Artis wanita yang berani melakukan aktiviti ekstrem sangat memeranjatkan memandangkan aktiviti tersebut sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa jika tidak dilakukan bersama orang yang profesional.
Walaupun usia telah meningkat, Umie Aida tidak takut melakukan aktiviti ekstrem dengan terbang di ketinggian 15,000 kaki. Kecut perut melihat foto sepanjang Umie Aida terbang tinggi kerana ianya bukan sesuatu yang mudah.
Umie Aida lakukan aktiviti terbang bebas di langit Sydney Australia cukup memeranjatkan semua. Dengan membawa imej bertudung Umie Aida berjaya membuka mata gadis bertudung juga mampu melakukan aktiviti lasak ini.
Agak-agaknya ada lagi tak artis yang berani melakukan aktiviti penuh ekstrem ini?-gosipmalaysia