Friday, December 11, 2015

Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Kini Berhijab Penuh?

Pada 20 November baru-baru ini, Shukri Yahaya dan juga Tya Adnan sudah pun selamat diijabkabul dan bergelar suami isteri yang sah. Namun apa yang lebih menggembirakan peminat pasangan ini adalah apabil Tya tampil mengenakan hijab dalam muatnaik terbaru di laman Instagram.


Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Kini Berhijab Penuh?


Perkara tersebut disambut baik oleh peminat Tya Adnan dan ada juga yang mendoakan agar pelakon dan juga model ini beristiqamah dalam menjalankan tuntutan agama tersebut selain memberi sokongan kepada Tya.


Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Kini Berhijab Penuh?

Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Kini Berhijab Penuh?

Selain itu, sebelum ini Shukri sendiri pernah meyatakan hasrat untuk membawa isterinya itu menunaikan umrah sebelum mereka berbulan madu. Sweet sangatlah Shukri Yahaya ini, mana lagi mahu dapat lelaki macam ini?
“Sebelum pergi berbulan ma­du, kalau boleh saya mahu bawa Tya ke Mekah terlebih dahulu. Ini memang sudah direncanakan awal. Bagaimanapun, belum ada tarikh tertentu ditetapkan kerana jadual lakonan saya penuh sehingga ke hujung tahun”

“Mungkin awal 2016 baru dapat memilih tarikh bersesuaian,” jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Utusan Online sebelum ini. Semoga perancangan keluarga ini dalam menuju kebaikan akan sentiasa dipermudahkan.-rotikaya

Caliph Buskers Hasrat Beli Van Sendiri

Kumpulan Caliph Buskers berhasrat untuk membeli sebuah van bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti seni.


Caliph Buskers Hasrat Beli Van Sendiri


Vokalisnya Azmi Saat, berkata, buat masa ini mereka masih mengumpul duit persembahan untuk perkara tersebut, selain masih lagi menyewa van untuk ke mana-mana lokasi persembahan.
 
"Insya-Allah, memang kami rancang untuk beli van, sekarang masih lagi proses mengumpul duit sedikit-sedikit.

"Kalau ada van sendiri senang sikit untuk bergerak ke lokasi persembahan, buat masa ini macam dulu, kami sewa sahaja jika ingin kemana-mana," ujarnya kepada mStar Online.

Caliph Buskers turut dianggotai oleh Fendy Adlun, Zaki Ismail, Nirwan Zainal abidin dan Nadira Rubiana.

Dalam pada itu, Caliph berkata, hampir setahun dikenali sebagai artis, rezeki undangan membuat persembahan tidak pernah putus.
"Alhamdulillah, setahun ini memang kehidupan kami agak sibuk dengan undangan persembahan. Kadang-kadang ada yang kami terpaksa tolak dengan berat hati kerana jadual bertindih," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang persiapan ke Anugerah Juara Lagu 30 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2016 menerusi lagu Hanya Namamu, Azmi berkata, dia akan ke kelas vokal bagi membaiki mutu nyanyiannya.

Katanya, lagu tersebut agak sukar dinyanyikan berbanding lagu lain.
"Hanya Namamu agak tinggi berbanding lagu lain, kalau ingin nyanyi dengan nada yang betul saya perlu ke kela vokal supaya tidak sumbang.

"Lagu ini perlu dinyanyikan dengan teknik yang betul, jika tidak tekak cepat kering," katanya.-mstar

Wednesday, December 9, 2015

Rita Rudaini Sedang Dilamun Cinta?

Namun menerusi muat naik beliau di Instagram baru-baru ini, Rita nampaknya seakan sedang dilamun cinta dan ada lelaki yang sedang cuba untuk “mencuri” hatinya.

Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap.


    Cinta datang tanpa di undang….ermmm

Lebih ketara apabila, ahli keluarganya sendiri yang dikenali sebagai cik_ala117 di Instagram turut memberi komen yang mengesahkan Rita sememangnya sudah temui cinta baharu.


Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap.


Ketika portal Sinar Harian bertanyakan perkara berkenaan kepada Rita, beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen buat masa ini dan hanya mendedahkan situasi sebenar apabila tiba masa yang tepat nanti.

Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap.


Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap.



Itulah kata orang, jodoh dan cinta itu kalau sudah hendak datang kita cuba macam mana pun ia tetap akan hadir dalam hidup kita. Jika benar Rita sudah menemui cinta baharu, kita doakan agar kali ini beliau boleh hidup bahagia bersama sehingga akhir hayat. InshaAllah.-beautifulnara

Faradhiya Hampir Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2?

Patutlah pada persembahan minggu lalu, nyanyian Faradhiya tidak selantang yang diharapkan. Part tarik pun tak tarik. Nasib baiklah Datuk Ramli MS memujuk Faradhiya dan menukar susunan lagu untuk disesuaikan dengan suara Faradhiya yang hilang. Kata Faradhiya.


Faradhiya Hampir Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2?


    Terus terang saya cakap, jika bukan kerana Datuk Ramli MS (juri tetap) yang memujuk, mungkin saya sudah menarik diri sebelum bertanding. Sebenarnya sejak persembahan minggu lalu, saya kerap batuk dan tekak terasa gatal. Saya sudah pergi berjumpa dua orang pakar dan berhabis banyak wang kerana mahu mengelakkan keadaan menjadi teruk. Sehari sebelum pertandingan, suara saya semakin pulih dan saya sudah yakin boleh menyanyi dengan baik. Tetapi dugaan berlaku, pada pagi hari persembahan, suara saya hilang terus dan langsung tidak boleh menyanyi.

    Demi Allah, memang saya gelabah dan mula seram sejuk kerana sehari sebelum itu, suara saya sudah pulih dan menjalani raptai seperti biasa. Saya cuba juga untuk menyanyi di rumah sebelum ke tempat latihan tetapi memang suara saya tidak mencapai nada yang ditetapkan. Pada masa itu, saya berkata pada diri sendiri, apa guna saya bertanding jika tidak mampu. Saya tidak mahu memalukan diri sendiri menyanyi dengan suara yang hilang.

    Sewaktu menjalani sesi latihan terakhir kira-kira pukul 5 petang (Ahad lalu), saya sudah hilang keyakinan diri dan berasa tidak bersedia untuk bertanding. Saya ada memberitahu Ramli, jika memang tiada apa yang boleh dilakukan, lebih baik saya tarik diri sahaja. Tetapi dia menegah dan berkata akan mengubah sedikit susunan lagu mengikut kemampuan suara saya pada ketika itu. Pada mulanya saya risau lagu akan kedengaran sumbang, tetapi Ramli berkata tidak mengapa, sekurang-kurangnya orang tahu tekak saya sakit.
Faradhiya Hampir Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2?

Tiada apa yang lebih menakutkan buat seorang penyanyi selain daripada kehilangan suara. Minggu ini adalah minggu akhir Gegar Vaganza 2. Diharap suara Faradhiya akan kembali pulih seperti biasa, sekaligus dapat memberikan persembahan yang memukau. Mana tahu ada rezeki boleh bergelar juara Gegar Vaganza 2.-beautifulnara

Fasha Sandha Bertikam Mulut Dengan Adik Ipar Sendiri?

Kisah rumah tangga pelakon Fasha Sandha bukan perkara baharu diperkatakan dalam kalangan peminatnya.


Fasha Sandha Bertikam Mulut Dengan Adik Ipar Sendiri?


Terbaharu, aktres itu dikatakan ada ‘bertelagah’ dengan adik iparnya sendiri gara-gara campur tangan peminat menerusi laman sosial.

Peminat dikatakan sengaja melaga-lagakan mereka apabila adik ipar Fasha yang dikenali sebagai Azalea memuat naik gambar throwback nya dengan bekas kakak ipar, aktres Nora Danish.


Fasha Sandha Bertikam Mulut Dengan Adik Ipar Sendiri?


Difahamkan disebabkan gambar throwback tersebutlah, Fasha mengeluarkan komen panjang lebar seperti di bawah ini.

Dalam komen itu, Fasha mengatakan dia ‘berterima kasih’ kepada Nora yang dikatakan berjaya membuatkan hubungan di antara dirinya dan keluarga mertua semakin ‘rumit’.

Fasha turut menambah sebelum berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli, dia banyak kali menjauhkan diri daripada jejaka kelahiran Perak itu namun atas faktor jodoh, mereka akhirnya tetap diijabkabulkan.

Tidak tahan dengan kemelut yang membelenggu dirinya, Fasha berkata dia akan mengalah dan berundur bagi menghilangkan ‘drama kekeluargaan’ yang tercetus di kalangan mereka yang terlibat.

Namun tak berapa lama kemudian, Fasha didakwa memadam komen yang ditulis dalam Instagram adik iparnya itu.


Fasha Sandha Bertikam Mulut Dengan Adik Ipar Sendiri?


Walau bagaimanapun, komen itu telah selamat di-screen capture oleh netizen.

Memetik laporan Harian Metro baru-baru ini, Fasha berkata dia masih belum bersedia untuk mengulas lebih lanjut tentang dakwaan rumah tangganya kini dikatakan goyah.
“Maaf, saya belum bersedia memberikan apa-apa komen.  Terima kasih,” kata ibu kepada Putra Mohd Rayfal dan Puteri Jemyma Raysha ini.

Harap-harapnya rumah tangga Fasha dan Rizal baik-baik sahaja ya! –mynewshub

Atikah Suhaime Sudah Putus Cinta?

Aktres baharu Atikah Suhaime sebelum ini tidak pernah menyorokkan kisah cinta beliau bersama teman lelakinya yang merupakan seorang juruterbang.


Atikah Suhaime Sudah Putus Cinta?

Malah beliau juga boleh dikatakan sering memuat naik foto mereka bersama sehingga mengundang beberapa kontroversi.

Namun, sejak dua menjak ini Atikah tidak lagi berkongsi foto beliau bersama kekasih dan nampaknya hampir semua foto mereka berdua di Instagram telah dipadam. Aik, apa yang sudah jadi?


Atikah Suhaime Sudah Putus Cinta?

Ramai yang mempercayai bahawa hubungan mereka sudah berakhir dan Atikah juga ada memuat naik  foto yang menggambarkan beliau seakan sudah meninggalkan satu hubungan yang dibina.

Erm, betul ke mereka sebenarnya sudah putus cinta? Jika benar tidak apalah Atikah, kami pasti ada ramai lagi jejaka diluar sana yang mengidamkan anda untuk menjadi teman wanita.  Kumbang bukannya seekor bukan?-beautifulnara

Siti Nordiana Belum Terbuka Hati Untuk Berkahwin Lagi

Mengakui selesa dan bahagia dengan hidup sendiri, Siti Nordiana menjelaskan bahawa belum bersedia untuk menerima lamaran daripada mana-mana lelaki walaupun ada yang cuba mengusiknya mengenai perkara tersebut.

Siti Nordiana Belum Terbuka Hati Untuk Berkahwin Lagi


“Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak. Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang”

“Setakat ini saya bahagia hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal saya, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana menyatakan bahawa sepanjang tempoh enam tahun hidup solo, dia masih belum terbuka hati untuk berkahwin dan tidak mengambil serius apabila rakan-rakan suka mengusiknya mengenai hal berkaitan jodoh.-rotikaya

Siti Nordiana Belum Terbuka Hati Untuk Berkahwin Lagi

Siti Nordiana Belum Terbuka Hati Untuk Berkahwin Lagi

Tuesday, December 8, 2015

Di Sekitar Majlis Akikah Anak Pertama Erin Malek

Baru-baru ini, Erin Malek dan suaminya telah mengadakan majlis akikah buat putera sulung mereka, Mohamed Faliq, dalam satu majlis yang cukup sederhana dan dihadiri rakan dan saudara terdekat.


Di Sekitar Majlis Akikah Anak Pertama Erin Malek

Pasangan ini telah berkongsikan gambar majlis akikah tersebut melalui akaun Instagram dan rata-rata peminat tidak henti-henti mengucapkan tahniah selain ada yang geram dengan kecomelan anak sulung pelakon tersebut.


Di Sekitar Majlis Akikah Anak Pertama Erin Malek

Semoga keluarga kecil ini akan bertambah besar dan pastinya kehadiran Faliq akan menambah seribu kegembiraan bukan sahaja buat Erin malah peminat setianya. Kami kongsikan kepada anda beberapa keping gambar majlis akikah Faliq bersama anda.-rotikaya

Di Sekitar Majlis Akikah Anak Pertama Erin Malek

Di Sekitar Majlis Akikah Anak Pertama Erin Malek

Di Sekitar Majlis Akikah Anak Pertama Erin Malek

Di Sekitar Majlis Akikah Anak Pertama Erin Malek

Di Sekitar Majlis Akikah Anak Pertama Erin Malek

Caliph Buskers Tidak Sangka Mara Ke Final AJL 30

Nampaknya perjalanan karier ahli kumpulan Caliph Buskers semakin ke kemuncak apabila pada tahun ini berpeluang sekali lagi ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30) kerana sebelum ini mereka menggantikan ahli kumpulan Mojo. Pada tahun ini mereka mempertaruhkan single “Hanya Namamu” yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.


Caliph Buskers Tidak Sangka Mara Ke Final AJL 30


Bagaimanapun, kumpulan ini tidak menyangkakan sama sekali apabila turut tersenarai antara 12 finalis AJL 30 kerana melihatkan persaingan yang cukup hebat daripada penyanyi serta komposer-komposer yang bertanding pada malam separuh akhir muzik muzik.
“Kami langsung tidak menyangkakan sama sekali bahawa masuk ke final AJL memandangkan persaingan yang cukup hebat serta lagu-lagu yang begitu kuat dan bagus. Bila sudah dapat ke peringkat separuh akhir pun sudah cukup dan Alhamdulillah”

“Tanggungjawab kami selepas ini semakin besar kerana akan menyampaikan karya daripada komposer dan tidak pasti akan penerimaan peminat di malam AJL itu nanti,” kata Azmi Saat selaku vokalis Caliph Buskers.

Di peringkat separuh akhir muzik muzik, Azmi berkata dia sedikit terkucil apabila menyanyikan lagu ‘Hanya Namamu’ dan akan cuba memperbaiki kesilapan itu dengan mempelajari teknik vokal sebelum beraksi di pentas AJL 30 pada 24 Januari ini.
“Saya akan cuba memperbaiki kesilapan itu dan mungkin akan mencari guru vokal untuk belajar teknik nyanyian sebelum ke final AJL. Hanya Namamu lagu yang berat kerana mempunyai nada yang tinggi berbanding lagu yang lain, tekak cepat kering apabila menyanyikan lagu ini,” ujarnya.-rotikaya