Friday, December 26, 2014

Kes saman malu RM3 juta Boy Iman masih berjalan

Pelakon Boy Iman menyatakan status kes saman malu bernilai RM3 juta terhadap seorang pemilik syarikat yang didakwa bergelar ustaz yang difailkannya masih lagi berjalan.


Kes saman malu RM3 juta Boy Iman masih berjalan, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, pelakon boy iman,

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman A Rahman berkata, dia pernah menyimpan hasrat untuk menarik balik kes saman malu itu sejak dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) dari Kerajaan Naning yang membawa gelaran Datuk, namun terbantut di tengah jalan.

"Pada ketika itu, saya sudah malas hendak memanjang isu ini lagi.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan saya juga malas hendak berulang alik ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Tetapi oleh kerana pihak di sana tetap ingin meneruskannya, maka saya pun terpaksa meneruskan semula saman ini," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.

Tambah Boy lagi, tujuan saman malu ini adalah untuk memberi peringatan kepada uztaz berkenaan dan untuk mempertahankan haknya semula.

"Saya saman dia kerana saya mahu hak saya semula selain hendak memberitahu ustaz itu agar berhenti dari menipu orang lagi.

"Dia mungkin boleh lari dengan menukar imej seperti bermisai atau berjanggut tetapi saya sebagai artis tidak boleh lari kerana saya adalah selebriti dan masyarakat kenal."

Pada tahun lalu, Boy Iman telah memfailkan notis saman malu berjumlah RM3 juta terhadap lelaki yang didakwa ustaz atas alasan menanggung malu serta pengingkaran kontrak yang melantiknnya sebagai duta untuk syarikat perumahan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Boy Iman kini sibuk menguruskan syarikat produksinya, AFS Pictures Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu.

Dia juga bakal muncul menerusi telefilem "Mahar Cinta Alya" bersama Emma Maembong dan Azhan Rani untuk slot Cerekerama di TV3 pada 10 Januari nanti dan sedang sibuk dalam penggambaran drama bersiri, "Pergilah Air Mata" bersama Kamal Adli dan Nelydia Senrose.

Baca : Rita Rudaini Hiburkan Anak Dan Hati Di Paris 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →