Tuesday, December 30, 2014

Stacy lebar karier nyanyian ke Indonesia

Penyanyi popular Stacy bakal melebarkan karier nyanyiannya ke negara seberang Indonesia apabila bakal merakam sebuah lagu di sana dengan kerjasama kumpulan muzik terkenal di Indonesia.


Stacy lebar karier nyanyian ke Indonesia, info, terkin, hiburan, sensasi, stacy, gossip

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam bagaimanapun enggan mendedahkan nama kumpulan itu kerana mereka masih belum menandatangani sebarang perjanjian.

"Buat masa ini biarlah saya rahsiakan saja nama kumpulan itu kerana kerjasama kami masih di peringkat perbincangan. Persetujuannya pun belum ada hitam putih.

"Jadi, apabila urusan perbincangan selesai dan kami sudah melakukan proses rakaman lagu itu, lebih seronok untuk berkongsi cerita," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, Stacy turut memberitahu dia sepatutnya terbang ke Indonesia untuk berbincang mengenai perkara itu tetapi terpaksa menangguhkan kerana mempunyai komitmen lain.

"Kalau ikutkan saya perlu ke Indonesia untuk perbincangan bulan ini. namun, saya tangguhkan kerana mahu memberi tumpuan pada program "Pop Krew."



Baca : Rabecca Nur Al-Islam Tayang Hummer Miliknya? 

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →