Mendirikan rumah tangga bukan sesuatu perkara yang mudah tambahan lagi ia melibatkan perkongsian hidup bersama lelaki bergelar suami. Dan kerana itu, pemilihan calon yang tepat untuk dijadikan suami penting bagi menjamin rumah tangga yang dibina bahagia dan kekal hingga jannah.
Begitu jugalah sebolehnya yang dimahukan oleh pelakon Mia Ahmad yang pernah popular menerusi Drama #HatiPerempuan suatu ketika dahulu. Rindu pulak rasanya dengan lakonan mantap Mia Ahmad bersama Syarul Ridzwan.
Mia Ahmad mengakui dirinya bukanlah terlalu memilih atau meletakkan syarat tetapi cukup sekadar lelaki tersebut beriman dengan mendirikan rukun Islam ke dua itu.
“Sebolehnya calon kekasih atau suami saya mestilah cukup solat lima waktunya seperti yang dikehendaki orang tua saya itu yang penting.
“Yang lain saya tidak punyai syarat-syarat tertentu untuk memilih seseorang itu menjadi suami saya suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis ‘Syukur Selalu Syawal’ anjuran Media Prima, baru-baru ini.
Mia Ahmad dalam pada itu juga akui sejak kebelakangan ini ada beberapa individu cuba untuk berkenalan dengannya namun beliau bukanlah seorang yang mudah menjalin hubungan dengan sesiapa.
“Memang sejak kebelakangan ini ada ramai orang cuba berkenalan dengan saya, tetapi tidaklah ramai.
“Namun saya bukanlah seorang yang mudah untuk menjalin hubungan dengan sesiapa, hanya setakat berkenalan melalui telefon, tidak mungkin akan saya layan untuk menjadi teman istimewa saya,” katanya.
So siap-siapa yang rasa dirinya tu layak dan cukup syarat yang diminta oleh Mia Ahmad bolehlah cuba-cuba dekati Mia. Mana tahu rezeki dapat jadi suami Mia. Untunglah badan kan. Dahlah cantik pulak tu ayu bertudung. Sejuk mata memandang.-gosipmalaysia