Showing posts with label shaarnaz ahmad. Show all posts
Showing posts with label shaarnaz ahmad. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus?

Korang ingat lagi tak baru-baru ini Sharnaaz ada mengakui timbul salah faham antara dia dan kekasihnya ekoran dia mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah?


Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shaarnaz Ahmad, Anis Al Idrus

Cerita Shila ni sebenarnya dah lama berakhir. Tetapi, status terbaru Sharnaaz yang dimuat naik di laman Instagramnya mengundang 1001 persoalan di hati kami.

Bukan kisahnya dengan Shila, tetapi hubungannya dengan Anis Al Idrus.


Melalui kapsyen yang ditulis, Sharnaaz seolah-olah sedang makan hati je. Ada masalah percintaan ke?

Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shaarnaz Ahmad, Anis Al Idrus

    Terbanglah, bebas lah.. Cahaya pasti kan kau temui.. Semoga Allah berkati Keluarga mu yg dikasihi..Amin.. Kebahagiaan bukan di tangan aku, tetapi di dunia yg bebas..


Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shaarnaz Ahmad, Anis Al Idrus

Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shaarnaz Ahmad, Anis Al Idrus

Bila kami intai ruangan komen, ramai juga yang memberikan kata-kata perangsang kepada abang sado ini.

Malah, siap ada yang menasihati Sharnaaz untuk melupakan kisah silam. Ish..mengundang betul komen-komen tersebut.

Bikin kami rasa nak korek je apa sebenarnya yang bersarang dihati Sharnaaz sekarang ni.

Apapun, kami harap tak adalah apa-apa yang buruk berlaku dalam kehidupan Sharnaaz mahupun dari segi peribadi atau karier.

Sumber : ohbulan.com

Monday, December 8, 2014

Penjelasan Shaarnaz Ahmad Isu Beli Beer Di Jepun

Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan isu penyebaran foto dia membawa troli berisi beberapa tin arak di sebuah pasaraya di Jepun adalah gosip yang membosankan.


Penjelasan Shaarnaz Ahmad Isu Beli Beer Di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Shaarnaz Ahmad

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, isu tersebut seperti sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya.

"Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan?

"Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.." katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Pada Isnin, sebuah laman blog mengeluarkan sekeping foto Sharnaaz membeli-belah di pasaraya di Jepun bersama Hanis Zalikha dan seorang lagi pelakon Mimi Lana.


Penjelasan Shaarnaz Ahmad Isu Beli Beer Di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Shaarnaz Ahmad
Foto Sharnaaz (kiri) dengan trolinya yang turut mempunyai beberapa tin alkohol.

Foto tersebut menunjukkan mereka membawa troli masing-masing diisi pelbagai makanan dan minuman.

Troli yang kononnya milik barangan Sharnaaz dilihat turut mempunyai beberapa tin arak jenama terkenal di Jepun.

Perkara itu membuatkan timbul persoalan di kalangan netizen (pengguna Internet) bahawa Sharnaaz membeli arak berkenaan.

Artikel Terdahulu :  

Sementara itu, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu berkata, perkara itu langsung tidak menjejaskan dia memandangkan isu tersebut ditimbulkan oleh masyarakat luar dan bukan dirinya.

"Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu," tegasnya.

Bagaimanapun dalam mesej Whatsapp yang diberi, Sharnaaz tidak menyatakan bagaimana tin arak berkenaan berada dalam troli tersebut.

Sementara itu, Sharnaaz kini sedang berada di Okinawa, Jepun bagi menjalani penggambaran drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa bersama aktres Hanis Zalikha dan Mimi Lana.

Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran Astro Mustika.

Baca : Selebriti Bergelar Datin Tipu Agensi Pelancongan 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Sunday, December 7, 2014

Shaarnaz Ahmad Beli Beer Di Jepun?

Satu gambar menunjukkan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Hanis Zalikha sedang membeli-belah di sebuah pasaraya di Jepun. Sekali pandang memang tidak ada yang tidak kena dengan gambar ini, namun apabila di zoomkan si satu bahagian, troli Sharnaaz mengandungi pek tin minuman.

Shaarnaz Ahmad Beli Beer Di Jepun?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, shaarnaz ahmad


Ini mendorong  Netizen bertanya milik siapakah pek tin tersebut, yang dikatakan merupakan pakej tin beer jenama Asahi yang terkenal di Jepun.

Shaarnaz Ahmad Beli Beer Di Jepun?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, shaarnaz ahmad


Perkara ini mula dibincangkan di beberapa forum Internet. Kedua-dua pelakon ini dikatakan berada di jepun untuk penggambaran drama ‘Suamiku Encik Sotong’.


Shaarnaz Ahmad Beli Beer Di Jepun?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, shaarnaz ahmad

Mungkin Sharnaaz ada penjelasan yang logik tentang perkara ini? Bersama kita ikuti penjelasannya nanti. Buat masa ini, spekulasi sememangnya bertebaran di Internet.

Baca : Selebriti Tonton Separuh Akhir Malaysia vs Vietnam 

Sumber : beautifulnara.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif