Showing posts with label mangsa banjir dpt bantuan astro. Show all posts
Showing posts with label mangsa banjir dpt bantuan astro. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Hasil Kutipan SMS Maharaja Lawak Mega 2014 Disumbangkan Kepada Mangsa Banjir

Lagi beberapa hari untuk kita melangkah ke tahun 2015, ramai yang ingin segera meninggalkan 2014 yang dikatakan tahun yang malang buat Malaysia. Bagi umat Islam, itu semua adalah dugaan dan ujian dari Allah agar kita bermuhasabah dengan apa yang telah kita lakukan.

Diduga pula dengan bencana banjir di negeri-negeri pantai timur, bencana yang paling teruk dalam sejarah. Berpuluh-puluh ribu keluarga hilang tempat tinggal, tak terbayang berapa kos kerugian yang terpaksa ditanggung apabila banjir surut kelak.

Baru semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor, mengumumkan pembatalan konsert Ambang 2015 Putrajaya yang dianjurkan oleh pihak AmBank. Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak AmBank dan menteri yang sudi mendengar bantahan rakyat.

Itu baru hiburan yang telah dirancang untuk menyambut kedatangan tahun baru. Bagaimana dengan rancangan di televisyen?

Mengira pandangan orang awam, pihak Astro mengambil inisiatif untuk membantu mangsa-mangsa banjir di pantai timur yang teruk terjejas.


Kutipan SMS Maharaja Lawak Mega 2014 Disumbangkan, mangsa banjir dpt bantuan astro, info, terkini, berita, hiburan, MLM 2014

Sebagai wakil, Dato AC Mizal, pengacara program Maharaja Lawak Mega 2014 sebentar tadi mengumumkan di Twitter beliau bahawa, hasil kutipan SMS program berkenaan pada malam ini akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Bagus juga. Ada inisiatif untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Baca : Zizie Izette Tunjukkan Ketokohan, Bantu Mangsa Banjir  

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif