Showing posts with label Bekas Pemandu Menang Saman RM150. Show all posts
Showing posts with label Bekas Pemandu Menang Saman RM150. Show all posts

Thursday, February 26, 2015

Bekas Pemandu Menang Saman RM150,000 Terhadap Zahida Rafik

Aktres Zahida Rafik telah didapati bersalah dalam tuduhan memfitnah bekas pemandu peribadinya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.


Bekas Pemandu Menang Saman RM150,000 Terhadap Zahida Rafik, info, terkini, berita, sensasi, zahida rafik

Justeru, Zahida telah diperintahkan supaya membayar saman bernilai RM150,000 kepada pemandunya itu.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, bekas pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.

Hakim turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 yang dikatakan diambil daripadanya.

Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 November 2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.

Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, pelakon itu dikatakan dengan niat buruk menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.

Sumber : murai.com.my