Thursday, February 26, 2015

Tomok Selamat Timang Anak Lelaki Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada Tomok dan juga isteri, Ayu, yang sudah pun selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada pukul 1.34 petang tadi.


Tomok Selamat Timang Anak Lelaki Kedua, info, terkini, hiburan, sensasi, tomok, anak kedua tomok

Bersyukur dengan kelahiran anak kedua mereka, Tomok juga sempat berkongsi jantina anaknya (lelaki) itu yang selamat dilahirkan dengan berat 3.33 kilogram.

Berita gembira itu telah diberitahu oleh Tomok sendiri melalui akaun Twitter miliknya dan turut menerima ucapan tahniah daripada peminat setianya.


Tomok Selamat Timang Anak Lelaki Kedua, info, terkini, hiburan, sensasi, tomok, anak kedua tomok

Buat masa ini, Tomok belum mengumumkan nama anak mereka dan kami pasti ramai di luar sana pastinya ternanti-nantikan perkembangan terbaru anak kedua penyanyi ini.

Nampaknya Arrian akan jadi abang dan kami pasti ramai peminat mereka menantikan video ringkas terbaru daripada Tomok yang mengusik anaknya.

Sumber : rotikaya.com

Sam Akui Hanya Pernah Bercinta Dengan Puteri Najwa

Lagi cerita mengenai kisah cinta yang membabitkan pelakon, Shaheizy Sam. Nampaknya sudah boleh buat novel kemudian dijadikan drama bersiri atau pun filem mengenai kisah cinta jejaka ini.
Sam Akui Hanya Pernah Bercinta Dengan Puteri Najwa , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, shaheizy sam,

Setelah rentetan beberapa episod antara dua selebriti yang seperti mahu berebutkan Sam, akhirnya empunya diri tampil mengakui bahawa hanya ada seorang wanita yang pernah menjadi (bekas) kekasihnya, iaitu pelakon Puteri Najwa.


Sam Akui Hanya Pernah Bercinta Dengan Puteri Najwa , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, shaheizy sam,

Pengakuan ini sedikit sebanyak memberi jawapan dan juga penerangan terhadap tanda tanya kisah cinta Sam dengan Fazura serta Syatilla Melvin. Dengan pengakuan tersebut, ia membuktikan Sam tidak pernah bercinta dengan Fazura seperti yang pernah digembar-gemburkan oleh pelakon wanita itu.

“Bagi Sam, pasangan bercinta pasti akan ada penghujungnya. Kalau tidak berakhir di alam perkahwinan, ia akan berhenti di tengah jalan (putus). Sam belum melalui zaman perkahwinan, tetapi pernah lalui situasi putus cinta”

“Melihat dari sudut dan jalan penceritaan berkaitan Fazura, Syatilla, dan Najwa, hanya Najwa saja bekas kekasih Sam. Kekasih pasti ada penghujungnya”

“Akan tetapi, persahabatan dan kawan-kawan datang dan pergi. Apa yang Sam boleh katakan, ia adalah hubungan kawan-kawan saja,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, walaupun hubungan mereka tidak kesampaian ke jinjang pelamin, Puteri Najwa masih berhubung mesra dengan keluarga Sam sehingga ke hari ini malah kemesraan itu sering disalah erti sehingga wujudnya desas-desus percintaan mereka kembali bertaut.

Pandai ya Sam mengatur ayat. Selama manakah Sam akan bermain teka-teki dengan peminat mahupun pihak media.

Sumber : rotikaya.com

Bekas Pemandu Menang Saman RM150,000 Terhadap Zahida Rafik

Aktres Zahida Rafik telah didapati bersalah dalam tuduhan memfitnah bekas pemandu peribadinya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.


Bekas Pemandu Menang Saman RM150,000 Terhadap Zahida Rafik, info, terkini, berita, sensasi, zahida rafik

Justeru, Zahida telah diperintahkan supaya membayar saman bernilai RM150,000 kepada pemandunya itu.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, bekas pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.

Hakim turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 yang dikatakan diambil daripadanya.

Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 November 2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.

Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, pelakon itu dikatakan dengan niat buruk menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.

Sumber : murai.com.my

Mamat Khalid kecewa dengan Zizan & Emma

Pengarah filem terkenal Mamat Khalid memberitahu bahawa dia tidak akan mengadakan promosi jelajah filem ke-14 arahannya "Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh" kerana kecewa dengan sikap pelakon popular Zizan Razak dan Emma Maembong yang tidak hadir pada majlis pratonton filem tersebut.


Mamat Khalid kecewa dengan Zizan & Emma, info, terkiin, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, emma maembong

Menurut Mamat, pihaknya terpaksa melewatkan tarikh tayangan bagi mengikut jadual kedua-dua pelakon itu, namun usaha tersebut ternyata sia-sia.

"Saya baru mengetahui mereka tidak dapat hadir beberapa jam sebelum tayangan. Saya tidak mahu mengguris hati pihak di sana kerana mereka memberikan komitmen yang baik sewaktu penggambaran dua tahun lalu.

"Bagaimanapun saya agak terkilan apabila mereka tidak hadir pada malam ini. memandangkan mereka tidak hadir, saya tidak akan memanggil mereka lagi untuk promosi ataupun mengadakan jelajah promosi untuk filem ini," katanya yang dipetik dari BH Online.

Ujar Mamat, dia kini akan memberi perhatian untuk ke radio dan stesen televisyen sahaja untuk mempromosikan filem tersebut.

Dalam pada itu, Mamat turut mempersoalkan sikap profesional mereka berikutan ketidakhadiran mereka ketika tayangan filem dibintangi mereka.

"Kalau mereka berdua ada masalah peribadi dan enggan bersemuka pada tayangan malam ini, beritahu saja saya tidak kisah, atau mungkin mereka malu dengan hasil filem ini, maklumkan juga keran saya terima apa jua alasan.

"Tapi mereka senyap begitu saja, di mana sikap profesional mereka? Mungkin sebagai pengarah, saya tidak penting dan tidak berada langsung dalam kamus hidup mereka."

Tambah Mamat lagi, Zizan juga pernah menimbulkan masalah apabila tidak hadir ke sesi rakaman suara (dubbing) sehingga produksi terpaksa guna suara orang lain bagi menggantikan Zizan.

"Saya sepatutnya juga harus dipersalahkan sebagai pengarah kerana tidak menjaga konti. Tapi kekurangan itu terjadi kerana kita menghadapi masalah apabila Zizan tidak hadir pada sesi 'dubbing'. Sebab itu mereka yang menonton filem ini pasti tertanya kenapa Zizan berbual dalam slanga berbeza-beza."

Sementara itu, Mamat yang nyata kecewa dan sedih dengan tindakan kedua-dua pelakon itu memberi bayangan tidak lagi bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang.


Sumber : tupai.com.my

Nabila Huda beri amaran individu menyamar,tipu peminat

Pelakon terkenal Nabila Huda, menyelar individu yang menyamar sebagai dirinya menerusi akaun Facebook.


Nabila Huda beri amaran individu menyamar,tipu peminat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nabila huda

Lebih parah lagi, individu tersebut meminta simpati daripada peminat-peminatnya dan ada di antara mereka yang sudah tertipu.


Nabila Huda beri amaran individu menyamar,tipu peminat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nabila huda

Nabila Huda membuat pengumuman tersebut di laman Instagramnya dan meminta untuk menyebarkan berita tersebut, serta menasihati mereka yang lain untuk lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa seterusnya.

Dalam pada itu, Nabila turut kongsikan kedua-dua akaun Facebook palsu tersebut, bersama-sama mesej penipuan yang dilakukan oleh individu tersebut.

 Nabila turut memberi amaran kepada individu berkenaan, untuk menghentikan penipuan tersebut dan dia juga akan mengambil tindakan lanjut mengenai perkara tersebut.


Nabila Huda beri amaran individu menyamar,tipu peminat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nabila huda

"This both facebook account adalah FAKE!!!!!!Korang jangan tertipu.Especially yang the right one.Yang belah kanan tu memang melampau sebab saya dengar dia ada message some of my fans MINTAK DUIT mintak simpati peminat dan ada yang dah bank in!!!.

"Serious dah la fake acc nak curi gambar from Instagram.Status yang dia update pun ikut suka hati dia je!Tolong jangan tertipu!Saya akan amik tindakan soon.Please spread the news okay.For your information saya memang takde admin untuk fanpage on facebook.Saya ada satu saja fanpage yang adminnya adalah saya.i'll post it later."

Sumber : tupai.com.my

Jep ambil tindakan undang-undang terhadap akhbar

Pelawak popular Jep Sepahtu berkata dia telah menghantar surat menerusi peguamnya sebagai tindakan awal terhadap sebuah akhbar tempatan yang mendakwa kononnya dia mengamuk belakang pentas selepas gagal menjuarai "Maharaja Lawak Mega 2014" (MLM 2014) baru-baru ini.


Jep ambil tindakan undang-undang terhadap akhbar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, jep sepahtu

"Saya telah meminta nasihat peguam tentang perkara ini dan peguam saya telah menghantar surat kepada pihak akhbar itu sebagai tindakan awal.

"Apa yang ditulis di ruangan pojok itu adalah fitnah semata-mata. Ia bertentangan dengan apa yang berlaku pada malam tersebut. Kami gembira dengan kemenangan Zero dan pada masa bersyukur dengan kemenangan kami," katanya kepada Kosmo!

Tambah Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, dia berbuat demikian berikutan untuk menyelesaikan isu tersebut dan membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan perkara tidak benar.

"Selalunya saya hanya berdiam diri, namun kali ini saya anggap ia keterlaluan."

Dalam pada itu, pelawak berusia 30 tahun itu menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di belakang pentas pada malam tersebut.

"Tamat sahaja MLM 2014, saya dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar. Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun malam tersebut."

Tambah Jep lagi, dia juga tidak pasti mengapa dia sering terpalit dengan kontroversi-kontroversi yang tidak berasas.

Sementara itu, Jep berkata kerjayanya tidak terjejas dengan kontroversi yang melandanya.

"Sudah beberapa kali saya terlibat dengan perkara seperti ini. bagaimanapun, saya jujur dengan karier saya. Alhamdulillah, saya masih di sini."

Sumber : tupai.com.my

Tuesday, February 24, 2015

Fazura Selfie Dalam Tandas Jadi Perhatian

Nama Fazura sememangnya semakin meletup-letup di industri hiburan tanah air... Lebih-lebih lagi apabila artis jelita ini menjadi salah seorang juri di rancangan yang cukup-cukup terkenal di negara ini iaitu Maharaja Lewak Mega 2014...


Fazura Selfie Dalam Tandas Jadi Perhatian , info, terkini, sensasi, hiburan, fazura, gambar fazura

Baru-baru ini dia mengongsikan sekeping gambarnya di dalam bilik air tanpa mengenakan sebarang make up. Namun, dia masih kelihatan jelita dengan wajah yang bersih di dalam gambar selfie tersebut. Jom lihat gambar itu di bawah:..-


Fazura Selfie Dalam Tandas Jadi Perhatian , info, terkini, sensasi, hiburan, fazura, gambar fazura

Sumber : iniblocksaya.blogspot.com

Gambar Che Ta Manis Bertudung Dihari Lahir Zain Saidin

Manis bertudung!

Demikian komen peminat Rozita Che Wan ketika menyambut ulangtahun ke-31 suaminya Zain Saidin malam semalam.

"Happy Birthday suami ku," ujar Che Ta melalui IGnya.

Mungkinkah Che Ta akan kekal dengan imej bertudung atau mungkin dia sekadar menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin yang difahamkan dipimpin oleh Imam Muda Asyraf ketika majlis berlangsung.




Namun yang paling menarik, Che Ta telah menghadiahkan suaminya Pakej Umrah sebagai kejutan berbanding hari lahir sebelumnya.

Mereka khabarnya akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama.

Cayalah Che Ta!




















Sumber : myartis.com

Kapsyen Mengejutkan Anak Zul Huzaimy Lepas Dapat Ibu Baru

Pelakon terkenal, Zul Huzaimy telah selamat menikahi gadis pilihan hatinya iaitu Nur Ernawati Mohamad Nor beberapa minggu yang lalu.


Zul Huzaimy, anak Zul Huzaimy, info, terkini, hiburan, sensasi

Anak lelaki kepada aktres kacak itu telah membuat kapsyen khas buat ibu barunya itu menerusi akaun Instagram peribadinya.


Zul Huzaimy, anak Zul Huzaimy, info, terkini, hiburan, sensasi

Sumber : katakcomel.my