Sebelum Pak Yus meninggal dunia pada 30 November lalu, arwah adalah salah seorang peserta dalam pentas Juara Parodi yang disiarkan di Astro Warna. Arwah bersama kawan baiknya, Tauke (Jambu) dan Misha Omar berada dalam satu kumpulan yang dinamakan Kobis Pedas. Namun, selepas ketiadaan arwah, nampaknya Tauke dan Misha telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pentas itu.
Melalui muat naik di instagram Tauke, dia menyatakan bahawa kumpulan Kobis Pedas akan menarik diri dari Juara Parodi, pada masa yang sama beliau meminta pandangan peminatnya mengenai keputusan yang telah dibuat itu.
Kata-kata Tauke dalam instagramnya, “Kobis pedas dah buat keputusan utk menarik diri dalam program #juaraparodi ada kah patut kami teruskan?? atau kami berhenti setakat ini?? korang boleh berikan pendapat.”
Ramai peminatnya menyarankan supaya dia meneruskan perjuangan kumpulan Kobis Pedas walaupun selepas ketiadaan arwah Pak Yus. Rata-rata peminatnya memberi dorongan dan kata-kata semangat supaya dia meneruskan perjuangan dalam pentas Juara Parodi.
Nampaknya semalam Tauke telah membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan Kobis Pedas demi peminatnya. Kami mendoakan supaya Tauke terus tabah untuk hadapi perjalanan yang pedih ini selepas kehilangan arwah Pak Yus. Al-fatihah!-gosipmalaysia