Wednesday, January 28, 2015

Dynas Mokhtar Kini Bercinta Dengan Jejaka Berbadan Sado?

Meskipun sudah disahkan bercerai dengan suaminya pada awal tahun lalu, namun kisah perceraiannnya baru diketahui umum pada baru-baru ini iaitu penghujung tahun lalu.Pandai juga pelakon Dynas Mokhtar ini menyembunyikan kisah perceraiannya bukan?


Dynas Mokhtar Kini Bercinta Dengan Jejaka Sado?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Dynaz Mokhtar

Yelah, siapa yang seronok nak beritahu umum mengenai kisah peribadi yang tak sedap didengar itu kan?Namun, kehidupan perlu diteruskan walapun dia kini sudah punya 2 orang cahaya mata dalam perkahwinannya itu. Dapat tahu Dynas sekarang sedang keluar bersama seseorang jejaka yang dikenalinya sejak sekolah dulu.

Macam mana boleh dapat cerita? Sebenarnya rakan yang sampaikan setelah pulang daripada menonton sesi rakaman sebuah program. Dalam program itu, rakan baiknya yang juga rakan artis sendiri membongkar bahawa dia kini semakin bahagia dengan seorang jejaka berbadan sado.Ala berbadan sado tu maksudNya yang ada banyak muscle atau otot kat badan tulah.

Hehehe, kemudian, hos rancangan itu sendiri minta Dynas menerangkan siapa jejaka itu. Dynas pun mengaku memang dia kini sedang mengenali hati budi jejaka itu yang merupakan rakan sekolahnya dulu.Wah baguslah begitu, doakan semoga hubungan mereka dapat berkekalan dan anak-anak pun sudi menerima orang baru ang menjadi suri di hati ibunya.

Sumber : murai.com.my

Mas Idayu kesal dengan tindakan Zuan Azmi

Penyanyi dangdut popular Mas Idayu kesal apabila pengacara belakang pentas "Mentor Legend" Zuan Azmi memuat naik status di laman sosial Twitter menyelarnya kerana mencekiknya.


Mas Idayu kesal dengan tindakan Zuan Azmi, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Mas Idayu, Zuan Azmi

"Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar. Kalau nak lihat penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar.

"Dulu, ketika di "Mentor 3", saya siap bawa rotan. Tetapi tiada apa-apa masalah pun.

"Saya baru dapat tahu yang dia menulis tentang perkara ini di Twitternya. Saya pula sememangnya tidak mempunyai Twitter dan saya tahu pasal ini setelah seorang peminat prihatin mengirimkan WhatsApp kepada saya.

"Dia menulis menulis sesuatu di belakang saya. Jadi siapa yang tidak profesional sekarang ini? Saya tau dia?," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Tambah Mas Idayu lagi, dia mencekik Zuan hanyalah sekadar gurauan spontan dan bukannya dibuat-buat.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 41 tahun itu enggan memanjangkan isu tersebut dan telah memohon maaf kepada Zuan menerusi Penerbit Eksekutif Mentor Legend, Muhd Sufian Isa.

Sumber : tupai.com.my

Bekas isteri Jimmy Shanley dihukum penjara

Bekas isteri kepada pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy telah dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hari berikutan ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anak mereka.


Bekas isteri Jimmy Shanley dihukum penjara, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, berita, Jimmy Shanley, isteri Jimmy Shanely

Menurut laporan sebuah portal akhbar tempatan, Hakim Syarie, Mawardi Che Man telah mengarahkan hukuman ke atas Nursuhaila bermula hari ini.

Terdahulu, Jimmy dan Nursuhaila telah berkahwin pada 1 Oktober 2010 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun.

Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 10 Oktober 2012.

Sumber : tupai.com.my

Tuesday, January 27, 2015

Miley Cyrus Sudah Hilang Rasa Malu, Gemar Berbogel?

Sifat malu yang kian berkurangan dapat dilihat kepada perilaku Miley Cyrus yang seperti mahukan perhatian serta diingati dengan aksi daringnya yang gemar berbogel itu. Kemungkinan yang lain pula adalah dia mengalami masalah mental dan bertindak sedemikian.


Miley Cyrus Sudah Hilang Rasa Malu, info, terkini, sensasi, hiburan, Hollywood celebrities, Miley Cyrus,

Minggu ini hanya selepas dua minggu dia tampil didalam V Magazine dengan beberapa halaman yang menampilkan dirinya yang berbogel dan beraksi ghairah dirakam secara polaroid, dia menjadikan pesisir pantai di Hawaii ruang baru untuknya mendedahkan aset yang dimiliki penyanyi lagu Wrecking Ball itu.

Dia ditemani teman lelaki tersayang Patrick Schwarzenegger, 21, Miley hanya mengenakan seluar pendek hitam, itu sahaja manakala Patrick mengenakan celena pendek biru muda jarang.


Miley Cyrus Sudah Hilang Rasa Malu, info, terkini, sensasi, hiburan, Hollywood celebrities, Miley Cyrus,

Dalam berita lainnya pula Miley dikhabarkan sukar untuk mengeja dan menyebut nama penuh Patrick yang memiliki darah keturunan Austria di sebelah bapanya Arnold Schwarzenegger, ahli bina badan yang juga pelakon terkenal Hollywood.


Miley Cyrus Sudah Hilang Rasa Malu, info, terkini, sensasi, hiburan, Hollywood celebrities, Miley Cyrus,

Komen yang diberikan oleh peminat amat tidak bersetuju dengan tindakan Miley yang penah diangkat sebagai idola buat kanak –kanak remaja yang mengenalinya dengan siri Hannah Montana.

Sumber : murai.com.my

Pelakon Elyana Dipaksa Suami Berlakon Semula?

Penyanyi dan pelakon Elyana memberitahu suaminya, Khairul Anuar Husin, 40, sentiasa memaksa agar dia kembali aktif dalam bidang seni selepas hampir empat tahun menyepikan diri.


Pelakon Elyana Dipaksa Suami Berlakon Semula?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Elyana, keluarga karaoke

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 28, berkata, suaminya bimbang dia mungkin bosan menjadi suri rumah sepenuh masa.

"Selepas berkahwin dan hamil keputusan untuk memperlahankan kerjaya datang dari diri sendiri kerana ingin melihat anak membesar depan mata sendiri.

"Kini anak kami sudah pun berusia empat tahun dan dia banyak memberi galakkan supaya saya kembali aktif kerana mahu saya bersemangat dan meneruskan minat dalam bidang seni," katanya kepada mStar Online.

Elyana ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri lakonannya berjudul Keluarga Karaoke di Red Box Pavillion di sini, Selasa.

Selain Elyana, drama 60 episod itu turut dibintangi oleh Raja Ema, Sherry Ibrahim, Elfaeza Ul-Haq, Zarina Zainuddin, Beego dan Dazrin Kamarudin.

Ia bakal disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam bermula 9 Februari depan di saluran Mustika HD (134).


Pelakon Elyana Dipaksa Suami Berlakon Semula?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Elyana, keluarga karaoke

Imej terbaru Elyana

Dalam pada itu, Elyana berkata, dia berani untuk bergiat aktif sebagai penyanyi dan pelakon kerana anaknya, Cinta Sumaiyah, 4, sudah pun memulakan pembelajaran di peringkat pra-sekolah.

Malah kata Elyana, Khairul Anuar turut memberikan keyakinan akan menjaga anak sekiranya dia sibuk memandangkan suaminya itu bekerja sendiri.

"Dia pun dah besar dan pandai bercakap jadi saya tidak risau sangat kalau hendak keluar bekerja tambahan pula suami ringan tulang menjaganya," ujar Elyana.

Sementara itu, Elyana berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya yang tergendala hampir empat tahun lalu.

Jelas Elyana, album berkenaan bakal memuatkan 10 buah lagu dan akan diterbitkan oleh Aidit Alfian.

"Sepatutnya album itu dah siap empat tahun lalu tetapi kerana saya berkahwin, dapat anak dan sibuk menguruskan rumah tangga jadi saya tangguh terlebih dahulu.

"Tetapi saya selesa apabila dapat kembali berkolaborasi dengan Aidit kerana dia memahami kehendak saya sebagai penyanyi, katanya.

Dalam perkembangan lain, Elyana berkata, dia teruja dapat kembali berlakon dan berharap drama Keluarga Karaoke mampu memberi impak kepada kariernya.

Jelas Elyana, dia tidak berasa kekok kembali memasuki set penggambaran selepas sekian lama malah seronok dapat bertemu rakan-rakan artis lain.

"Sebelum album diharap drama bersiri ini dapat mengubat rasa rindu peminat dan ia sebuah karya yang cukup santai tetapi menyeronokkan," jelasnya.

Sumber : mstar.com.my

Punca Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri atau Mentor

Penyanyi Anuar Zain tidak berminat untuk terlibat sebagai juri atau mentor dalam mana-mana program realiti buat masa ini.


Punca Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Mentor, info, terkini, hiburan, sensasi, Anuar Zain, Mentor, gossip, kontroversi

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 45, berkata, selain kekangan masa dia lebih selesa memberikan tumpuan kepada karier nyanyian berbanding perkara lain.

"Bukan hendak jaga eksklusif diri atau isu lain tetapi buat masa ini memang saya belum bersedia untuk terlibat dalam apa juga peranan dalam mengadili peserta program realiti.

"Ini kerana saya lebih selesa bergelar penyanyi dah hanya mahu fokus kepada perkara itu sahaja," katanya kepada mStar Online.

Anuar ditemui pada majlis pelancaran album Anuar Zain - Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert  yang diadakan di TGV One Utama di sini pada Selasa.

Tambah Anuar, sebelum ini ada beberapa pihak produksi membuat tawaran kepadanya namun dia menolak secara baik.

Punca Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Mentor, info, terkini, hiburan, sensasi, Anuar Zain, Mentor, gossip, kontroversi

"Untuk menjadi mentor atau juri memerlukan komitmen yang cukup tinggi dan banyak produksi bertanya sekiranya saya berminat tetapi terpaksa menolak secara baik," katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, tahun ini dia merancang untuk mengadakan sebuah lagi konsert berskala besar selepas kejayaan persembahan pertama yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dua tahun lalu.

Jelas Anuar, pengalaman menerbitkan sendiri konsert berkenaan menerusi syarikatnya, Anuar Zain Network akan digunakan untuk membuat penambahbaikkan kepada konsert keduanya itu nanti.

"Sebenarnya saya rancang untuk mengadakan konsert kedua pada tahun lalu tetapi disebabkan beberapa masalah ia terpaksa ditunda.

"Bagaimanapun tahun ini saya harap impian untuk mengadakan konsert tersebut akan menjadi kenyataan tambahan pula mendapat permintaan daripada peminat," katanya.

Bagaimanapun kata Anuar, dalam masa terdekat dia bakal mengadakan konsert di The Star Theatre, Singapura pada 7 Februari depan.

Kata Anuar, konsert yang diberi judul Anuar Zain Three Decades of Music itu akan menyaksikan dia menyampaikan seleksi lagu-lagu hitnya dan berharap ia akan turut mendapat sambutan penonton negara ini.

Sementara itu, Anuar berkata, dia juga sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya dan memberitahu sudah pun mempunyai lima buah lagu untuk dimuatkan dalam album berkenaan.

Katanya, biarpun sedar penjualan album tidak menentu buat masa ini namun dia tetap menghasilkan album penuh demi peminatnya.

"Saya masih memilih dua buah lagu lagi untuk dimasukkan ke dalam album berkenaan dan Insya-Allah ia akan dilancarkan dalam tahun ini juga.

"Saya tetap hendak hasilkan album berbanding single kerana ini adalah cara untuk saya menghargai peminat dan menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anuar berkata, Anuar Zain - Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert' hanya dilancarkan selepas dua tahun persembahan itu berakhir kerana pihaknya terikat dengan beberapa syarat selepas ia disiarkan menerusi NTV7 tahun lalu.

"Konsert ini pernah ditayangkan di NTV7 sebelum ini dan ada tempoh tertentu ditetapkan oleh pihak stesen sebelum ia boleh dilancarkan dalam bentuk CD, VCD dan DVD.

"Bagaimanapun pihak Anuar Zain Network dan Universal Music ada strategi tertentu dan merasakan sekarang paling sesuai untuk melancarkan album berkenaan," jelasnya.

Malah konsert berkenaan akan ditayangkan secara eksklusif di TGV One Utama pada 15 Februari depan pada pukul 3 petang khas buat peminat hanya untuk sehari.

Untuk tempahan tiket tayangan istimewa itu boleh melayari www.tgv.com.my atau laman Facebook TGV Cinemas.

Sumber : mstar.com.my

Gambar Sek$i Lindsay Lohan Jadi Bahan Jenaka?

Artis Hollywood penuh kontroversi, Lindsay Lohan baru-baru ini dimasukkan ke hospital kerana demam Chikungunya dan menerima rawatan bagi memulihkannya. 


Gambar Sek$i Lindsay Lohan Jadi Bahan Jenaka?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Hollywood celebrities, Lindsay Lohan

Malangnya, setelah pulih dan dibenarkan pulang Lindsay tanpa berfikir akan kesannya bertindak memuat naik gambar sek$inya ke laman Instagram dengan kapsyen tertera:

    “#mycalvins are helping me fight off my chikungunya hehe”


Gambar Sek$i Lindsay Lohan Jadi Bahan Jenaka?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Hollywood celebrities, Lindsay Lohan

Gambar Sek$i Lindsay Lohan Jadi Bahan Jenaka?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Hollywood celebrities, Lindsay Lohan


Gambar selfie di dalam bilik air yang dimuat naiknya menunjukkan susuk tubuh dari sisi dan kelihatan perutnya yang kurus. Kalau sekali pandang je memang tak fikir perkara lain melainkan kesek$ian dirinya.

Malangnya gambar itu telah menjadi bahan jenaka bagi pengikutnya di Instagram kerana mendapati gambar itu sememangnya kesan suntingan Photoshop semata-mata. Kalau dilihat betul-betul, botol-botol mandiannya kelihatan sedikit melengkung. Ternyata tindakannya menipu dengan kurang bijak ini mendapat kritikan para peminat serta pengikut Instagram.


Gambar Sek$i Lindsay Lohan Jadi Bahan Jenaka?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Hollywood celebrities, Lindsay Lohan


Kalau nak nampak kurus pun takkan sampai sanggup letak badan orang lain kat diri sendiri kan. Ahaks. Kalau betul-betul nak menipu jangan kasi sampai orang tahu. Hehehe, apa-apa pun memang lawak juga dan satu cubaan yang sangat berani dilakukan oleh Lindsay Lohan.

Sumber : gosipmalaysia.com

Mahkamah Arah Awie Serah Anak Kepada Rozana, Dapat Hak Lawatan

Melihat kepada keputusan mahkamah terbaru ini, nampaknya Rozana Misbun menang sementara dalam kemelut rumahtangga bersama Awie selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan hak jagaan sementara kini jatuh ke atas tangan Rozana.


Mahkamah Arah Awie Serah Anak Kepada Rozana, Dapat Hak Lawatan, info, terkini, hiburan, sensasi, Awie, Rozana Misbun,

Hakim Syarie, Ibrahim Deris memutuskan tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, diserahkan kepada Rozana sebagai ibu sehingga perintah kekal hak jagaan anak dikeluarkan oleh mahkamah.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, selaku responden diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

Rozana Misbun mendakwa anak anaknya itu bagaikan keliru selepas tujuh bulan mereka terpisah selepas beliau dilarang untuk bertemu mereka dan hanya dapat bertemu mereka di sekolah masing masing.

Sumber : rotikaya.com

Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian Dengan Zamarul Hisham

Beberapa bulan yang lalu peminat dikejutkan dengan kisah keretakan rumah tangga di antara pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisyam. Semuanya terjawab apabila Diana bertindak memfailkan perceraian terhadap Zamarul pada 15 Januari lalu.


Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, diana rafar, kes cerai diana rafar

Namun penampilan terbaru Diana Rafar yang dikatakan telah bertudung sepenuhnya selepas krisis rumahtangga mendapat perhatian kami.

Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, diana rafar, kes cerai diana rafar

Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, diana rafar, kes cerai diana rafar

Menerusi beberapa keping foto terkini yang dikongsi olehnya di laman Instagram, Diana dilihat manis bertudung. Malah foto beserta ayat motivasi ini jelas menunjukkan Diana cuba untuk melupakan apa yang terjadi dan membuka lembaran hidup baru.

Jika benar Diana sudah berhijab sepenuhnya, baguslah kerana peminat pun sentiasa mendoakan yang terbaik buat Diana. Harap Diana terus tabah mengharungi hari mendatang dan menjaga kebajikan anak walaupun sudah berpisah nanti.

Sumber : ohbulan.com

Syafiq Yusof syukur "Villa Nabila" kutip RM2 juta

Pengarah filem muda berbakat besar Syafiq Yusof bersyukur dan gembira apabila filem eksperimental seram pertamnya "Villa Nabila" berjaya mengutip RM2 juta selepas 10 hari tayangan.


Syafiq Yusof syukur "Villa Nabila" kutip RM2 juta, info, terkini, hiburan, sensasi, Filem Tempatan, Filem Villa Nabila,

"Alhamdulillah setakat semalam apa yang saya tahu, filem ini sudah mengutip lebih RM2 juta.

"Apa pun saya bersyukur kerana dalam kemerosotan kutipan filem, "Villa Nabila" mampu mencatat kutipan sebanyak itu dan saya berharap rakyat Malaysia yang belum menonton akan ke panggung untuk menonton filem ini," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pada itu, Syafiq turut menyangkal dakwaan kononnya filem terbitan Viper Studios dan Skop Production berjaya mendapat sambutan berikutan insiden penonton diserang histeria ketika menonton "Villa Nabila" baru-baru ini.

"Demi Allah, saya berani bersumpah tidak membayar sesiapa untuk berlakon kononnya terkena histeria. Saya pasti jika saya berbuat sebegitu, tidak aka nada sesiapa yang sanggup mempertaruhkan maruah untuk menjerit-jerit di khalayak.

"Saya sendiri terkejut apabila dikhabarkan mengenai perkara tersebut. Lagipun untuk apa saya bersikap tidak jujur kerana saya yakin kalau filem itu menepati cita rasa orang akan ke panggung tanpa perlu dipaksa."

Sumber : tupai.com.my

Monday, January 26, 2015

Kerana ‘Lalok’, Kerjaya Akim Terjejas

Sebelum ini Akim Ahmad terpaksa mengahadapi tuduhan lalok sewaktu persembahannya di Separuh Akhir Muzik-muzik 29, namun dia tidak hanya berdiam diri sebaliknya tampil dengan “Akim Ahmad Gemuruh, Bukan Lalok“. 

Kerana ‘Lalok’, Kerjaya Akim Terjejas, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Akim Ahmad,

Walaubagaimanapun Akim akui tuduhan itu sedikit sebanyak telah menjejaskan kerjayanya sebagai seorang artis. Bukan tu je, Akim juga terpaksa memulihkan kembali maruah keluarganya yang turut terjejas dengan tuduhan yang sememangnya memalukan diri sendiri dan juga ahli keluarga. Akim berkata menerusi mStar Online:

    “Kesannya terlampau besar dalam kerjaya seni saya, terutamanya pada klien-klien saya. Walaupun ia hanya khabar angin namun selepas dikaitkan dengan najis dadah, ia benar-benar menjejaskan saya.

    “Bagaimanapun, saya sudah maafkan orang yang membuat tuduhan itu,” katanya.

Kesian Akim, tak pasal-pasal habis semua terpalit ke atasnya. Yang lagi kasihan apabila ada pula pihak yang tak boleh nak duduk diam ni, menyebarkan fitnah yang boleh merosakkan reputasi seseorang artis. Dakwaan yang entah datang dari mana mengatakan Akim diketepikan oleh pihak penganjur kerana beranggapan dirinya mempunyai reputasi buruk. Haishh kenapa lah wujud insan yang seperti ini, mungkin dorang ni gemar kot tengok artis kita yang baru nak naik jatuh tersungkur, agaknya.


Kerana ‘Lalok’, Kerjaya Akim Terjejas, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Akim Ahmad,

Akim dituduh lalok ketika persembahan di Separuh Akhir Muzik-muzik

Akim berharap agar pihak yang menyebarkan khabar angin tidak benar diambil tindakan tambah-tambah perkara yang berkaitan dengan dadah. Baginya isu dadah ni benar-benar serius dan boleh menjatuhkan mana-mana artis di negara kita. Namun, “Kemenangan Akim Di AIM21 Tebus Dakwaan Lalok” sedikit sebanyak membantu membersihkan namanya daripada tuduhan melampau itu.


Kerana ‘Lalok’, Kerjaya Akim Terjejas, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Akim Ahmad,

Dalam pada itu, Akim mengakui dirinya kini lebih selesa bergerak secara berkumpulan berbanding secara solo. Bagi peminat Akim & The Majestret, dengar-dengar khabar single terbaru dorang yang berjudul Potret bakal keluar tidak lama lagi tau. Sama-samalah kita nantikannya yer. Macam mana pula agaknya impak single terbarunya setelah lagu Mewangi berjaya melonjakkan nama Akim dan juga kumpulannya The Majestret! Jom tengok video yang dikatakan Akim lalok, lalok ke?Hmmmm.


Sumber : gosipmalaysia.com

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan

Pelakon terkenal yang menjadi kegilaan ramai jejaka, Fazura sememangnya seorang artis serba boleh yang mampu berlakon dalam apa jua watak yang diberikan. 

Seperti yang semua orang tahu, Fazura sejak kebelakangan ini boleh dikatakan sangat menonjol selepas cerita selisih faham dengan Sara Ali dan juga program 'Fazing Up To Fazura' yang mendapat sambutan hangat. Tidak kurang juga cerita pasal pembabitannya dalam Maharaja Lawak Mega 2014.

Apa pun, mari kita skodeng beberapa gambar Fazura yang dipaparkan di bawah ini buat tatapan anda.


14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

14 Gambar Selfie Fazura Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Fazura

Sumber : katakcomel.my

Bekas Suami Mahu Rujuk, Raja Azmi Keliru

Kisah perkahwinan Raja Azmi dan bekas suaminya Eddie CRK kini menjadi bahan bualan peminat peminat tempatan apabila Eddie CRK dikatakan menyampaikan hasrat untuk rujuk semula dengan Raja Azmi ketika rakaman satu program televisyen terbitan TV3 iaitu Ya ke?.


Bekas Suami Mahu Rujuk, Raja Azmi Keliru, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Raja Azmi, Eddie CRK

Khabarnya dia (Raja Azmi) juga mengalirkan air mata kerana terharu dengan kesungguhan Eddie.

“Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Bukakanlah hati yang baik itu untuk kita rujuk semula. Saya hari-hari berdoa agar Tuhan jodohkan kita balik,” kata Eddie.

Raja Azmi yang turut terkejut mengenai hasrat bekas suaminya itu yang tidak menyangkakan akan kesungguhannya untuk merajuk semula dengan dirinya.

“Terkejut sangat. Tak sangka dia cakap macam itu dengan berani di televisyen. Dari situ Kak Mi nampak kesungguhannya. Sebelum ini dia ada pujuk supaya kami berbaik semula. Kak Mi selesa berkawan. Kami lebih mehamami (satu sama lain) kerana berkawan selepas bercerai”

“Apa pun Kak Mi pasrah pada ketentuan Allah. Tak mahu menafikan kami takkan rujuk. Buat masa ini Kak Mi masih dalam dilema,” kata Raja Azmi.

Raja Azmi mengakui masih keliru dan takut untuk memberi harapan dan mahu keadaan yang menentukan sama ada dia dan bekas suami akan rujuk semula. Walaubagaimana pun, kami di sini mendoakan agar mereka kembali semula seperti sedia kala. Amin.

Sumber : rotikaya.com

Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus?

Korang ingat lagi tak baru-baru ini Sharnaaz ada mengakui timbul salah faham antara dia dan kekasihnya ekoran dia mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah?


Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shaarnaz Ahmad, Anis Al Idrus

Cerita Shila ni sebenarnya dah lama berakhir. Tetapi, status terbaru Sharnaaz yang dimuat naik di laman Instagramnya mengundang 1001 persoalan di hati kami.

Bukan kisahnya dengan Shila, tetapi hubungannya dengan Anis Al Idrus.


Melalui kapsyen yang ditulis, Sharnaaz seolah-olah sedang makan hati je. Ada masalah percintaan ke?

Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shaarnaz Ahmad, Anis Al Idrus

    Terbanglah, bebas lah.. Cahaya pasti kan kau temui.. Semoga Allah berkati Keluarga mu yg dikasihi..Amin.. Kebahagiaan bukan di tangan aku, tetapi di dunia yg bebas..


Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shaarnaz Ahmad, Anis Al Idrus

Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shaarnaz Ahmad, Anis Al Idrus

Bila kami intai ruangan komen, ramai juga yang memberikan kata-kata perangsang kepada abang sado ini.

Malah, siap ada yang menasihati Sharnaaz untuk melupakan kisah silam. Ish..mengundang betul komen-komen tersebut.

Bikin kami rasa nak korek je apa sebenarnya yang bersarang dihati Sharnaaz sekarang ni.

Apapun, kami harap tak adalah apa-apa yang buruk berlaku dalam kehidupan Sharnaaz mahupun dari segi peribadi atau karier.

Sumber : ohbulan.com

Panas!! Lagi Foto Mesra Izreen Azminda Dengan Lelaki Sado

Awal Januari lalu, Izreen Azminda pernah mengeluarkan kenyataan tak mungkin untuk dirinya bercinta sekali lagi dalam masa terdekat kerana mahu memberi fokus kepada anak dan kerjaya terlebih dahulu.


Lagi Foto Mesra Izreen Azminda Dengan Lelaki Sado, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Izreen Azminda, kontroversi


Tapi belum pun habis bulan yang sama, Izreen sudah beberapa kali mengundang spekulasi dengan memuat naik foto-foto mesra bersama lelaki. Antaranya, pelakon baru bernama Nazrief Nazri yang kemudiannya dianggap seperti adik sendiri.

Bahu siapa pula tu? Sado juga!

Terbaru lewat petang semalam, Izreen sekali lagi memuat naik foto dirinya sedang terlentok manja di bahu seorang lelaki di dalam kereta. Tengok lengan dah tahu abam sado.


Lagi Foto Mesra Izreen Azminda Dengan Lelaki Sado, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Izreen Azminda, kontroversi

    Awak… Yer awak… Awak la… Ha ah awak… Sapa lagi… Ish awak ni… Awak la… Yang kat sebelah saya ni la… Awak jer pun yang ada… Confirm awak… Tq… Tq apa??? Awak jer yang taw… #awaktauawaksiapa

Kapsyen yang ditulis Izreen juga sangat mengundang orang luar untuk menyakat dan menganggap ibu tunggal ni tengah hangat bercinta. Adakah aksi macam tu pun dengan adik juga? Jangan cakap itu cuma dialog drama sudahlah. Hihi

Tapi kan, kalau betul Izreen rimas sering digosipkan dengan mana-mana lelaki, mungkin Izreen boleh cuba kurangkan atau hentikan kongsi gambar-gambar mengundang seperti ini di laman sosial. Bukan apa, untuk menjaga nama baik Izreen juga.

Sumber : ohbulan.com

Fasha Sandha Intai Peluang Jadi Usahawan Kosmetik

Pelakon Fasha Sandha akui sedang berjinak-jinak menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang memfokuskan kepada produk kesihatan wanita dan kosmetik.


Fasha Sandha Intai Peluang Jadi Usahawan Kosmetik, info, terkini, hiburan, sensasi, Fasha Sandha

Bagi Fasha, melihat kejayaan suaminya Rizal Ashram Ramli (Jejai) yang aktif sebagai seorang ahli perniagaan membuatkan dirinya turut berminat untuk menjadi usahawan.

“Kejayaan suami pendorong buat saya untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, saya sebenarnya tak nak ulas panjang-panjang mengenai perniagaan saya.

“Tunggulah, nanti saya akan umumkan secara rasmi di sidang media akan datang,  produk apa yang saya akan tawarkan kepada para pengguna,” katanya kepada portal Murai.com.my

Fasha yang ditemui para wartawan di Majlis HLive! ERA #Perfect10ku Date Night di TGV KLCC turut membuat penjelasan masih belum bersedia untuk melibatkan anaknya dalam dunia periklanan.

“Putra Rayfal kini sudah berusia setahun dan Putri Raysha Jemaima baru masuk 2 bulan, mereka masih kecil dan saya rasa belum keperluan untuk ke arah itu.

“Mengikut pemerhatian saya, ramai anak selebriti telah terlibat dalam dunia pengiklanan tapi itu hak masing-masing untuk mencorakkan kehidupan anak-anak mereka,” ujar Fasha.

Dalam perkembangan lain, Fasha telah menerima tawaran berlakon sekuel drama Tentang Hati 2 untuk tayangan RTM yang turut dibintangi oleh Aaron Aziz dan Anzalna Nasir.  

Sumber : murai.com.my

Pemuzik Jalanan Terkejut Persembahan Mereka Ditonton Tun Mahathir

Gembira tidak terhingga, kumpulan penghibur jalanan Genji Buskers setelah persembahan mereka diperhatikan oleh Tun Mahathir.


info, terkini, hiburan, sensasi, Genji Buskers

Menurut status yang dimuatnaik di akaun Facebook rasmi kumpulan tersebut, vokalisnya yang dikenali sebagai Mustam, sebaik sahaja beliau menyedari kehadiran Tun Mahathir ketika dalam persembahannya itu, lirik nyanyiannya itu terus berterabur terkejut dengan kehadiran tokoh itu.
Tun Mahathir yang pada ketika itu sudah memerhatikan persembahan mereka selama beberapa minit.

Selain itu, Tun juga turut meletakkan wang sebanyak RM50 ringgit ke dalam beg guitar yang disediakan oleh kumpulan penyanyi itu untuk sumbangan dari para penonton.


info, terkini, hiburan, sensasi, Genji Buskers

Menurut Genji Buskers, mereka akan membikaikan wang itu sebagai kenang-kenangan.

“1st time nyanyi mata berair..with Negarawan terulung #tunmahathir.. Rupanya dah 3,4 minit saya diperhatikan tadi..bila terpandang tun..lirik terus bersepah hahaha...nama kami sama MM ...dan kami Sagittarius... Rm50 yg tun bagi akan saya frame kan” katanya. 
Sumber : Siakapkeli.com.my


Foto Eina Azman & Suami Sempena Hari Lahir

Siapa tak sayang suami oii! Lagi-lagu kalau dapat suami yang kaya macam Datuk Paduka Gurmeet Hardeen. Wanita yang bertuah sekali siapa lagi kalau bukan Eina Azman yang cantik dan muda sekali gus mendapat gelaran Datin.

Selaku seorang isteri yang penyayang, pelakon putih melepak ni mestilah tidak ketinggalan untuk meraikan ulang tahun suami tercinta.

Foto Eina Azman & Suami Sempena Hari Lahir, info, terkini, hiburan, sensasi, Eina Azman,

Foto Eina Azman & Suami Sempena Hari Lahir, info, terkini, hiburan, sensasi, Eina Azman,

Foto Eina Azman & Suami Sempena Hari Lahir, info, terkini, hiburan, sensasi, Eina Azman,

Foto Eina Azman & Suami Sempena Hari Lahir, info, terkini, hiburan, sensasi, Eina Azman,
Gambar Eina dan Suami Bercium

Sumber : ohbulan.com

Gambar Kakak Emma Maembong Yang Super Cantik dan Seksi

Nama Maembong tidak asing lagi dalam Industri hiburan tahan air Malaysia.. Sangat terkenal dengan kecantikan dan Kejelitaan.. 

Kali ini anda akan  disajikan 10 Gambar Effa Maembong, Kakak Emma Maembong yang sangat cantik untuk santapan anda.. boleh kalah Emma Maembong ni..

Terpegun seketika kami bila melihat Ciptaan Ilahi ini.. Terkejut kami.. Super Cantik


Gambar Kakak Emma Maembong Yang Super Cantik dan Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, Effa Maembong, keluarga MAembong,

Gambar Kakak Emma Maembong Yang Super Cantik dan Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, Effa Maembong, keluarga MAembong,

Gambar Kakak Emma Maembong Yang Super Cantik dan Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, Effa Maembong, keluarga MAembong,

Gambar Kakak Emma Maembong Yang Super Cantik dan Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, Effa Maembong, keluarga MAembong,

Gambar Kakak Emma Maembong Yang Super Cantik dan Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, Effa Maembong, keluarga MAembong,

Gambar Kakak Emma Maembong Yang Super Cantik dan Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, Effa Maembong, keluarga MAembong,

Gambar Kakak Emma Maembong Yang Super Cantik dan Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, Effa Maembong, keluarga MAembong,

Gambar Kakak Emma Maembong Yang Super Cantik dan Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, Effa Maembong, keluarga MAembong,

Gambar Kakak Emma Maembong Yang Super Cantik dan Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, Effa Maembong, keluarga MAembong,

Sumber : seluar-pink.blogspot.com