Tidak seperti raya yang sebelumnya, tahun ini pelakon wanita Emma Maembong telah menyambut kedatangan Syawal ini sebagai seorang yang single.
Malah, sebolehnya juga, dia tidak mahu lagi mengingati segala memori terindah bersama Zizan Razak iaitu lelaki yang pernah bertakhta di dalam hidupnya suatu ketika dulu. Semuanya telah hilang serta pupus ditelan waktu dan dia juga lebih selesa begitu.
Namun begitu, Emma Maembong tetap berasakan bahawa sambutan rayanya kali ini sama seperti raya yang dulu.
Namun begitu, Emma Maembong tetap berasakan bahawa sambutan rayanya kali ini sama seperti raya yang dulu.
“Tiada apa pun perbezaan suasana kehidupan saya pada tahun lalu dan tahun ini, saya rasa sama sahaja, lagipun setiap kali 1 Syawal saya pasti akan beraya dengan keluarga saya dan bukan dengan kekasih.
“Apa-apa pun keluarga adalah perkara yang saya utamakan terlebih dahulu, perkara yang sudah berlalu biarlah ia berlaku pergi. Tiada guna saya nak menangis dan meratap sehingga merosakkan diri sendiri,” kata Emma Maembong.
Dalam pada itu, Emma juga mengakui bahawa dia sudah bersedia untuk berdamai dengan Zizan Razak pada bila-bila masa dan dia juga tidak kisah andai digandingkan semula dalam mana-mana produksi drama mahu pun filem.
“Industri ini kecil sahaja, tiada guna bermusuhan mahupun bermasam muka, apa yang Emma putuskan ialah kita mesti melangkah ke hadapan, saya perlu uruskan kehidupan saya agar lebih teratur dan seimbang serta relevan dalam industri hiburan tanah air,” seloroh Emma.
Ketika ditanya adakah dia akan menonton telefilem Hantu Wefie iaitu gandingannya bersama dengan Zizan Razak yang akan disiarkan pada 1 Syawal Jam 9 malam di Astro RIA, dengan pantas Emma menjawab dia pasti akan menontonnya.
Malah, telefilem itu mempunyai keunikan serta daya tarikan sendiri selepas kejayaan drama Hantu Selfie tahun lalu yang telah mendapat sambutan amat luar biasa.
“Takkan saya tak tengok, mestilah tengok, hantu pakai tudung kot, unik tu… Lagipun, saya yakin telefilem itu berjaya membuat penonton terhibur menonton bersama keluarga di 1 Syawal nanti, Inshaa Allah,” katanya mengakhiri bicara.-murai