Friday, September 4, 2015

Abam Bocey Serius Cari Calon Isteri

Mengakui berkenalan dengan beberapa wanita dan turut berniat menjadikan mereka isteri, Abam Bocey bagaimanapun dalam masa yang sama turut makan hati apabila ada wanita yang berkenalan dengan dirinnya hanyalah kerana atas status Abam yang bergelar selebriti.

Abam Bocey Serius Cari Calon Isteri


“Saya ada berkenalan dengan beberapa wanita dan memang berniat untuk dijadikan teman wanita sekaligus calon isteri. Apabila saya membawa mereka ke rumah bertemu ibu, mereka seperti kurang mesra dan lebih banyak buat hal sendiri, sedangkan niat saya kalau boleh biarlah mereka lebih rapat dengan ibu dan boleh jadi penemannya ketika saya sibuk”

“Sedih juga dengan keadaan itu, namun saya tidak akan berputus asa walaupun perkenalan ada yang bertahan tiga hari saja,” jelas Abam kepada Harian Metro selain menyatakan bahawa dia tidak akan menjadi kurus kerana mahu mengekalkan jenamanya melalui tubuh badan gempal.

Buat Abam, bersabarlah. Mungkin jodoh Abam akan hadir ketika masa yang tidak dijangka-jangka. Lambat laun pasti ada wanita ikhlas yang turut berniat menjadikan Abam sebagai suami.-rotikaya

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →