Wednesday, June 24, 2015

Siti Sarah Raisuddin Kini Berhijab

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin akui ini bukan pertama kali dia berhijab di bulan Ramadan, malah seperti tahun-tahun sebelum ini bagai sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menghormati bulan mulia itu.


Siti Sarah Raisuddin Kini Berhijab


Namun bagi pelantun lagu Kesetiaan itu dia tidak berani hendak memberi kenyataan tentang imejnya kali ini kerana bimbang ianya hanya sementara dan bermusim sahaja seperti yang dilakukan setiap kali Ramadan.

"Sebenarnya setiap Ramadan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini.

"Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini. Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini.

"Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan.

"Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara  yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Sarah yang hamil 5 bulan itu kini berehat dari aktiviti seni dan mengambil peluang membantu bapanya meniaga di Raisuddin Corner, Kuala Selangor di bulan Ramadan.- murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →