Wednesday, December 31, 2014

Fazura Dedah Pernah Couple Dan Bercinta Dengan Shaheizy Sam

Fazura sekali lagi menjadi tumpuan apabila mendedahkan percintaan dengan pelakon hebat Shaheizy Sam di rancangan realitinya.

Percintaan mereka berlaku 2 tahun yang lalu yang mana mereka mulai rapat apabila berlakon bersama dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Pasangan Fazura dan Shaheizy Sam dikatakan tidak dapat di pisahkan dan mereka mula bercinta di set penggambaran.

Namun hubungan mereka putus dan dikatakan berakhir dengan tidak beberapa baik. Rakan Fazura juga mendakawa hubungan mereka seperti tergantung dan mereka tidak bertegur sapa selama 14 bulan sehingga promosi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dijalankan.

Fazura juga akui agak awkward atau janggal untuk melihat dan bertemu dengan ex nya itu (Shaheizy Sam) setelah 14 bulan hubungan renggang.

Di dalam rancangan Facing Up To Fazura, Fazura ada meminta pandangan rakan-rakannya bagaimana untuk mesej dan memulakan semula interaksi dengan Shaheizy Sam agar tidak janggal untuk mempromosikan filem itu setelah hubungan mereka gagal.


Fazura bercinta dengan shaheizy sam, fazura cinta shaheizy sam, fazura couple shaheizy sam, fazura kekasih shaheizy sam, info, terkini, hiburan, gossip, shaheizy sam, fazura

Baca : Datin Nina Juren Bakal Muncul Dalam Filem Romeo Kota  

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Datin Nina Juren Bakal Muncul Dalam Filem Romeo Kota

Sudah lama kita tidak mendengar khabar pelakon jelita Datin Nina Juren yang sebelum ini pernah mewarnai industri hiburan tanah air menerusi filem dan drama lakonannya seperti Impak Maksima The Series, Lenjan, Kembara dan banyak lagi.


Datin Nina Juren Bakal Muncul Dalam Filem Romeo Kota, info, terkini, hiburan, sensasi, Nina Juren,

Terbaru dia bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Romeo Kota Kes Fail: Kriptik bersama dengan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Aaron Aziz, Nabil Ahmad, dan Hanis Zalikha. Ini merupakan filem pertama untuknya membuat kemunculan semula selepas 7 tahun tidak berlakon.

Walaubagaimanapun, industri hiburan tanah air kini mempunyai ramai pelakon baru dan juga pelapis dan ini membuatkan beliau memuji sebilangan mereka yang memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam menghadapi persaingan hebat masa kini.

“Mereka di belakang tabir saya tak tahu, tetapi apabila berada di depan kamera saya dapat rasa komitmen mereka sahaja seperti artis-artis terdahulu. Bagus juga artis-artis sekarang mereka pandai menggunakan karakter yang diberikan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pelakon zaman ini perlu bersaing kerana terlalu ramai pelakon yang bagus sehinggakan peminat-peminat terlupa antara mereka disebabkan hanya satu drama atau filem sahaja membuatkan nama mereka popular seketika.

“Bagi saya sekarang artis terlalu ramai, kalau kita perasan ramai sangat untuk peminat mengingati mereka (pelakon) itu semua. Orang akan ingat karakter sahaja dalam drama tersebut. Zaman saya pula berbeza tak ramai artis contohnya kalau berlakon di TV1, akan muncul pula di TV2, dan TV3 muka yang sama tetapi sekarang ini berbeza terlalu ramai. Saya bukan kata tak bagus, tapi pada masa sekarang ini memang ramai pelakon,” ujarnya.

Sementara itu, bagi peminat-peminat yang merindui lakonan Datin Nina Juren, anda bolehlah ke pawagam seluruh tanah air pada 8 Januari 2015 ini untuk menyaksikan aksinya dalam filem Romeo Kota Kes Fail: Kriptik.


Datin Nina Juren Bakal Muncul Dalam Filem Romeo Kota, info, terkini, hiburan, sensasi, Nina Juren,

Datin Nina Juren Bakal Muncul Dalam Filem Romeo Kota, info, terkini, hiburan, sensasi, Nina Juren,

Datin Nina Juren Bakal Muncul Dalam Filem Romeo Kota, info, terkini, hiburan, sensasi, Nina Juren,

Datin Nina Juren Bakal Muncul Dalam Filem Romeo Kota, info, terkini, hiburan, sensasi, Nina Juren,

Datin Nina Juren Bakal Muncul Dalam Filem Romeo Kota, info, terkini, hiburan, sensasi, Nina Juren,

Baca : Azwan Ali Bakal Pengacara Baru Melodi?  

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Azwan Ali Bakal Pengacara Baru Melodi?

Ramai sudah sedia maklum yang kontrak pasangan pengacara Sherry Alhadad & Zulin Aziz untuk mengendalikan rancangan hiburan Melodi tidak diteruskan untuk tahun 2015 dan berita ini disambut baik oleh para peminat yang mahukan pembaharuan pada program itu.

Azwan Ali Bakal Pengacara Baru Melodi?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Azwan Ali, MElodi

Produksi Melodi bagaimanapun mengekalkan Awal Ashaari sebagai pengacara utama program hiburan popular dan kini ianya menjadi tanda tanya siapakah bakal gandingan baru untuk Melodi atau ianya akan dikendalikan seorang diri oleh Awal Ashaari.

Artikel Terdahulu :  

Seperti dilaporkan OHBULAN!, Azwan Hj. Ali menerusi akaun Instagram beliau baru baru ini ada memuatnaik satu gambar beserta status memberikan gambaran yang beliau akan mengendalikan satu projek besar di TV3 bermula pada 14 Januari 2015.


Azwan Ali Bakal Pengacara Baru Melodi?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Azwan Ali, MElodi

Ramai mula beranggapan yang Azwan Ali bakal menduduki kerusi pengacara Melodi bersama Awal Ashaari untuk tahun 2015 kelak & pastinya telatah selebriti sensasi itu bakal lebih meriahkan program Melodi. Anda setuju Azwan Ali kendalikan Melodi?

Baca : Kehidupan Selebriti Malaysia Yang Super Rich 

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Kehidupan Selebriti Malaysia Yang Super Rich

Kalau zaman dahulu kerjaya sebagai anak seni dipandang rendah kerana dikatakan tak mampu menjamin kemewahan dan kestabilan hidup, tapi nampaknya mungkin persepsi itu dah boleh ditukar. Hakikatnya sekarang ramai selebriti tempatan yang mampu hidup senang.

Kehidupan Selebriti Malaysia Yang Super Rich, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, betty benafe, marion counter, Jovian Mandagie dan Nina

Iya, memanglah dilahirkan dalam keluarga kaya satu bonus, tapi kalau tak pandai simpan duit dan usaha sendiri (contohnya macam buka perniagaan), tak mungkin kemewahan itu dapat diwarisi dengan mudah. Kami sebenarnya tertarik melihat beberapa orang selebriti berkongsi foto mereka bersama sebuah kereta limosin yang dianggap sebagai lambang kemewahan itu. 

Betty Banafe 
 
A photo posted by Betty Banafe (@bettybanafe) on
Jovian Mandagie & Nina 
A photo posted by Nina Sabrina Ismail Sabri (@ninaismailsabri) on
Kakak kepada Dafi, Nina Ismail Sabri yang berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie kini sedang bercuti di Las Vegas dan foto di atas diambil sewaktu mereka baru sahaja mendarat di lapangan terbang. Difahamkan kenderaan tersebut disewakan bagi membawa mereka ke tempat penginapan. Seronoknya! 

Maria Farida 

Kehidupan Selebriti Malaysia Yang Super Rich, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, betty benafe, marion counter, Jovian Mandagie dan Nina

Selain daripada menaiki kenderaan mewah, peminat juga biasanya melihat gaya hidup artis yang super rich melalui destinasi percutian mereka. Tak mainlah bercuti kat Asia, sekarang ni trend pergi holiday kat Europe dan U.S sana. Bukan bercuti kosong tau, tapi shopping sakan. Tengok sahaja Maria Farida, kalau mampu semua pun boleh beli. Hehe!
A photo posted by @mariafarida on
Marion Caunter 

Kehidupan Selebriti Malaysia Yang Super Rich, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, betty benafe, marion counter, Jovian Mandagie dan Nina

Walaupun cuma ke Bali, tapi Marion Caunter bersama keluarganya menikmati hari-hari percutian yang indah sambil menyambut Krismas. Tapi beberapa bulan sebelum itu, Marion juga baru pulang dari London dan Paris bersama suami dan anak-anaknya. Seronoknya hidup!
A photo posted by marioncaunter (@marioncaunter) on
A photo posted by marioncaunter (@marioncaunter) on
Kami yang rakyat marhaen ni cuma mampu pasang angan-angan dan cuci mata lihat kemewahan mereka. Mana tau satu hari nanti impian jadi kenyataan. Apapun, Selamat Tahun Baru 2015 in advance!  

Baca : Ciri Wanita Idaman Anuar Zain  

Ciri Wanita Idaman Anuar Zain

Penyanyi terkenal tanah air Anuar Zain memberitahu dia sememangnya mahu berkahwin, namun dia masih lagi belum bertemu dengan wanita yang diingininya.


Ciri Wanita Idaman Anuar Zain, info, terkini, hiburan, sensasi, Anuar Zain

Menurut pelantun "Lelaki Ini", dia berfikiran positif mengenai jodoh dan menyerahkannya kepada Allah S.W.T.

"Saya idamkan wanita berperwatakan menarik dan peramah serta mudah didampingi.

"Saya tak tetapkan usia bila saya nak berkahwin, tapi nampaknya hingga sekarang calonnya belum ada," katanya yang dipetik dari RAP.

Tambah Anuar Zain lagi, dia mahukan wanita seperti itu kerana ia akan memudahkan dirinya mendampinginya.

"Wanita berperwatakan demikian memudahkan lagi saya mendampinginya dan membuatkan dia selesa dengan rakan dan peminat saya nanti."

Sementara itu, penyanyi berusia 44 tahun turut memberitahu bahawa azam tahun hadapannya adalah untuk melebarkan lagi kariernya.

"Saya harapkan dengan azam itu dapat murahkan lagi rezeki saya dalam pelbagai aspek seperti kerjaya, urusan dan pengurusan diri."

Baca : Filem Pertama Arahan Aaron Aziz 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Stacy bakal tubuh syarikat pengurusan bakat

Penyanyi popular Stacy memberitahu dia mempunyai perancangan untuk menubuhkan syarikat pengurusan bakat.


Stacy bakal tubuh syarikat pengurusan bakat, info, terkini, hiburan, sensasi, Stacy,


Idea untuk menubuhkan syarikat pengurus bakat timbul selepas mengambil kira kepayahan yang terpaksa dihadapinya ketika mahu membina nama dan dikenali ramai.

"Pengalaman dalam mengemudi "Pop Krew" banyak membantu dan membuka mata saya untuk melaksanakan perancangan ini. Saya juga yakin Malaysia mempunyai ramai bakat muda untuk terus memacu industri muzik tempatan.

"Macam dalam "Pop Krew", saya akui kebanyakan peserta bertanding yang dipilih bersama Tomok, mereka bermula kosong. Kami berdua yang perah otak dan atur strategi corakkan mereka.

"Saya sendiri banyak luangkan masa bersama mereka. Gilap bakat mereka, aturkan latihan, kongsi pengalaman dan akhirnya saya puas hati dapat membentuk sekumpulan anak muda berbakat," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah penyanyi berusia 24 tahun itu lagi, industri muzik tempatan sekarang ini sememangnya kekurangan penyanyi berkumpulan, jadi program "Pop Krew" telah mencetuskan idea tersebut.

Dalam pada itu, walaupun dua kumpulan anak didiknya iaitu Algebra dan 5beats tidak berjaya menjuarai program tersebut, namun dia mempunyai perancangan sendiri untuk mereka.

"Semua anak didik saya menunjukkan peningkatan yang tidak diduga. Kesungguhan dan keberanian mereka membuahkan hasil terhadap usaha saya sepanjang proses menggilap bakat itu.

"Meskipun mereka tiada rezeki untuk menang di kemuncak "Pop Krew", namun saya amat berbangga dengan prestasi mereka. Saya melihat mereka ada potensi untuk pergi lebih jauh lagi jika mempunyai peluang."

Baca : Ropie (Comey) Kecewa Dengan Fazura  

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Tuesday, December 30, 2014

Cinta Lokasi Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Membawa Ke Gerbang Perkahwinan

Pasti ramai pembaca adalah penonton soap-opera Filipina, bukan? Panga Ko Sayo, Sana’y Wala Nang Wakas, MariMar dan banyak lagi. Dan pastinya anda juga mengenali pelakon jelita Marian Rivera yang berupakan bintang MariMar.


Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Ke Gerbang Perkahwinan, info, terkin,hiburan, sensasi, PAsangan Artis Filipina, Marian Rivera, Dingdong Dantes

Untuk makluman anda, semalam Marian, 31, telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, Dingdong Dantes, 34. Aktres itu menyerlah dalam gaun rekaan Michael Cinco. Dia membawa jambangan bunga ros putih.

Marian dibawa ke altar oleh bapanya dari Sepanyol. Francisco Alonso yang sampai di Filipina sebaik saja majlis perkahwinan bermula.

Marian dan Dingdong bertemu pada tahun 2007 apabila bergandingan dalam drama adaptasi tempatan “MariMar”.

Mereka sering berlakon bersama sejak itu dalam siri televisyen, termasuk drama Dyesyebel pada tahun 2008.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Ke Gerbang Perkahwinan, info, terkin,hiburan, sensasi, PAsangan Artis Filipina, Marian Rivera, Dingdong Dantes

Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Ke Gerbang Perkahwinan, info, terkin,hiburan, sensasi, PAsangan Artis Filipina, Marian Rivera, Dingdong Dantes

Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Ke Gerbang Perkahwinan, info, terkin,hiburan, sensasi, PAsangan Artis Filipina, Marian Rivera, Dingdong Dantes

Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Ke Gerbang Perkahwinan, info, terkin,hiburan, sensasi, PAsangan Artis Filipina, Marian Rivera, Dingdong Dantes

Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Ke Gerbang Perkahwinan, info, terkin,hiburan, sensasi, PAsangan Artis Filipina, Marian Rivera, Dingdong Dantes

Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Ke Gerbang Perkahwinan, info, terkin,hiburan, sensasi, PAsangan Artis Filipina, Marian Rivera, Dingdong Dantes

Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Ke Gerbang Perkahwinan, info, terkin,hiburan, sensasi, PAsangan Artis Filipina, Marian Rivera, Dingdong Dantes

Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Ke Gerbang Perkahwinan, info, terkin,hiburan, sensasi, PAsangan Artis Filipina, Marian Rivera, Dingdong Dantes

Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Ke Gerbang Perkahwinan, info, terkin,hiburan, sensasi, PAsangan Artis Filipina, Marian Rivera, Dingdong Dantes


Baca : Hormati Mangsa Banjir, Zarina Zainuddin Tangguh Perkenal Suami & Madu 

Sumber : beautifulnara.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif