Thursday, July 16, 2015

Adira Suhaimi Terpaksa Beraya Ala Kadar?

Penyanyi Adira Suhaimi terpaksa akur Aidilfitri kali perlu disambut secara sederhana berikutan tragedi gempa bumi yang melanda Ranau Sabah sejak 7 Jun lalu.


Adira Suhaimi Terpaksa Beraya Ala Kadar?

Adira berkata akibat susulan gegaran itu, rumah keluarganya juga mengalami kerosakan dan keretakan pada dinding dan lantai.
“Sehingga sekarang masih lagi ada beberapa gegaran kecil yang berlaku di sana. Ketika sempat pulang ke sana menjenguk keluarga, saya sendiri turut merasa gegarannya. Jadi fokus sekarang saya hanyalah keluarga saya di sana.

“Pun begitu, raya ini tetap disambut walaupun bersederhana sahaja. Malah, ibu masih kuat semangat untuk memasak serta menyediakan pelbagai juadah untuk dijamu kepada peminat.

“Saya memang tak buat rumah terbuka tetapi rumah saya sentiasa terbuka untuk menerima kedatangan tetamu dan peminat.

“Macam tahun-tahun sebelumnya, ramai juga peminat yang datang termasuk daripada Sarawak, Brunei dan Singapura,”kata Adira yang pulang beberapa hari sebelum menjelang Syawal,” kata Adira.

Menurut Adira, dia bukan tidak mahu membawa semua ahli keluarganya terutama ibunya, Rujinah Sarungin untuk berpindah ke Kuala Lumpur, tetapi mereka yang enggan berbuat demikian.
“Saya sudah ajak mereka ke Kuala Lumpur, tapi mereka tak mahu. Susah nak pujuk ibu tinggalkan rumah. Paling lama mereka boleh tinggal di Kuala Lumpur pun hanyalah selama dua minggu saja. Selepas itu, ibu sudah mahu pulang, siap beli tiket kapal terbang sendiri lagi.

“Ibu anak sulung dan dia berkeras tak mahu tinggalkan adik-beradik dia yang lain di kampung. Namun, Ibu ada beritahu, supaya usah risaukan dia dan sentiasa mendoakan agar semuanya akan baik-baik saja dan kembali pulih seperti biasa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adira kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya, Hilang dan Cinta Teragung Dunia duet bersama Edry KRU.-murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →