Pelakon lelaki Hairul Azreen dan juga suami kepada Hanis Zalikha melahirkan rasa yukur ke hadrat ilahi kerana isterinya yang tersayang kini sudah pun hamil 4 bulan.
Kegembiraan Hairul itu dikongsikan menerusi laman instagram yang menjadi tatapan pengikutnya untuk mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.
Berikut adalah kapsyen yang ditulis oleh Hairul di Instagramnya:-
“2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama-sama isteri saya. Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan.”
Perkhabaran gembira ini sudah semestinya menjadi anugerah yang amat berharga buat kedua-dua belah keluarga pelakon.
Semoga Hanis sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera sehingga saat anak sulung mereka dilahirkan. Amin… -murai