Thursday, July 9, 2015

6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

Pemilik nama Nazira Nazrin kini semakin mendapat perhatian gara-gara wajahnya mirip pelakon popular Nora Danish. Maklumlah, semua terkejut rupanya Nora Danish punyai kembar yang cantik bertudung. Disebabkan itu juga ramai yang ingin mengenali gadis cantik ini dengan lebih dekat.


6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

Penampilan Nazira Nazrin berhijab versi Nora Danish berhijab menguatkan lagi pernglihatan kami yang mereka berdua iras seakan kembar. Walaupun berbeza latar belakang dan baru-baru ini ‘Selepas Bertopeng, Nora Danish Fikir Imej Lain Untuk Ke Jalan TAR!‘, mungkin Nazira Nazrin bebas ke mana-mana sahaja memandangkan dia bukanlah Nora Danish yang sebenar.


6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

Apa-apa pun wajah Nazira Nazrin cukup jelita dan bertambah indah mengenakan hijab. Semoga Nora Danish juga tampil berhijab suatu hari nanti walaupun pernah meluahkan prinsip ‘Nora Danish Mahu Berhijab Tanpa Paksaan‘. Semoga kita semua mendapat perkhabaran gembira suatu hari nanti!-gosipmalaysia

6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

Aisyah Sindir Rosmah Supaya Letak Jawatan?

Bekas penyanyi terkenal menerusi lagu Janji Manismu kini mencetuskan kontroversi apabila menggesa dan mengkritik Datin Seri Rosmah Mansor supaya “meletak jawatan” dan “pakai kasut sendiri” dalam statusnya di Facebook.

Aisyah Sindir Rosmah Supaya Letak Jawatan?


Aisyah bersuara selepas melihat seorang pakar motivasi menulis mengenai 23 peratus wanita ingin membeli barang kemas dan bermacam-macam lagi. Oleh itu, Aisyah meluahkan pendapat agar kajian dilakukan peratusan penduduk Malaysia yang mahukan perdana menteri baru menjelang Aidilfitri yang akan tiba kurang dari dua minggu lagi.


Aisyah Sindir Rosmah Supaya Letak Jawatan?


Aisyah pernah bergiat aktif dalam politik sehinggalah dia diketepikan bersama ramai pemimpin progresif PAS oleh perwakilan muktamar parti itu awal bulan lalu.

Aisyah Sindir Rosmah Supaya Letak Jawatan?


    “Mungkin sekarang ini dia patut kaji berapa peratus penduduk Malaysia yang nakkan PM baru untuk hari raya. Rosmah sila letak jawatan dan pakai kasut sendiri,”

Kata-kata yang dilemparkan oleh Aisyah cukup panas dan boleh mencetuskan keadaan yang lebih buruk lagi memandangkan Najib kini berdepan dengan isu WSJ.

Semoga pergolakan politik dan ekonomi negara Malaysia dapat diselesaikan secepat mungkin. Yang penting kami inginkan keamanan dan kemakmuran.-gosipmalaysia

Soffi Jikan bakal muncul dengan filem kedua

Pelakon Soffi Jikan yang baru sahaja tampil dengan filem pertama arahannya "Gangsterock: Kasi Sengat" yang bakal ditayangkan pada 16 Julai ini, kini dalam pembikinan filem keduanya.


Soffi Jikan bakal muncul dengan filem kedua

Menurut Soffi, dia tidak mahu menunggu maklum balas daripada penonton dahulu sebelum muncul dengan produk baru.
"Sebelum saya terkesan dengan maklum balas filem pertama arahan saya. Saya mengambil keputusan untuk bikin filem kedua saya," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Gangsterock: Kasi Sengat" di Cathay Cineplex, ECurve, semalam.

Pada masa sama, Soffi berkata filem terbarunya itu adalah inspirasikan oleh telefilemnya "Taubat Seorang Samsung" yang mengisahkan tentang seorang gangster yang ingin keluar dan meninggalkan kegiatan jahatnya itu.

Filem yang belum mempunyai judul itu dibintangi oleh Khir Rahman, Sobri Anuar dan Along Eyzendy.

Dalam pada itu, Soffi yang ditanya mengenai kualiti video "Gangsterock: Kasi Sengat" yang dilihat 'tidak cantik', Soffi berkata;
"Saya harap semua pihak faham kerana ia adalah salah satu masalah teknikal. Tetapi saya percaya ia masih diterima.

"Soalan itu sukar untuk saya jawab kerana saya sememangnya mahu menghasilkan filem yang terbaik, namun ia pasti akan memakan kos yang besar. Jadi sebab itu walaupun filem ini mencapai 60 ke 70 peratus, kami teruskan juga kerana ada sesetengah perkara yang anda perlu korbankan.

"Itulah kehidupan yang tidak seindah seperti yang kita mahukan." -tupai

Kerajaan Arah Adegan Peluk Cium Dalam Drama TV Dipotong

Menerusi satu pekeliling dari Lembaga Penapisan Filem (LPF), badan tersebut telah menggariskan peraturan rasmi dan setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia wajib mematuhinya demi membangunkan ummah berkualiti tinggi pada masa hadapan.


Kerajaan Arah Adegan Peluk Cium Dalam Drama TV Dipotong

Peka dengan rungutan orang ramai terhadap beberapa produk drama melayu yang disifatkan sebagai terlalu keterlaluan, LPF tampil dengan garis panduan ini. Selain itu, LPF turut menetapkan bahawa adegan yang berunsurkan khurafat serta tahyul juga tidak dibenarkan.


Kerajaan Arah Adegan Peluk Cium Dalam Drama TV Dipotong

Adegan yang turut berkaitan dengan politik serta memburukkan kerajaan juga tidak dibenarkan selain perkataan lucah dan kasar. Bersyukurlah rakyat Malaysia kerana drama-drama yang akan ditayangkan selepas ini akan menjadi suci bersih lagi merapatkan ukhwah kekeluargaan.-murai

(15 GAMBAR) Berselendang Sepanjang Ramadhan, Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya?

Cair beb!!! Kecantikan Nur Fazura tidak perlu diperkatakan lagi. Namun apabila pelakon ini mengenakan selendang sepanjang bulan Ramadhan ini, kecantikan yang ada di dalam dirinya semakin terserlah. Dapat dibayangkan betapa jelitanya dan makin menawan Fazura apabila dia mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya kelak. Mungkinkah Fazura kini dalam proses persediaan untuk berhijrah? Sama-samalah kita doakan.


Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Kemungkinan besar Fazura berselendang sebagai tanda menghormati bulan Ramadhan ini. Tak apalah. Mula-mula start dengan bulan Ramadhan, lepas tue sambung ke bulan Syawal pulak, lepas tue Insya Allah terus bertudung sepenuhnya. Hehehe. Siapa tahu kan? Benda-benda macam ini memang datangnya secara tiba-tiba.

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Yakni ramai jejaka yang jatuh hati melihat keayuan wajah Fazura berselendang. Malah para peminatnya pun melahirkan rasa gembira dengan imej Fazura sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga ia berkekalan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.-beautifulnara

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Nur Fazura Bakal Bertudung Sepenuhnya

Monday, July 6, 2015

Mia Ahmad Tetap Syarat Pilih Bakal Suami

Mendirikan rumah tangga bukan sesuatu perkara yang mudah tambahan lagi ia melibatkan perkongsian hidup bersama lelaki bergelar suami. Dan kerana itu, pemilihan calon yang tepat untuk dijadikan suami penting bagi menjamin rumah tangga yang dibina bahagia dan kekal hingga jannah.


Mia Ahmad Tetap Syarat Pilih Bakal Suami


Begitu jugalah sebolehnya yang dimahukan oleh pelakon Mia Ahmad yang pernah popular menerusi Drama #HatiPerempuan suatu ketika dahulu. Rindu pulak rasanya dengan lakonan mantap Mia Ahmad bersama Syarul Ridzwan.

Mia Ahmad mengakui dirinya bukanlah terlalu memilih atau meletakkan syarat tetapi cukup sekadar lelaki tersebut beriman dengan mendirikan rukun Islam ke dua itu.


Mia Ahmad Tetap Syarat Pilih Bakal Suami


    “Sebolehnya calon kekasih atau suami saya mestilah cukup solat lima waktunya seperti yang dikehendaki orang tua saya itu yang penting.

    “Yang lain saya tidak punyai syarat-syarat tertentu untuk memilih seseorang itu menjadi suami saya suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis ‘Syukur Selalu Syawal’ anjuran Media Prima, baru-baru ini.

Mia Ahmad dalam pada itu juga akui sejak kebelakangan ini ada beberapa individu cuba untuk berkenalan dengannya namun beliau bukanlah seorang yang mudah menjalin hubungan dengan sesiapa.


Mia Ahmad Tetap Syarat Pilih Bakal Suami


    “Memang sejak kebelakangan ini ada ramai orang cuba berkenalan dengan saya, tetapi tidaklah ramai.

    “Namun saya bukanlah seorang yang mudah untuk menjalin hubungan dengan sesiapa, hanya setakat berkenalan melalui telefon, tidak mungkin akan saya layan untuk menjadi teman istimewa saya,” katanya.

So siap-siapa yang rasa dirinya tu layak dan cukup syarat yang diminta oleh Mia Ahmad bolehlah cuba-cuba dekati Mia. Mana tahu rezeki dapat jadi suami Mia. Untunglah badan kan. Dahlah cantik pulak tu ayu bertudung. Sejuk mata memandang.-gosipmalaysia

Firefly Airlines Tak Bagus

Anak syarikat penerbangan sepenuhnya Malaysia Airlines (MAS), Firefly semalam dihencap oleh Afdlin Shauki melalui laman Facebooknya semalam.


Firefly Airlines Tak Bagus

Afdlin dan Johan dijadualkan menaiki penerbangan Firefly dari Lapangan Terbang Senai. Bagaimanapun ketibaan awal mereka di lapangan terbang itu hanyalah sia-sia apabila pesawat yang diharapkan membawa mereka ke destinasi sudah berlepas lebih awal dari masa yang ditetapkan.

"Hari ini aku baru tahu yang Firefly itu adalah airline yang tak bagus. Tak pernah aku naik flight yang terbang awal dari masanya.

"Kita dah check in awal dan dia terbang 10 minit awal. So sekarang kita tersadai di Airport Senai. Berbuka kat airport je. Wowwwweee juneeejuice!!

"Pagi tadi kita tunggu flight kau Firefly, pasal flight kau delay. Sekarang kau boleh belah awal? Tak masuk akal betullah!" katanya.

Bagaimanapun, tunggu kenyataan rasmi dari Firefly.-thehypemedia

Senario Ramadan: Kenapa Mulut Zul Ariffin Berbuih?

Setiap orang punya kisah atau kenangan pahit di bulan Ramadan, begitu juga dengan actor Zul Ariffin.

Namun pengalaman Ramadan Zul Ariffin mungkin agak berbeza dengan orang lain kerana ianya dialami ketika dia menjalani penggambaran drama Rindu Awak 200% di Istanbul tahun lalu.


Senario Ramadan: Kenapa Mulut Zul Ariffin Berbuih?

Menerusi segmen Senario Ramadan kali ini, Zul Ariffin menceritakan pengalaman dia berpuasa di Istanbul  yang jauh beza di Malaysia sehingga mulutnya berbuih?

Ingin tahu bagaimana Zul Ariffin boleh jadi begitu? Jom saksikan video yang ditemuramah portal Murai di bawah ini:

Untuk Menonton : Klik Butang Tonton Video Dibawah

Sumber : Murai

Aznil Nawawi Tergamam Kenyataan “Jangan Balik Kampung Beraya”!

Isu minyak naik sehingga menimbulkan pelbagai luahan hati rakyat malah mendapat respon dan cadangan para menteri malah pakar penasihat kewangan negara sendiri mencadangkan agar umat Islam mengubah sikap tidak balik kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.


Aznil Nawawi Tergamam Kenyataan “Jangan Balik Kampung Beraya”!

    “Saya rasa rakyat Malaysia…cuba sekali tahun ini berkrompomi jangan balik kampung, ia jimatkan minyak (harga minyak naik) dan tol…cuba tahun ini,” petikan kenyataan perunding kewangan menerusi sebuah rancangan bual bicara.

Sangat terkejut dengan kenyataan cadangan bernas itu, pengacara popular Datuk Aznil Nawawi melahirkan perasaan terkejutnya dan mengakui agak tergamam.

    “Tak percaya apa yang saya dengar,” katanya.
A video posted by YG PROMOTE IG AKAN DIBLOCK!!! (@aznilnawawihm) on

Bagaimanapun, Aznil telah pun memadamkan video berkenaan di laman FB memandangkan ia mengundang komen-komen negatif.

    “Kurang pahala puasa nanti. Maaf ya,” tulisnya.

Sumber Sinar Harian