Thursday, January 7, 2016

Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Pelakon dan penyanyi wanita terkenal dari Singapura, Hetty Sarlene Abdul Hamid sah sudah pun bertunang dengan seorang jejaka kacak berasal dari Britain bernama Daniel Oakes.


Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Agensi berita tempatan, MediaCorp pada Khamis malahan diberitahu, Hetty Sarlene juga telah pun membuat perancangan untuk melangsungkan perkahwinannya itu pada pertengahan tahun ini.

Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi ‘panas’ menerusi media sosial mengenai siapakah jejaka bertuah yang bakal berjaya ‘curi hati’ aktres serta penyanyi kelahiran Singapura berusia 31 tahun itu.


Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Pernah popular melalui drama bersiri Sembilu arahan Datuk Yusuf Haslam, dia sempat berkongsi status terkini dan memuat naik gambar dirinya mengikat pertunangan di London pada 25 Disember 2015.

Hetty Sarlene yang pernah glamor menerusi lagu duet bersama Anuar Zain berjudul Demi Cinta Kita itu turut memuat naik gambar cincin pertunangan menerusi akaun Instagram miliknya minggu lepas.

Menurut penyanyi Melayu Islam yang sinonim dengan lagu-lagu hits seperti Rindu Aku Rindu dan Sangsi Asmara di Instagram, dia mengesahkan jejaka Inggeris bernama Daniel merupakan tunang beliau kini.

Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Memandangkan tuan punya diri belum kembali ke Singapura, Mediacorp sempat menghubungi ibu Hetty Sarlene, Sariah Omar yang juga pengurus Hetty untuk mendapatkan respons mengenai perkhabaran gembira itu.

Awalnya, ibu Hetty Sarlene agak keberatan bercakap mengenai pertunangan anaknya memandangkan majlis pertunangan bersama Daniel adalah ‘tertutup’ dan secara kecil-kecilan sahaja dihadiri ahli keluarga.

Bahkan, beliau secara jujurnya mengatakan mereka sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi cerita kepada pihak media mengenai berita pertunangan secara mengejut Hetty Sarlene pada ketika ini.Namun beliau mengalah juga setelah dipujuk: “Kalau sesiapa sudah tengok di Instagram, tengoklah. Kita tak nak uar-uarkan sangatlah. Tapi untuk hari bahagia mereka nanti, memang kakak akan bagi tahu media.”

Yang pasti, majlis perkahwinan Hetty Sarlene dan pasangannya dijangka akan berlangsung pada pertengahan tahun 2016 nanti di Singapura yang turut akan dihadiri oleh anggota keluarga pihak Daniel.


Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Apa pula komen ibu Hetty Sarlene mengenai bakal menantu beliau? Jawabnya: “Dia dah memeluk Islam, jadi keluarga di sana nak jumpa. Mak dia (Daniel) nak sangat tengok siapakah bakal menantu mereka.“

Selain itu, Sariah tidak menafikan bahawa anaknya akan ke Kuala Lumpur selepas cuti Tahun Baru Cina bagi berbincang dengan pihak syarikat rakaman NSR mengenai pembikinan single terbaharu penyanyi tersebut.

Kali terakhir Hetty Sarlene merakamkan single adalah pada tahun 2010 lalu menerusi lagu Siapa Diriku Di Sisimu dan menurut ibu artis itu lagi: “Insya Allah, ia akan dirakamkan sebelum Hetty berkahwin nanti.”

Mungkinkah judul lagu single terbaharu Hetty menggambarkan kebahagiaan yang sedang dikecapi dia kini bersama-sama jejaka pilihan hatinya? Kita nantikan sahaja!!! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →