama dengan pihak polis dalam hal ini dan membersihkan industri daripada gejala yang boleh merosakkan imej.

    Kami dapat aduan mengenai ada orang kenamaan (VVIP) yang menggunakan artis sebagai peneman dan ini secara tak langsung mencemar nama artis itu sendiri.

    Kami terdedah dan berjumpa dengan ramai orang. Mungkin ada yang fanatik ini akan buat apa saja untuk bersama dengan artis yang mereka minat. Jadi bila artis itu terjebak dan bermesra dengan seseorang, lama kelamaan dia boleh jadi teman.

    Nasihat saya, pandai-pandailah bawa diri dalam mencari rezeki. Banyak lagi tanggungjawab sosial yang boleh dibuat. Kalau rasa tak boleh, jangan jadi artis kerana kita ada peminat, kita dekat di hati masyarakat, jangan rosakkannya


SENIMAN Akui Memang Ada Artis Jadi Gadis Peneman VVIP, info terkini, hiburan, sensasi, gossip,  kontroversi,


Diharap sekiranya pihak polis membuat tangkapan kelak, janganlah hanya artis sahaja yang ditangkap. Tangkap sekali VVIP yang melaburkan wang mereka untuk mendapatkan escort girl daripada golongan artis ini. Kami percaya hanya segelintir sahaja artis wanita yang melakukan aktiviti tidak bermaruah ini. 

Janganlah hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelenga. Diharap mereka yang terlibat ini segera insaf dan meningkatkan lagi kualiti lakonan/nyanyian, bukannya menjual badan untuk keuntungan. Sumber Harian Metro.

Kenyataan Saari Amri Isu Hubungan Dato' Siti Dengan Zamani

Akhirnya komposer terkenal, Saari Amri tampil untuk menjelaskan status yang ditulisnya tentang Zamani dan Siti Nurhaliza ketika bekas penyanyi kumpulan itu ditangkap kerana dadah. Status tersebut yang menyatakan ‘Siti Nurhaliza tahu punca Zamani jadi begitu‘ telah menimbulkan kontroversi dan persoalan orang ramai.


Kenyataan Saari Amri Isu Hubungan Dato' Siti Dengan Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Saari Amri, Zamani Slam

Ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan oleh Saari Amri. Mengapa perkara sebegitu dibangkitkan setelah sekian lama? Macam-macam soalan bermain di minda.


Kenyataan Saari Amri Isu Hubungan Dato' Siti Dengan Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Saari Amri, Zamani Slam

Artikel Terdahulu :  

Bercakap kepada MalaysianDigest, Saari Amri menjelaskan dengan panjang lebar apa yang ditulisnya. Kata Saari Amri:-

    Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya sering juga banyak menghabiskan masa dengan dia.

    Pernah satu ketika saya bertanyakan pada dia mengapa dia jadi begitu dan saya nasihatkan dia supaya melupakan Siti dan menjalani hidup dengan lebih baik tetapi Zamani seorang yang sangat setia.

    Jadi, apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet’ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.

    Sebenarnya ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi itu kisah lama. Tiada niat saya nak bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu


Kenyataan Saari Amri Isu Hubungan Dato' Siti Dengan Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Saari Amri, Zamani Slam

Daripada apa yang boleh dirumuskan, kehadiran Siti Nurhaliza di dalam hidup Zamani sedikit sebanyak memberi impak kepada penyanyi tersebut. Namun tak boleh salahkan Siti Nurhaliza atau orang lain dengan apa yang terjadi. Ia adalah pilihan diri sendiri. Ramai juga yang putus cinta tetapi berjaya dalam hidup. Akhirnya, semua bergantung kepada azam, semangat dan jati diri. Tak gitu?

Sumber : beautifulnara.com

Pelakon Shima Anuar Sudah Bertunang

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan telah mendedahkan yang pelakon yang semakin meningkat naik, Shima Anuar memakai cincin seolah-olah telah pun bertunang dengan seseorang. Namun, itu adalah khabar angin semata-mata apabila tuan punya badan menafikan perkara tersebut.


Pelakon Shima Anuar Sudah Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, shima anuar

“Bagi saya cincin itu normal, dipakai untuk perhiasan diri bagi seorang perempuan. Kalau dahulu saya ini lebih bersikap ganas sikit tetapi apabila sekarang ini perubahan itu berlaku apabila saya mula untuk berubah penampilan kepada sifat yang lebih feminin sesuai dengan usia ini”

“Cincin yang saya pakai ini tidak mempunyai tanda apa-apa. Saya beli sendiri dan pakai,” katanya yang ditemui sempena pelancaran Hypp Carnival di Paradigm Mall kelmarin.

Dia turut menjelaskan yang tahun ini adalah tahun untuknya membariskan diri serta kerjayanya di peringkat yang lebih tinggi setelah genap 4 tahun berkecimpung dalam industri.

“Target tahun ini nak ‘highlight’ kerjaya saya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Lagipun sudah 4 tahun berkecimpung dalam industri dan saya perlu bekerja lebih keras lagi. Tahun ini harap lebih menyerlah bakat saya orang Nampak dan ingat akan hasil kerja saya. Soal peribadi dan cinta saya tolak tepi dahulu buat masa sekarang,” katanya.


Pelakon Shima Anuar Sudah Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, shima anuar

Menurutnya lagi, sekiranya jodoh telah sampai pada tahun ini dia tidak menolak kerana itu adalah ketentuan takdir dan hanya menerimanya dengan hati yang tenang dan ikhlas.

“Kalau jodoh datang, saya tak boleh menghalang, dan menerimanya kalau ada, masalahnya saya tidak ada lagi,” tambah Shima Anuar lagi yang akan muncul dalam drama berjudul Selipar Jepun dan Stiletto Merah di saluran Hypp TV kelak.


Pelakon Shima Anuar Sudah Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, shima anuar

Pelakon Shima Anuar Sudah Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, shima anuar

Pelakon Shima Anuar Sudah Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, shima anuar

Sumber : rotikaya.com

Isu Berlagak: Zizan Razak Memohon Maaf

Kami rasa permohonan maaf Zizan Razak yang dimuat naik ke akaun Instagram beliau petang ini lebih merujuk kepada penggunaan kata hitam manis terhadap Dayang Nurfaizah di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) malam Jumaat lalu.


Isu Berlagak: Zizan Razak Memohon Maaf, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, zizan razak, nur fazura, MLM 2014


Tetapi, tidak salah juga kiranya permohonan maaf ini diambil semua sebagai sesuatu yang positif termasuklah Nur Fazura yang dikhabarkan kurang senang atau meluat dengan sikap Zizan Razak yang menyampuk ketika juri itu memberikan komen.

Artikel Terdahulu : 
 
 



Isu Berlagak: Zizan Razak Memohon Maaf, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, zizan razak, nur fazura, MLM 2014

“Saya hendak memohon maaf dengan seikhlas-ikhlasnya atas kata kata saya yang mungkin telah menyinggung perasaan sesiapa saja yang menyaksikan saya di pentas MLM minggu lepas”

“Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas dari saya,” tulis Zizan Razak sebentar tadi.

Bagus juga tindakan Zizan Razak memohon maaf sekali sapu bersih semua dan tidak memanjang cerita. Dunia hiburan kecil sahaja, mana tahu boleh bergandingan nanti dalam apa apa projek di masa hadapan, ‘kan senang rezeki dikongsi bersama.

Sumber : rotikaya.com

Miera Leyana Didakwa Tidak Serius Membina Kerjaya

Pelakon yang  sebelum ini sering mencetuskan kontroversi, Miera Leyana, tidak mahu dirinya terus dihimpit dengan cerita negatif biarpun dia kini sentiasa cuba untuk meyakinkan orang ramai dengan kematangannya.


Miera Leyana Didakwa Tidak Serius Membina Kerjaya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Miera Leyana

Pelakon kacukan Melayu-Cina ini, bimbang dengan kesan jangka masa panjang yang bakal dihadapinya jika dirinya terus dihukum dengan kesilapan lalu oleh sesetengah pihak.

“Tidak adil bagi seseorang artis yang pernah melakukan kesilapan untuk berterusan dilabel buruk sepanjang karier seninya."

“Saya tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat untuk meraih semula kepercayaan masyarakat. Bingung apabila masih ada pihak yang berterusan mengaitkan cerita lama,”ujarnya seperti dipetik daripada Utusan Online.

Miera sebelum ini pernah menghangatkan industri hiburan tanah air apabila mengenakan gaun pendek hingga menampakkan sebahagian payu daranya empat tahun lalu.


Miera Leyana Didakwa Tidak Serius Membina Kerjaya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Miera Leyana

Namanya masih hangat diperkatakan lagi, apabila dia melakonkan adegan ranjang bersama Fizz Fairuz dan mengenakan bikini menerusi filem "Dendam Orang Mati".

Miera yang kini dikatakan mengelak daripada bertamu media dan lewat tiba dilokasi, turut mengulas bahawa dakwaan tersebut terjadi kerana kesilapan jadual pengambarannya.

“Saya sudah pun menjelaskan kepada pihak terbabit tentang situasi sebenar."

"Saya langsung tidak dimaklumkan tentang kehadiran media pada hari berkenaan. Tiba-tiba saja keluar gosip tersebut."

Tambah pelakon berusia 22 tahun ini, dia runsing apabila dikatakan tidak serius dalam membina kerjaya lakonannya dan ada pihak yang hanya memandang sebelah mata dengan bakat seninya.

“Kalau tujuh tahun dulu sewaktu saya mula-mula menceburi bidang lakonan ini, memang saya dilihat seperti ‘main-main’."

“Tapi sekarang, saya sudah lain. Sesuai peningkatan usia, pemikiran kita juga sudah bertambah matang. Sudah mampu menilai yang terbaik untuk masa depan,"katanya.

Sumber : tupai.com.my

Wajah Terbaru Anak Teruna Linda Jasmin Macam Justin Bieber

Lama tak dengar cerita pasal Linda Jasmin kan? Kali terakhir pun selepas dia menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasi 2014 yang lalu. 


Wajah Terbaru Anak Teruna Linda Jasmin, info, terkini, hiburan, sensasi, Anak Linda Jasmin

Bukan ada cerita baru pasal guru tari ini pun, cuma baru-baru ini ada rakan kirimkan beberapa keping foto seorang budak remaja mat salleh yang comel dan kacak, rupayanya  anak kepada Linda.

Tak sangka anak terunanya hasil perkahwinannya sebelum bersama pelakon Que Haidar itu sudah besar remaja dan semakin kacak. Wajah mat salleh yang diwarisi itu tak ubah macam penyanyi antarabangsa Justin Bieber pula.

Tak silap usia anak kepada Linda yang bernama  Qalif Khan itu berusia dalam 14 tahun tahun ini. Patutlah dah besar remaja kan anak Linda tu.

Nampaknya, Qalif pandai juga membawa dirinya sendiri walapun ibunya sudah punya family baru dengan adik-adiknya yang lain.

Tak mengapalah, rasanya tak payah berceloteh panjang. Jom kita layan foto-foto Qalif terkini ini:


Wajah Terbaru Anak Teruna Linda Jasmin, info, terkini, hiburan, sensasi, Anak Linda Jasmin

Wajah Terbaru Anak Teruna Linda Jasmin, info, terkini, hiburan, sensasi, Anak Linda Jasmin

Wajah Terbaru Anak Teruna Linda Jasmin, info, terkini, hiburan, sensasi, Anak Linda Jasmin

Wajah Terbaru Anak Teruna Linda Jasmin, info, terkini, hiburan, sensasi, Anak Linda Jasmin

Wajah Terbaru Anak Teruna Linda Jasmin, info, terkini, hiburan, sensasi, Anak Linda Jasmin

Wajah Terbaru Anak Teruna Linda Jasmin, info, terkini, hiburan, sensasi, Anak Linda Jasmin

Sumber : murai.com.my

Sunday, January 25, 2015

Mas Idayu Didakwa Cekik Zuan Azmi

Anda mesti kenal pengacara dan wartawan sensasi Zuan Azmi bukan? Saban minggu muncul di program hiburan Melodi selain kini menjadi hos belakang pentas untuk program Mentor Legend di TV3. Ada kisah menarik dari belakang pentas katanya semalam.


Mas Idayu Didakwa Cekik Zuan Azmi , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, mas idayu, mentor legend

Melalui akaun Twitter beliau, Zuan Azmi menulis yang Mas Idayu yang sebelum ini pernah menjadi bualan apabila naik angin dengan peserta uji bakat Mentor Legend telah mencekik dan menyerang beliau ketika salah satu slot belakang pentas Ahad lalu.


Mas Idayu Didakwa Cekik Zuan Azmi , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, mas idayu, mentor legend

Dalam temubual ringkas bersama kami, Zuan Azmi berkata yang Mas Idayu juga ada mencekik & menyerang beliau ketika rehearsal dijalankan dan telah diberi nasihat untuk tidak mengulanginya ketika siaran langsung namun perkara itu tidak diendahkan.

“Sebab dia perempuan, kalau dia lelaki memang saya sudah lawan balik sebab saya diajar untuk hormat perempuan. Bukan setahun dua jadi artis, masih tidak tahu untuk bersikap professional apabila asyik dikenakan soalan panas,” ujarnya.

Sekali baca seakan Mas Idayu mahu bergurau dengan hos Mentor Legend itu namun kenyataan dari Zuan Azmi tidak menunjukkan perkara ini seperti boleh dibuat main. Kalau asyik kenakan artis dengan soalan panas, apa salahnya sesekali kena cekik ‘kan?

Sumber : rotikaya.com

[VIDEO] : Adira Terjatuh Di Konsert Mentor Legend

Semalam telah berlangsung konsert Mentor Legend battle ketiga diantara Fahmie, Sarah dan Tuah daripada kumpulan A.


[VIDEO] : Adira Terjatuh Di Konsert Mentor Legend, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Adira AF, Mentor Legend


Setiap protege dikehendaki berduet bersama dengan artis undangan pilihan mereka. Protege Mas Idayu iaitu Tuah membuat pilihan yang tepat apabila menjemput Adira sebagai pasangan duetnya. Namun sejurus tamat persembahan, Adira terjatuh di atas pentas?

Jatuh Terduduk




Pada konsert Mentor Legend semalam, lagu Ombak Rindu dan Muara Hati didendangkan oleh Tuah dan Adira. Namun pakaian yang dipakai oleh Adira seolah membataskan pergerakannya sehingga jatuh terduduk saat melangkah keluar pentas.

No One Is Laughing – Pak Nil


[VIDEO] : Adira Terjatuh Di Konsert Mentor Legend, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Adira AF, Mentor Legend

Mujur ada Awal yang membantu mengangkat Adira. Aksi Adira ini turut mendapat perhatian Pak Nil. Normal lah tu jatuh kan? Apa-apa pun suara Adira memang best!

Tuah Tersingkir



[VIDEO] : Adira Terjatuh Di Konsert Mentor Legend, adira AF, gossip, Hiburan, info, Mentor Legend, sensasi, terkini,

Tahniah kepada Sarah dan Fahmie kerana berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Nasib tidak menyebelahi Tuah kerana gagal layak ke peringkat seterusnya, dibezakan hanya dengan 2 mata!

Protege Amy Search, Sarah cemerlang mengungguli kedudukan kumpulan A.

Sumber : ohbulan.com