Friday, January 16, 2015

Pelakon Lelaki Disyaki Merogol Telah Ditahan Polis

Mengucap panjang hari ini apabila membaca surat khabar Harian Metro dengan ‘headline’ yang ditulis ‘Diperkosa  Pelakon Ketika Temu Duga Di Hotel’.

Dah kenapa nak temu duga kat hotel, kat pejabat dengan rumah kedai tak boleh ke? Berdasarkan laporan tersebut, suspek berusia 23 tahun telah berjaya ditahan polis jam 10 malam kelmarin.

Pelakon Lelaki Disyaki Merogol Telah Ditahan Polis, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, pelakon,

Difahamkan suspek telah mengunakan helah dan taktik liciknya dengan menawarkan bayaran RM500 sehari untuk berlakon.

Yang paling dikesalkan, suspek ini juga mengugut untuk menyebarkan video mangsa sebelum memaksa mangsa membayar RM1000.

Suspek dah lah menipu kemudian memperkosa kemudiannya peras ugut pula, kalau di sabitkan kesalahan suspek boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Pihak polis juga terus menyiasat kemungkinan suspek telah banyak menipu dan memperdaya gadis lain yang sudah menjadi mangsanya.

Apa-apa pun kepada gadis-gadis di luar sana, berhati-hati untuk menjadikan lakonan sebagai kerjaya, kerana buaya darat memang susah nak hidu.

Jadi waspada dengan apa jua tawaran dan pastikan ia adalah saluran yang betul terutama untuk sesi uji bakat. Kalau dah jadi macam ni, alamat tercemarlah maruah kita. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Baca : Chacha Maembong Bercinta Dengan Anak VIP 

Sumber : murai.com.my

Thursday, January 15, 2015

Chacha Maembong Bercinta Dengan Anak VIP?

Kisah Chacha lagi? Mungkin itu yang terlintas di fikiran pembaca dan peminat setia bila baca cerita ini.  Hendak buat macam mana, memang sudah sampai cerita ke telinga dan memang tak boleh nak simpan lagi dah.

Chacha Maembong Bercinta Dengan Anak VIP? , info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, chacha maembong

Anggap saja cerita Chacha ini sambungan minggu lalu. Macam orang buat filem sekuel sebabnya cerita yang nak kongsi inikan pun memang bertitik-tolak dari kisah minggu lalu.

Sewaktu bertemu rakan produksi baru-baru ini, ramai bukak cerita Chacha bermasalah dengan apa dikongsikan minggu lalu. Ada teman bertanya, mengapa pelakon muda itu tidak mengikut jejak langkah kakaknya Emma yang sangat komited terhadap kerja.

Tiba-tiba seorang lagi teman menyampuk dan berkata, memang Chacha semakin hilang tumpuan terhadap kerja sebab asyik dengan cinta barunya.

Tambah pula lelaki yang berjaya mememangi hatinya boleh tahan kaya, anak orang berpangkat.

Pendek kata, bapa kekasihnya kalangan VIP. Disebabkan perkara itu, Chacha seperti tidak kisah lagi dengan soal kerja.

Begitu rupa ceritanya tapi , sayang kalau Chacha lupa kerjaya seninya kerana lelaki. Sebabnya sayang kerana kita tidak akan tahu apa akan berlaku pada masa akan datang.

Kalau cinta itu berakhir di jenjang pelamin tidak mengapa, tetapi kalau musnah di tengah jalan bagaimana? Kalau Chacha masih serius dengan kerja, sekurang-kurangnya apa pun berlaku, dia masih ada kerjaya.

Apapun, kita hanya boleh bagi nasihat tetapi Chacha kena menentukan sendiri perjalanan hidupnya. -hmetro

Baca : Punca Kilauan Emas Didominasi Peserta Lelaki  

Sumber : kamithemedia.blogspot.com

Punca Kilauan Emas Didominasi Peserta Lelaki

Peserta wanita yang kerap beremosi dan hilang kekuatan mental antara punca program realiti Kilauan Emas kebanyakannya didominasi peserta lelaki.


Punca Kilauan Emas Didominasi Peserta Lelaki , info, terkini, hiburan, sensasi, Kilauan Emasi Musim Ke-5,
Barisan juri yang bakal menjayakan ujibakat Kilauan Emas Musim Kelima

Ketua Program Realiti & Format Astro, Namanzee Harris berkata, perkara tersebut sering kali menjadi kekangan kepada pihak produksi untuk memberi peluang  sama rata terhadap peserta bertanding dalam program tersebut.

"Misi kita kali ini untuk mencari lebih ramai peserta wanita yang berkualiti dan mampu bertanding dalam program Kilauan Emas Musim Kelima.

"Ia bukan kerana kekurangan peserta wanita yang datang hadiri uji bakat, sebaliknya mereka menarik diri selepas terpilih. Ia kerana tidak tahan dengan latihan yang perlu dilakukan serta cepat beremosi," ujarnya pada mStar Online, di sini, Khamis.

Namanzee berkata demikian pada sidang media dan taklimat bagi program Kilauan Emas Musim Kelima yang bakal mengadakan uji bakat bermula 31 Januari ini.

Kilauan Emas Musim Kelima ini juga menggunakan khidmat empat nama besar dalam industri seni tanah air iaitu Datuk Hattan, Ayai (Ilusi), Siti Hajar dan Syafizawati Sharif atau Shafi sebagai juri tetap pada uji bakat tersebut.

Namanzee berkata, pihaknya mencari peserta yang bukan sahaja bersuara sedap tetapi juga mempunyai daya saing serta boleh mengawal tekanan.

Sementara itu tambahnya, program ini masih mengekalkan format asal yang terbuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura, berumur 40 tahun ke atas.

Dalam pada itu, ditanya tentang lokasi pertandingan yang sebelum ini pernah berlaku kekecohan akibat tempat tidak mencukupi katanya, ia masih dalam perbincangan.

"Kita masih dalam perbincangan tentang lokasi kerana tidak mahu perkara seperti kekecohan timbul akibat tempat tidak mencukupi.

"Kita juga merancang menyediakan kemudahan di luar lokasi pertandingan bagi mereka yang gagal mendapat tempat.

"Kami juga sedang memikirkan sama ada untuk menjual tiket atau tidak kerana jika ia dijual lebih mudah penonton dikawal berbanding mengedarkan secara percuma," ujarnya.

Uji bakat akan diadakan di enam buah lokasi seluruh Malaysia bermula di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Januari ini dan The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak (7 Februari).

Bagi peserta di Pahang uji bakat akan diadakan pada 21 Februari di Berjaya Megamall, Kuantan diikuti Berjaya Watarfront Mall, Johor (28 Februari), Megamal Pinang, Sebarang Prai, Pulau Pinang (7 Mac) dan Summit USJ Shopping Complex, Subang Jaya, Selangor (14 dan 15 Mac).

Baca : Bila Ikan Pulang Ke lubuk-Amelina 

Sumber : mstar.com.my

Raja Ilya Larang Ibu Tonton Watak Anak Derhaka Lakonannya

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Raja Ilya tidak membenarkan ibunya menonton lakonan dia membawa watak jahat  terutamanya untuk adegan berkaitan anak derhaka.

Raja Ilya, 30, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu ibunya terasa hati apabila melihat lakonan tersebut.


Raja Ilya Larang Ibu Tonton Watak Anak Derhaka Lakonannya , info, terkini, hiburan,sensasi, gossip, Raja Ilya

"Jika saya berlakon watak jahat terutama adegan yang melibatkan ibu dan anak, saya akan beritahu awal-awal tentang drama itu dan tidak membenarkannya menonton.

"Baru-baru ini disiarkan drama untuk Tanah Kubur yang mana watak saya sebagai anak derhaka mendera ibu.

“Saya beritahu dia awal-awal agar tidak merakam dan tonton drama itu kerana ia boleh menganggu emosi dan menyebabkan ibu saya itu terasa," ujarnya kepada mStar Online.

Raja Ilya berkata, ibunya merupakan peminat setia yang tidak pernah gagal menonton lakonannya dalam setiap drama atau filem.

Bagaimanapun, dia tidak mahu watak-watak sedemikian akan melukakan hati ibunya.

"Dia tidak pernah halang saya bawa watak jahat cuma drama yang berkaitan ibu sahaja saya tidak mahu dia tonton kerana ianya agak sensitif," ujar Raja Ilya.

Sementara itu, Raja Ilya mengakui, sejak namanya popular dengan watak-watak jahat, dia sering menerima tawaran bagi melakonkan peranan itu.

Malah dia turut menanam impian untuk berkahwin dengan mana-mana individu yang tidak mengenalinya sebagai seorang pelakon

"Saya baru terfikir tentang itu, mungkin saya akan berkahwin dengan lelaki bangsa asing dari luar negara yang tidak tahu tentang lakonan saya," ujarnya.

Baca : Nurul Wahab Selamat Lahirkan Bayi Lelaki  

Sumber : mstar.com.my

Nurul Wahab Lahirkan Bayi Lelaki

Penyanyi Nurul Wahab terpaksa membatalkan majlis baby shower  yang dirancang pada 25 Januari ini gara-gara terpaksa melahirkan anak lebih awal secara pembedahan.


Nurul Wahab Lahirkan Bayi Lelaki, info, terkini, hiburan,sensasi, Nurul Depp

Nurul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 37, melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court dekat sini, pukul 4.43 petang Khamis seberat 2.48 kilogram.

Mengikut jadual, Nurul sepatutnya bersalin pada Februari depan.

"Rancangan awal untuk buat baby shower pada 25 Januari ini bersama kawan-kawan dan peminat saya dan jemputan semua sudah pun diedar.

"Biarpun pada awal minggu lalu berlaku pendarahan dan kemungkinan untuk bersalin awal, tetapi doktor beritahu keadaan saya ketika itu masih boleh bersalin pada Februari jika uri saya naik semula, itu yang membuatkan saya yakin untuk teruskan rancangan majlis baby shower itu.

"Tidak sangka pula Ahad lalu pendarahan berlaku sekali lagi sehingga saya terpaksa menjalani pembedahan pada petang semalam (Khamis)," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Nurul dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court dekat sini petang Ahad selepas berlaku  pendarahan sekali lagi akibat mengalami placenta previa atau uri berada di bawah.

Bagaimanapun, Nurul bersyukur segalanya berjalan lancar dan bayinya juga berada dalam keadaan sihat.

Tambahnya, buat masa ini dia tidak menerima sebarang tetamu berikutan bayi tersebut masih memerlukan rawatan rapi.

"Ini pertama kali saya bersalin secara pembedahan dan perasaan memang takut ketika itu, nasib baik saya ditemai oleh suami sepanjang pembedahan berjalan.

"Buat masa ini saya tidak menerima tetamu kecuali keluarga terdekat berikutan keadaan anak saya masih lagi di bawah pengawasan doktor," ujarnya.

Nurul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Zachary Depp, yang berusia kira-kira 15 bulan.

Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkahwinan dengan suami pertama, komposer, Ajai. 

Baca : Bila Ikan Pulang Ke lubuk-Amelina 

Sumber : mstar.com.my

Bila Ikan Pulang Ke Lubuk - Amelina

Siapa sangka melalui gambar-gambar kandid yang kami rakam dan siarkan beberapa bulan lalu di Bangsar Shopping Centre (BSC), ia telah membuatkan nama Amelina kembali meletop dipersada seni.


Bila Ikan Pulang Ke Lubuk - Amelina, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, amelina, ratu dangdut

Malah diusianya yang menjejak 40 tahun dan mempunyai enam orang cahaya mata, kehadiran kembali Amelina akhirnya diterima ramai apabila dia kembali merakamkan album dan dijemput ke sebuah majlis eksklusif pertunjukkan fesyen ‘Tekat’ di mana dia diberikan penghormatan mendendangkan lagu duet Seri Langkat bersama Sabhi Sadhi.

Difahamkan, bukan calang-calang jemputan yang menyaksikan persembahan tersebut. Antaranya ialah Sultanah Terengganu, DYMM Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Putri Jawaher dari Negeri Sembilan termasuk para kenamaan serta selebriti terkenal tempatan yang menyaksikan ‘comeback’ Amelina.

Malah baru-baru ini pula, Amelina dan juga Erra Fazira telah ditemukan semula setelah 15 tahun lamanya tidak berjumpa.


Bila Ikan Pulang Ke Lubuk - Amelina, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, amelina, ratu dangdut


Dalam pertemuan anjuran Hlive itu, Amelina dilihat sebak dan menangis apabila melihat kehadiran Erra Fazira. Amelina sebelum ini dikatakan pernah cuba memasuki laman Instagram selebriti seperti Ziana Zain, Erra Fazira dan lain-lain, namun bimbang dirinya tidak diterima dan dipedulikannya.

Ini kerana, penyanyi dangdut itu sebelum ini pernah menghubungi rakan artis seangkatannya, tetapi menerima respon negatif. Perkembangan itu telah membuat Amelina fobia dan takut untuk menghubungi atau berjumpa dengan rakan-rakan lama, bimbang dia tidak dipedulikan.


Itu kisah lama Amelina, kisah yang akhirnya membawa kembali kegemilangannya setelah berpuluh tahun menghilang diri. Bak kata pepatah, Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.

Nama Amelina terus menjadi sebutan peminat di mana lagu-lagunya kini kerap diputarkan di stesen radio dan TV. Terbaru,  wajahnya turut terpilih menghiasi muka hadapan Majalah Nona keluaran Januari 2015.


Bila Ikan Pulang Ke Lubuk - Amelina, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, amelina, ratu dangdut

Bila Ikan Pulang Ke Lubuk - Amelina, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, amelina, ratu dangdut

Bila Ikan Pulang Ke Lubuk - Amelina, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, amelina, ratu dangdut

Ikhlasnya, kami gembira melihat perkembangan Amelina itu. Moga rezekinya akan bertambah lagi di tahun baru 2015 ini.

Baca : Alyah Langgar Kereta Ramli MS 

Sumber : myartis.com

Alyah Langgar Kereta Ramli MS

Penyanyi terkenal, Alyah telah melanggar kereta mewah suaminya iaitu Datuk Ramli MS yang memungkinkan perbalahan antara pasangan suami isteri semakin meruncing.

Alyah Langgar Kereta Ramli MS, info, terkini, hiburan,sensasi, gossip, kontroversi, alyah, ramli ms

Kejadian tersebut dipercayai berlaku kerana Alyah hilang kawalan emosi ekoran kontroversi gambar yang dimuatnaik komposer muzik itu.


Alyah Langgar Kereta Ramli MS, info, terkini, hiburan,sensasi, gossip, kontroversi, alyah, ramli ms

Baca : Punca Jepp Sepahtu Tidak Beraksi Di MLM2014 

Sumber : katakcomel.my

Punca Jepp Sepahtu Tidak Beraksi Di MLM2014

Ramai yang tertanya-tanya punca sebenar Jepp tidak muncul beraksi di pentas MLM2014 minggu lalu. Ramai tahu yang Jepp sakit namun tidak diketahui sakit apakah yang menghalang Jepp tampil bersama Shuib. Akhirnya misteri itu terjawab apabila Jepp mengesahkan dirikan terkena demam denggi. Akibatnya, Jepp mengambi cuti selama 10 hari dan pulang berehat di kampung halamannya.


Punca Jepp Sepahtu Tidak Beraksi Di MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi, Sepahtu, Jepp Sepahtu

Walaupun beraksi seorang diri minggu lalu, persembahan yang ditunjukkan oleh Shuib amat memberangsangkan. Namun di harap minggu ini Jep sudah boleh kembali beraksi di atas pentas MLM2014. Sepahtu tak lengkap tanpa Jep. Diharap juga Shuib tak buat kejutan dengan membawa Mamat seandainya Jep masih belum pulih. Kata Jep tentang demam dengginya:-

    Sebenarnya, sebelum saya disahkan terkena jangkitan denggi, saya sudah pun mengalami demam selama empat hari. Mula-mula saya hanya fikir, itu cuma demam biasa dan buat tidak kisah sahaja.

    Saya cuma makan ubat macam biasa dan tidak pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital. Tetapi, ada rakan menasihatkan agar saya membuat pemeriksaan doktor kerana suhu badan pada waktu itu mencecah hingga 40.1 darjah Celsius.

    Saya tidak tahu bagaimana mahu menyebut nama penyakit itu secara saintifik tetapi menurut doktor yang merawat saya, memang saya diserang demam denggi. Selepas menjalani pemeriksaan darah dan sebagainya, saya ambil cuti selama 10 hari dan berehat di kampung

Punca Jepp Sepahtu Tidak Beraksi Di MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi, Sepahtu, Jepp Sepahtu

Walaupun suhu badan Jep sudah kembali normal, namun tahap kecergasannya pelawak ini masih belum berada di tahap yang optimum. Tidak diketahui sama ada Jep akan beraksi atau Shuib sekali lagi akan tampil solo malam ini. Doakanlah yang terbaik but Jep dan Sepahtu. Sama-sama kita doakan agar Jep lekas pulih. Amin.

Baca : Suami Minta Maaf Kepada Umie Aida Kerana Rumah Dilelong 

Sumber : beautifulnara.com

Suami Minta Maaf Kepada Umie Aida Kerana Rumah Dilelong

Mesti anda semua nak tahu kan update terbaru mengenai kisah rumah pelakon terkenal, Umie Aida dan suaminya, Datuk Khairuddin yang dikatakan dilelong dengan harga 2.1 juta beberapa hari lalu?


Suami Minta Maaf Kepada Umie Aida Kerana Rumah Dilelong, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, umie aida

Malah, rumah yang juga merupakan hadiah perkahwinan mereka itu didakwa telah dibeli oleh seorang wanita berusia 40 an.

Ternyata, Datuk Khairuddin agak kesal dengan situasi yang berlaku dan memohon maaf kepada Umie Aida. Erm.. sedihnya.

    “Saya mohon maaf kepada Umie kerana banyak mengheretnya dalam isu ini, namun dia selalu memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang perjuangan ini.

    Umie tenang dan cekap sepanjang menghadapi pahit getir perjuangan ini, dia ialah seorang isteri yang amat cekal dan miliki kekuatan yang menakjubkan.” – Datuk Khairuddin


Suami Minta Maaf Kepada Umie Aida Kerana Rumah Dilelong, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, umie aida

Menurut laporan Astro Awani, isu rumah tersebut dilelong hanyalah salah faham. Malah, Datuk Khairuddin juga mengakui sudah ada pembeli dengan harga RM5.8 juta untuk unit rumah berkenaan.

    “Memang rumah itu hendak dijual tetapi bukan dilelong dengan harga yang begitu rendah. Saya sudah mengambil peguam untuk mencabar keputusan lelong berkenaan.


Suami Minta Maaf Kepada Umie Aida Kerana Rumah Dilelong, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, umie aida

    Tambahan saya sendiri dimaklumkan mengenai lelongan itu pada 13 Januari sedangkan ia berlangsung dua hari sebelumnya.” – Datuk Khairuddin

Baca : 12 Foto Scha Alyahya Bersama Finalis Dewi Remaja 

Sumber : ohbulan.com