Monday, December 8, 2014

Penjelasan Shaarnaz Ahmad Isu Beli Beer Di Jepun

Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan isu penyebaran foto dia membawa troli berisi beberapa tin arak di sebuah pasaraya di Jepun adalah gosip yang membosankan.


Penjelasan Shaarnaz Ahmad Isu Beli Beer Di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Shaarnaz Ahmad

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, isu tersebut seperti sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya.

"Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan?

"Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.." katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Pada Isnin, sebuah laman blog mengeluarkan sekeping foto Sharnaaz membeli-belah di pasaraya di Jepun bersama Hanis Zalikha dan seorang lagi pelakon Mimi Lana.


Penjelasan Shaarnaz Ahmad Isu Beli Beer Di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Shaarnaz Ahmad
Foto Sharnaaz (kiri) dengan trolinya yang turut mempunyai beberapa tin alkohol.

Foto tersebut menunjukkan mereka membawa troli masing-masing diisi pelbagai makanan dan minuman.

Troli yang kononnya milik barangan Sharnaaz dilihat turut mempunyai beberapa tin arak jenama terkenal di Jepun.

Perkara itu membuatkan timbul persoalan di kalangan netizen (pengguna Internet) bahawa Sharnaaz membeli arak berkenaan.

Artikel Terdahulu :  

Sementara itu, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu berkata, perkara itu langsung tidak menjejaskan dia memandangkan isu tersebut ditimbulkan oleh masyarakat luar dan bukan dirinya.

"Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu," tegasnya.

Bagaimanapun dalam mesej Whatsapp yang diberi, Sharnaaz tidak menyatakan bagaimana tin arak berkenaan berada dalam troli tersebut.

Sementara itu, Sharnaaz kini sedang berada di Okinawa, Jepun bagi menjalani penggambaran drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa bersama aktres Hanis Zalikha dan Mimi Lana.

Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran Astro Mustika.

Baca : Selebriti Bergelar Datin Tipu Agensi Pelancongan 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →