Friday, December 26, 2014

Zizie Izette Tunjukkan Ketokohan, Bantu Mangsa Banjir

Dalam pada tahun 2014 ini hanya berbaki beberapa hari, negara dilanda bencana banjir yang tidak menampakkan tanda surut.

Namun ada seperkara yang menarik perhatian dalam pada orang terus menghentam para pemimpin tertinggi negara yang dikatakan sedang bercuti sempena tahun baru di luar negara bersama keluarga.

Lain pula kisah isteri salah seorang pemimpin tertinggi dan juga seorang wakil rakyat berstatus selebriti dari Sabah ini tampil serta mengajak orang ramai membantu mereka yang menjadi mangsa banjir.


Zizie Izette Tunjukkan Ketokohan, Bantu Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, sensasi, zizie izette, banjir

Tindakan Zizie Izette ini mendapat reaksi positif daripada umum yang turut terpanggil membantu mangsa banjir terutama sekali penduduk yang tinggal di sebelah pantai timur. Dia turut memuatnaik gambar serta info mengenai bantuan dan saluran yang boleh diberi kepada mangsa banjir.

“Sedih, hiba, pilu...mcm2 rasa yg x dpt digambarkan perasaan melihat banjir yg melanda di Pantai Timur skrg ni. Siapa yg tahu saluran mana utk kita menyumbang/menghulur bantuan kpd mangsa2 banjir, sila tag nama2 mereka di ruangan comment dibawah ya. Bantuan anda amatlah dihargai! #prayforpantaitimur”

Dia turut memberitahu akan cuba membantu sebanyak yang boleh bagi meringankan beban para petugas sukarelawan serta agensi yang bertanggungjawab menguruskan para mangsa banjir di negara ini.


Zizie Izette Tunjukkan Ketokohan, Bantu Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, sensasi, zizie izette, banjir

Baguslah kalau begitu dan Zizie juga dah dilihat matang dan memiliki rasa tanggungjawab walaupun tidak ramai selebriti akan terpanggil untuk berbuat begitu. Syabas Zizie kerana memiliki ketokohan sedemikian.

Baca : 2 Gambar sekitar majlis perkahwinan Wan Nordiana, adik Fizo Omar 


Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →