Sunday, September 6, 2015

Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Afdlin Shauki

Perkongsian isteri arwah Harun Salim Bachik, Suriati Mohd Noor melalui Melodi baru-baru ini cukup meruntun hati dia menjelaskan perkara sebenar mengenai perjalanan hidup mereka selepas pemergian pelakon tersebut.

Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Afdlin Shauki


“Kak Su nak ucap terima kasih kepada Afdlin Shauki, kalau tak kami tak raya hari tu (menahan sebak). Melodi juga. Sekarang Afdlin tanggung anak-anak sekolah. Terima kasih banyak-banyak, sebab tolong kami sekeluarga”

“Walau Kak Su tak berapa rapat dengan Afdlin, tapi nak ucap terima kasih sebab tolong kami. Hanya Allah boleh balas apa yang dia tolong kami,” jelas Kak Su menahan air mata. Selain itu, dia juga menjelaskan bahawa suatu produk akan dilahirkan di bawah jenama Harun Salim Bachik demi meneruskan legasi arwah.

Walaupun arwah sudah tiada, tetapi apa yang Afdlin lakukan benar-benar membuktikan erti persahabatan yang sebenar. Perlakuan baik tidak memerlukan pertalian darah daging namun hati yang ikhlas mampu menyentuh banyak hati. Semoga Kak Su tabah dan sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan dan sentiasa dilimpahkan rezeki.-rotikaya

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →