Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Berat Badan Zamani Naik 9kg Lepas Sebulan Jalani Pemulihan

Berat badan bekas vokalis Slam, Zamani Ibrahim, 44, meningkat sebanyak sembilan kilogram selepas lebih sebulan menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan di ibu negara. Peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, peningkatan tersebut menunjukkan perkembangan positif terhadap tahap kesihatan penyanyi itu selepas menjalani proses pemulihan...

Thursday, February 26, 2015

Bekas Pemandu Menang Saman RM150,000 Terhadap Zahida Rafik

Aktres Zahida Rafik telah didapati bersalah dalam tuduhan memfitnah bekas pemandu peribadinya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Justeru, Zahida telah diperintahkan supaya membayar saman bernilai RM150,000 kepada pemandunya itu.Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, bekas pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya...

Sunday, February 1, 2015

Jackie Chan Kini Bergelar Datuk

Pelakon aksi kelahiran Hong Kong Jackie Chan telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Pelakon yang berusia 60 tahun menerima penganugerahan ini daripada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2015.Turut menerima gelaran yang sama, Ustaz Kazim Elias...

Wednesday, January 28, 2015

Bekas isteri Jimmy Shanley dihukum penjara

Bekas isteri kepada pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy telah dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hari berikutan ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anak mereka. Menurut laporan sebuah portal akhbar tempatan, Hakim Syarie, Mawardi Che Man telah mengarahkan hukuman ke atas Nursuhaila bermula hari ini.Terdahulu,...

Thursday, January 22, 2015

Kenyataan Ketua Polis Negara Isu Zamani Slam

Isu video rakaman yang menunjukkan Zamani Slam menyanyi dalam keadaan bergari yang sedang hangat dikatakan ramai sudah mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengeluarkan kenyataan ringkas beliau di akaun Twitter. Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan segera menyiasat & mengambil tindakan tegas terhadap...

Wednesday, January 14, 2015

Tindakan Awie Tuduh Rozana Lakukan Perbuatan Khurafat Makan Diri

Rozana Misbun berkata, tindakan Awie menuduhnya melakukan amalan khurafat dan syirik yang bertentangan dengan perintah Allah adalah perbuatan terdesak bertujuan mengaibkan isteri sendiri. Rozana, 37, berkata, tuduhan Awie melalui peguamnya di mahkamah dilakukan tanpa menyertakan bukti yang akhirnya memakan diri sendiri. "Kenapa hanya selepas...

Tuesday, January 13, 2015

Riezman Khuzaimi Dan Kartina Ayoob Sah Bercerai Talak Satu

Akhir rumahtangga pelakon Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayoob yang dibina sejak 24 Februari 2001 telah berakhir dengan penceraian pada hari ini. Lafaz cerai dilakukan oleh Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Saiful Azli Jamaluddin. Riezman memaklumkan yang penceraian tersebut...

Patung Kemaluan, Antara Barang Khurafat Didedahkan Dalam Kes Awie, Rozana

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa diberitahu, isteri kepada penyanyi terkenal Awie iaitu Rozana Misbun mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka. Awie hadir di Mahkamah Majistret Ampang pada Rabu sementara isterinya, Rozana berada di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala...

Friday, December 26, 2014

Hasil Kutipan SMS Maharaja Lawak Mega 2014 Disumbangkan Kepada Mangsa Banjir

Lagi beberapa hari untuk kita melangkah ke tahun 2015, ramai yang ingin segera meninggalkan 2014 yang dikatakan tahun yang malang buat Malaysia. Bagi umat Islam, itu semua adalah dugaan dan ujian dari Allah agar kita bermuhasabah dengan apa yang telah kita lakukan. Diduga pula dengan bencana banjir di negeri-negeri pantai timur, bencana yang paling...

Kes saman malu RM3 juta Boy Iman masih berjalan

Pelakon Boy Iman menyatakan status kes saman malu bernilai RM3 juta terhadap seorang pemilik syarikat yang didakwa bergelar ustaz yang difailkannya masih lagi berjalan. Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman A Rahman berkata, dia pernah menyimpan hasrat untuk menarik balik kes saman malu itu sejak dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka...

Thursday, December 25, 2014

Bekas Kerani Sheila Majid Didakwa Pecah Amanah RM90,000

Bekas kerani syarikat produksi hiburan milik penyanyi popular Datuk Sheila Majid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Rabu atas tuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM90,000 milik syarikat itu untuk kegunaannya sendiri, empat tahun lepas. Nasimah Kamarudin, 37, dari Kota Damansara, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya...

Sunday, December 21, 2014

Respon Rosyam Nor Permohonan Terbuka Hamley's Malaysia

Isu pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang memuat naik status di Twitter betapa dia kecewa dengan kakitangan kedai menjual alat permainan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya yang meminta anak perempuannya, Nurlisa, 17, membuka tudung jika mahu bekerja di situ, Khamis lalu sehingga menjadi ‘viral’, menemui noktah petang tadi. Ini...

Artis Popular Ditahan Sertai Ajaran Sesat

Dari laporan akhbar Metro, seorang pelakon yang juga penyanyi berusia dalam lingkungan 40an ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana disyaki menyertai dan menjadi pengikut ajaran sesat Millah Abraham. Turut ditahan bersama artis ini ialah isterinya. Gambar Hiasan Semata  Pasangan suami isteri ini ditahan di rumahnya setelah...

Anggota Kumpulan Amuk Meninggal Dunia

Allahyarham Aub atau nama sebenarnya, Mohd Rauh Abu dianggap pemain gitar bass terbaik di era rock kapak hingga kini, dan pernah menganggotai kumpulan Satira, Burnmarks, Baba, Manterra dan Barongan. Menurut isterinya, Faizah Ishak, 42, Allahyarham cukup dihormati dalam industri seni tanah air, disebabkan gayanya yang tersendiri. Bekas anggota...