Beberapa minggu yang lalu, timbul desas desus mengatakan pelakon wanita, Marsha Milan, telah memeluk agama Islam. Reaksi Marsha, beliau meminta agar dirinya diberikan ruang privasi dan peminat mendoakan segalanya yang terbaik, tidak pula menafikan perkara itu.
Namun petang semalam, tersebar gambar kad undangan ke majlis perkahwinan Marsha yang bertarikh 8 Januari 2016, Jumaat, bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur.
Marsha dikhabarkan akan berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam, anak kepada Dato' Seri Hj Mohamed Ismail bin Mohamed Othman, setiausaha politik kepada Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Tahniah diucapkan kepada Marsha, semoga kekal bahagia dengan pasangannya dan semoga bakal suami dapat mendidik Marsha mendalami Islam. -thehypemedia
Tahniah diucapkan kepada Marsha, semoga kekal bahagia dengan pasangannya dan semoga bakal suami dapat mendidik Marsha mendalami Islam. -thehypemedia