Tuesday, December 15, 2015

Siti Nordiana Letak Syarat Jika Ingin Melamarnya

Nama Siti Nordiana atau Nana tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Nana yang dahulunya popular dengan lagu “Memori Berkasih” yang bergandingan dengan Allahyarham Achik Spin kini semakin popular selepas menjadi Juara Gegar Vaganza 2 baru-baru ini.


Siti Nordiana Letak Syarat Jika Ingin Melamar


Lima tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana merasakan kehidupannya kini cukup lengkap di samping keluarga dan anak tunggalnya, Mohamad Rayyan Nakhaie, 6.

Nana berkata dia tidak mahu terburu-buru dalam mencari pengganti. Pengalaman lalu telah banyak mengajar dirinya menjadi lebih baik, katanya.
“Bukan bererti saya selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal tetapi apa yang ditempuhi sudah cukup mematangkan saya.

“Saya tidak pernah menolak jodoh, tetapi pengalaman lalu banyak mendidik saya supaya berhati-hati dalam memilih teman hidup. Buat masa sekarang, saya selesa sendiri dan membesarkan anak bersama bantuan keluarga sahaja,” ujar Nana yang dipetik menerusi Sinar Harian Online.

“Jika Mahukan Saya, Perlu Terima Anak Saya Juga” – Siti Nordiana.


Siti Nordiana Letak Syarat Jika Ingin Melamar


Dalam pada itu, Nana juga menjelaskan, jika ditakdirkan bertemu jodoh, individu itu seharusnya boleh menerima anaknya terlebih dahulu.
“Saya ada anak, jika mahukan saya, dia perlulah menerima anak saya juga,” tambah Nana.
Siti Nordiana Letak Syarat Jika Ingin Melamar

Siti Nordiana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Faizal Yusop dan bercerai sekitar tahun 2009. Faizal selepas itu sudah berkahwin sekali lagi sebelum meninggal dunia pada 11 Januari 2011 akibat serangan jantung.-blogammar

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →