Pada 20 November baru-baru ini, Shukri Yahaya dan juga Tya Adnan sudah pun selamat diijabkabul dan bergelar suami isteri yang sah. Namun apa yang lebih menggembirakan peminat pasangan ini adalah apabil Tya tampil mengenakan hijab dalam muatnaik terbaru di laman Instagram.
Perkara tersebut disambut baik oleh peminat Tya Adnan dan ada juga yang mendoakan agar pelakon dan juga model ini beristiqamah dalam menjalankan tuntutan agama tersebut selain memberi sokongan kepada Tya.
“Sebelum pergi berbulan madu, kalau boleh saya mahu bawa Tya ke Mekah terlebih dahulu. Ini memang sudah direncanakan awal. Bagaimanapun, belum ada tarikh tertentu ditetapkan kerana jadual lakonan saya penuh sehingga ke hujung tahun”
“Mungkin awal 2016 baru dapat memilih tarikh bersesuaian,” jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Utusan Online sebelum ini. Semoga perancangan keluarga ini dalam menuju kebaikan akan sentiasa dipermudahkan.-rotikaya