Monday, February 23, 2015

Uqasha Senrose Berbaju Ketat & Peluk Syafiq Kyle Dikritik

Ketat ke? Ada sesetengah yang kata ketat, ada pula yang kata tidak tapi majoriti tetap tak berpuas hati apabila Uqasha Senrose memilih untuk menggayakan busana tersebut.


Uqasha Senrose Berbaju Ketat & Peluk Syafiq Kyle Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, uqasha senrose, syafiq kyle

Sebab paling utama adalah kerana Uqasha dikatakan tidak memakai tudung menutupi bahagian dadanya. Malah sebahagian besar lehernya juga kelihatan.


Uqasha Senrose Berbaju Ketat & Peluk Syafiq Kyle Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, uqasha senrose, syafiq kyle

Kebanyakan pengikut Uqasha di Instagram nampaknya kecewa apabila pelakon cantik itu seakan kurang menitikberatkan imej yang sesuai untuk gadis berhijab.


Uqasha Senrose Berbaju Ketat & Peluk Syafiq Kyle Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, uqasha senrose, syafiq kyle

Kalau Uqasha masih belum berhijab, gaya bergambar begini mungkin nampak biasa bagi sesetengah orang. Tapi lain pula penerimaan orang luar terhadap gadis yang bertudung. Mungkin perlu lebih sensitif next time?

Ramai juga yang menegur cara pemakaian Uqasha tapi nampaknya respon si cantik ini membuatkan ramai menganggap dia tak boleh menerima teguran dengan baik.


Uqasha Senrose Berbaju Ketat & Peluk Syafiq Kyle Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, uqasha senrose, syafiq kyle

Mungkin Uqasha terlepas pandang perkara ni. Iyalah, kakak kepada Nelydia ni pun masih baru lagi memakai tudung. Boleh tegur tapi janganlah hukum teruk sangat, okay?

Sumber : ohbulan.com

Siapa Awek Mat Salleh Di Sisi Aktor Johan As'ari?

Kelas tak gambar Johan As'ari dengan awek Mat Salleh nih? Mesti korang tertanya-tanyakan siapa awek Mat Salleh nih?


Awek Mat Salleh Di Sisi Aktor Johan As'ari, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, johan as'ari

Adakah Johan As'ari dah tukar selera daripada awek Melayu kepada Mat Salleh selepas hubungannya dengan beberapa selebriti wanita Melayu sebelum ini banyak yang bertahan di separuh jalan.

Mula-mula dulu Nabila Huda, kemudian Shila Amzah, lepas tu Lana Nordin. Itu yang kita tahu.. yang kita tak tahu, entah siapa-siapa pulakan?

Apapun, nak jelaskan kat sini yang gambar awek Mat Salleh ni adalah kawan Johan As'ari yang baru dikenali sewaktu bercuti di sebuah pulau.

Nama awek Mat Salleh nih tak tahu sebab Johan As'ari tak pulak sertakan namanya. Johan cuma beritahu awek Mat Salleh tu daripada Sweden.

Amboi jauhnya awek Sweden tu datang semata-mata nak habiskan masa di pulau. Untunglah, Johan As'ari dapat kenal dengan awek Sweden tu kan?

Sumber : murai.com.my

Johan ‘Enjoy’ Jadi Hos Tak Sangka Julang Top Top MeleTOP

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, lebih memfokuskan terhadap tanggungjawabnya sebagai hos Anugerah MeleTOP (AME2015) demi jutaan penonton.


Pelakon, pelawak dan penyampai radio Johan, info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015

Namun tuahnya meraih Top Top MeleTOP (lelaki)  adalah di luar jangkaan dan sememangnya bukan dirinya yang disebut-sebut untuk menjulang  anugerah itu.

“Kemenangan ini juga adalah satu ujian untuk saya untuk terus memperbaiki mutu pengacaraan, lakonan dan penyampaian, ini semua kehendak peminat dan saya perlu bayar balik dengan bakat yang telah dianugerahkan.

“Alhamduliah ianya juga rezeki anak saya dan isteri yang tidak henti-henti memberi sokongan, dalam pemikiran saya hanya fokus 100% kepada tanggungjawab untuk menjadi hos.

 Apabila nama saya diumumkan, saya tergamam dan terkejut, apa-apa pun terima kasih kepada peminat yang meletakkan kepercayaan yang tinggi untuk anugerah ini,” ujar Johan.

Johan ditemui wartawan di Majlis Sidang Media Anugerah MeleTOP era 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil turut akui isterinya Ozlyn Wati adalah pengukur kejayaanya dalam bidang seni.

“Ozlyn adalah teman rujukan saya untuk bertanyakan pendapat negatif mahupun positif, dia sering memberi kritikan dan pemberi semangat agar saya sentiasa bersedia dengan sebarang cabaran selaku seorang suami mahupun penghibur.

“Apa-apa pun saya ulang semula ini semua adalah rezeki, selain usaha yang jitu doa juga adalah pemangkin kejayaan seseorang untuk mencapai yang mereka inginkan,” ujar Johan mengakhiri bicara.

Sumber : murai.com.my

Ayda Jebat Tak Mahu Digelar Bintang Mee Segera

Pelakon Ayda Jebat atau nama sebenar  Nor Syuhada Jebat  23, tidak mersakan dirinya akan menjadi ‘demand’ mahupun meletakkan harga yang tinggi selepas meraih Anugerah Top Top MeleTOP (AME2015).


Pelakon Ayda Jebat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Bagi dirinya amat tidak wajar kerana nawaitu yang paling penting ialah keikhlasan untuk berlakon demi peminat drama tv tempatan.

“Walaupun soalan itu agak klise, tetapi saya akan jadi diri sendiri, perangai gila-gila dan ‘no diva-diva’, saya akan layan peminat saya seperti mana sebelum ini.

“Jadi tak perlulah nak ‘demand’, yang penting saya kena jaga momentum kerja saya kerana tak mahu digelar sebagai bintang mee segera iaitu menang satu anugerah atau popular dengan satu drama selepas itu terus hilang dalam industri,” ujar Ayda.

Ayda yang ditemui wartawan di Majlis Sidang Media Anugerah MeleTOP era 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil berharap drama terbarunya ‘Suami Sebelah Rumah’ dapat kekalkan peminatnya untuk menonton drama itu.

“Drama ini saya berlakon bersama Izzue Islam, antara permintaan peminat saya untuk berlakon dengannya. Alhamdulilah saya dapat berkerjasama dengan Izzue dan saya seronok bekerjasama dengan Izzue dan tenaga produksi Sheila Rusly.

“Selain itu, ‘Suami Sebelah Rumah’ juga adalah drama pertama mengisi slot IRIS yang disiarkan pada hari Isnin hingga Khamis di TV3.

“Saya harap drama ini menjadi trending dan dapat membantu mengekalkan populariti saya dan kerjaya saya, jangan lupa menonton drama ini yer,” kata Ayda mengakhiri bicara. 

Sumber : murai.com.my

Sunday, February 15, 2015

Ana Raffali Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

Pada 12 Februari (Khamis) lalu, Ana Raffali selamat melahirkan cahaya mata sulungnya secara normal di Hospital Ampang dan baru sahaja berkongsi mengenai perkhabaran gembira tersebut melalui akaun Instagram miliknya hari ini.


Ana Raffali Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, Ana Raffali

Seperti yang dikhabarkan Ana kepada Berita Harian, bayinya itu dilahirkan lebih awal dari jangkaan (5 Mac) dan dilahirkan secara normal di Hospital Ampang, Selangor pada jam 2.25 petang.


Ana Raffali Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, Ana Raffali

Semoga dengan kehadiran cahaya mata sulung di dalam keluarga Ana nanti bakal membawa lebih keceriaan dan juga kebahagiaan kepada kedua-dua pasangan secocok ini yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.

Sumber : rotikaya.com

Fahrin Ahmad Mahu Tunaikan Haji Selepas Kahwin

Tahniah kepada Fahrin Ahmad kerana bakal mengerjakan umrah buat kali ketujuh pada Mac nanti malah dalam masa yang sama turut memberitahu bahawa sudah memasang niat untuk mengerjakan haji selepas mendirikan rumah tangga kelak.
Fahrin Ahmad Mahu Tunaikan Haji Selepas Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fahrin ahmad

“Ramai juga yang bertanyakan kenapa saya tidak tunai haji terus. Sejujurnya saya berniat untuk tunai haji selepas kahwin tetapi bila nak kahwin tu, saya tidak tahu lagi”

“Memang saya ada usaha untuk mencari, tapi diusia saya 36 tahun ini, saya dah tiada masa untuk pergi keluar dating”

“Kalau boleh perkenalan itu hanyalah dalam masa yang singkat dan terus kahwin. Bagi saya dating dan proses perkenalan itu sangat membazir masa dan mengarut,” katanya yang juga kini sibuk dengan penggambaran dan serta jemputan ke majlis-majlis korporat.

Fahrin menambah, buat ketika ini dia lebih selesa bergerak sendiri kerana perkara tersebut memudahkan serta memberikan kelebihan untuk individu lain berurusan terus dengannya.

Sumber : rotikaya.com

Syatilla Sesuai Dijadikan Calon Isteri – Shaheizy Sam

Teka-teki mengenai siapakah gadis bertuah yang berjaya memikat hati aktor Shaheizy Sam akhirnya telah terjawab. Walaupun pernah dikaitkan bercinta sebelum ini, hubungan di antara Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin nampaknya kembali hangat diperkatakan.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Pengakuan terbaru daripada Shaheizy Sam ini pastinya menjawab dakwaan Fazura yang mendedahkan dirinya dan Shaheizy Sam bercinta ketika menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Bercakap kepada media, Shaheizy Sam mengakui bahawa Syatilla adalah teman wanita paling rapat dalam hidupnya kini setelah lima tahun mengenali antara satu sama lain.

Tambah Shahezy Sam lagi dia selesa berkawan dengan aktress tersebut dan mengakui Syatilla mempunyai kriteria untuk dijadikan calon isteri. Tidak mahu terburu-buru, Shaheizy Sam bagaimanapun memilih untuk mendalami hati budi wanita berkenaan terlebih dahulu.

    “Sebab dalam soal mencari jodoh, saya perlu mendalami hati budi wanita berkenaan dan perlu tahu sama ada dia benar-benar ikhlas berkawan atau sebaliknya.

    “Saya turut menitikberatkan tentang keserasian dan hubungan baik antara keluarga kedua-dua belah pihak.

    Saya tahu fizikal seseorang itu tidak boleh dijadikan pengukur untuk menentukan keindahan hati budinya. Buat apa kalau wanita itu cantik tetapi tidak pandai mengambil hati saya dan keluarga.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Dakwaan Fazura yang mengatakan dirinya bercinta dengan Shaheizy Sam ketika penggambaran filem Manisnya Cinta Di Cappadocia nampaknya tidak disenangi Syatilla. Ini dibuktikan melalui status di laman Twitter Syatilla.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,
info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Apa-apa pun kita tunggu kenyataan daripada Syatilla sendiri berhubung status twitternya ini. Jika benar Syatilla sedang menjalin cinta dengan Shaheizy Sam, girlfiriend mana tak bengang bila tiba-tiba ada perempuan lain mengaku bercinta dengan kekasih hati sendiri. Mesti panas kan?

Sumber : ohbulan.com

Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati

Dah pernah tengok akaun Rich Kids of Malaysia di Instagram? Kami rasa tak ada satu pun pencalonan yang boleh menandingi level kekayaan dimiliki oleh anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini.


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Walaupun belum pernah terselit dalam carta RKOM, tapi apa yang korang bakal lihat kat bawah ni adalah sebab mengapa Aaisyah Dhia Rana sebenarnya lebih layak digelar ratu RKOM dan senang-senang je boleh mengalahkan budak-budak ‘kaya’ yang lain.


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Belum pun sampai setahun tapi Aaisyah dah mampu memiliki barang kemas cukup serba serbi merangkumi dua utas gelang tangan, gelang kaki dan rantai. Kau ada? Hahaha!


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Untung Aaisyah ada parents yang mampu sediakan segala-galanya. Difahamkan gelang tangan Aaisyah itu daripada Habib Jewel.
Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Kami tak pasti berapakah had umur untuk kanak-kanak atau remaja yang layak digelar Rich Kids of Malaysia. Tapi, apa yang pasti, jika Aaisyah tercalon, si comel itu akan menjadi baby RKOM yang termuda dalam sejarah kewujudan page itu.


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Dan mungkin Aaisyah boleh menggugat populariti abang sulungnya, Ammar Effendy yang turut tercalon dalam page RKOM. Kalau Ammar hanya mendapat 56 likes, agak-agak berapa ribu like untuk Aaisyah? Mungkin sejuta.

Sumber : ohbulan.com

Ning Baizura kecewa dengan sikap stesen radio

Penyanyi popular Ning Baizura menyuarakan rasa kesalnya dengan sikap sesetengah pihak stesen radio yang sukar memutar lagu-lagunya.


Ning Baizura kecewa dengan sikap stesen radio, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ning Baizura

"Kadang-kadang ada album baru pun tak guna juga sebab lagu tak diputarkan di radio.

"Sudah lebih lima tahun, saya hadapi masalah ini. Tambahan, pula semua stesen radio agak memilih lagu untuk dimainkan. Pastinya setiap stesen radio itu ada agenda mereka tersendiri," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Berikutan itu, Ning berkata dia kini lebih tertumpu kepada perkhidmatan radio indie Raku oleh Astro yang menawarkan podcast.

"Sebagai artis kita boleh mengeluarkan koleksi lagu sendiri dan mereka akan memutarkannya. Dalam mengatasi perkara ini, kita harus kreatif dalam mempromosikan dan giat berusaha.

Dalam pada itu, Ning turut berkata tahun ini dia akan menumpukan pada aktiviti kebajikan sebagai tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

"Saya baru saja menjayakan konsert amal yang bertujuan untuk mengutip derma kilat bagi mangsa-mangsa banjir.

"Malah pada bulan ini saya akan terlibat dengan pelbagai persembahan melibatkan kerja-kerja amal."

Sumber : tupai.com.my