Friday, September 4, 2015

A. Aida Upah Bodyguard Demi Keselamatan Diri

Setelah menerima mesej berbaur lucah daripada individu yang tidak dikenali di Facebook sejak beberapa tahun lalu, penerbit dan pelakon A.Aida mengambil keputusan untuk mengupah pengawal keselamatan demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


A. Aida Upah Bodyguard Demi Keselamatan Diri


“Sudah beberapa tahun juga saya terima mesej gangguan seksual seperti gambar yang tidak sepatutnya menerusi ruangan mesej di laman sosial Facebook. Ada suatu masa individu itu menghantar gambar dan mesej hampir setiap hari”

“Saya bimbang juga, namun setakat ini saya belum buat sebarang laporan polis kerana belum benar-benar mengancam keselamatan saya. Sejak itu juga saya ambil khidmat pengawal peribadi untuk menjaga saya ketika berada di luar”

“Sekurang-kurangnya bila ada pengawal peribadi saya tidak risau tentang keselamatan selain dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” jelasnya kepada mStar Online selain dia turut bersyukur terhadap rezeki yang dilimpahkannya ketika ini.-rotikaya

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →