Tuesday, December 8, 2015

Caliph Buskers Tidak Sangka Mara Ke Final AJL 30

Nampaknya perjalanan karier ahli kumpulan Caliph Buskers semakin ke kemuncak apabila pada tahun ini berpeluang sekali lagi ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30) kerana sebelum ini mereka menggantikan ahli kumpulan Mojo. Pada tahun ini mereka mempertaruhkan single “Hanya Namamu” yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.


Caliph Buskers Tidak Sangka Mara Ke Final AJL 30


Bagaimanapun, kumpulan ini tidak menyangkakan sama sekali apabila turut tersenarai antara 12 finalis AJL 30 kerana melihatkan persaingan yang cukup hebat daripada penyanyi serta komposer-komposer yang bertanding pada malam separuh akhir muzik muzik.
“Kami langsung tidak menyangkakan sama sekali bahawa masuk ke final AJL memandangkan persaingan yang cukup hebat serta lagu-lagu yang begitu kuat dan bagus. Bila sudah dapat ke peringkat separuh akhir pun sudah cukup dan Alhamdulillah”

“Tanggungjawab kami selepas ini semakin besar kerana akan menyampaikan karya daripada komposer dan tidak pasti akan penerimaan peminat di malam AJL itu nanti,” kata Azmi Saat selaku vokalis Caliph Buskers.

Di peringkat separuh akhir muzik muzik, Azmi berkata dia sedikit terkucil apabila menyanyikan lagu ‘Hanya Namamu’ dan akan cuba memperbaiki kesilapan itu dengan mempelajari teknik vokal sebelum beraksi di pentas AJL 30 pada 24 Januari ini.
“Saya akan cuba memperbaiki kesilapan itu dan mungkin akan mencari guru vokal untuk belajar teknik nyanyian sebelum ke final AJL. Hanya Namamu lagu yang berat kerana mempunyai nada yang tinggi berbanding lagu yang lain, tekak cepat kering apabila menyanyikan lagu ini,” ujarnya.-rotikaya

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →