Kalau zaman dahulu kerjaya sebagai anak seni dipandang rendah kerana dikatakan tak mampu menjamin kemewahan dan kestabilan hidup, tapi nampaknya mungkin persepsi itu dah boleh ditukar.
Hakikatnya sekarang ramai selebriti tempatan yang mampu hidup senang.
Iya, memanglah dilahirkan dalam keluarga kaya satu bonus, tapi kalau tak pandai simpan duit dan usaha sendiri (contohnya macam buka perniagaan), tak mungkin kemewahan itu dapat diwarisi dengan mudah.
Kami sebenarnya tertarik melihat beberapa orang selebriti berkongsi foto mereka bersama sebuah kereta limosin yang dianggap sebagai lambang kemewahan itu.
Betty Banafe
Jovian Mandagie & Nina
Kakak kepada Dafi, Nina Ismail Sabri yang berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie kini sedang bercuti di Las Vegas dan foto di atas diambil sewaktu mereka baru sahaja mendarat di lapangan terbang. Difahamkan kenderaan tersebut disewakan bagi membawa mereka ke tempat penginapan. Seronoknya!
Maria Farida
Selain daripada menaiki kenderaan mewah, peminat juga biasanya melihat gaya hidup artis yang super rich melalui destinasi percutian mereka. Tak mainlah bercuti kat Asia, sekarang ni trend pergi holiday kat Europe dan U.S sana. Bukan bercuti kosong tau, tapi shopping sakan. Tengok sahaja Maria Farida, kalau mampu semua pun boleh beli. Hehe!
Marion Caunter
Walaupun cuma ke Bali, tapi Marion Caunter bersama keluarganya menikmati hari-hari percutian yang indah sambil menyambut Krismas. Tapi beberapa bulan sebelum itu, Marion juga baru pulang dari London dan Paris bersama suami dan anak-anaknya. Seronoknya hidup!
Kami yang rakyat marhaen ni cuma mampu pasang angan-angan dan cuci mata lihat kemewahan mereka. Mana tau satu hari nanti impian jadi kenyataan. Apapun, Selamat Tahun Baru 2015 in advance!
Sumber : ohbulan.com