Suka kami dengar setiap kali ada selebriti merancang sesuatu untuk masa depan selain hanya bergantung kepada dunia seni yang entah tidak menentu pasang surutnya, lebih lebih lagi mereka yang ingin menyambung pelajaran atau pun memulakan perniagaan.
Terbaru, Nelydia Senrose merancang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang International Business demi mencari ilmu dan pengalaman untuk mengembangkan perniagaan produk kecantikan milik beliau dan kakaknya, Uqasha Senrose.
“Saya merancang nak sambung belajar di luar negara hujung tahun hadapan. Mulanya saya mahu melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Tapi memandangkan perbelanjaan di sana lebih tinggi, mungkin saya akan memilih Australia sebagai pilihan kedua,” ujarnya.
“Saya rasa perniagaan sedikit sebanyak dapat membantu menampung kehidupan kita di masa hadapan. Bila berniaga, banyak perkara yang kita boleh pelajari. Lagipun, saya masih muda dan saya mahu mencuba pelbagai bidang,” tambahnya lagi. -rotikaya