Showing posts with label zamani Slam. Show all posts
Showing posts with label zamani Slam. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Berat Badan Zamani Naik 9kg Lepas Sebulan Jalani Pemulihan

Berat badan bekas vokalis Slam, Zamani Ibrahim, 44, meningkat sebanyak sembilan kilogram selepas lebih sebulan menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan di ibu negara.


Berat Badan Zamani Naik 9kg Lepas Sebulan Jalani Pemulihan, info, terkini, berita, hiburan, sensasi, zamani slam

Peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, peningkatan tersebut menunjukkan perkembangan positif terhadap tahap kesihatan penyanyi itu selepas menjalani proses pemulihan sejak akhir Januari lalu.

"Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogran dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu.

"Namun ia masih di peringkat awal pemulihan, kami sedang berusaha untuk membantu dia untuk pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat dengan imej baru," ujarnya kepada mStar Online.

Ahmad Zaharil ditemui selepas sebutan kes dadah penyanyi tersebut di Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini, pada Isnin.

Tambahnya, Zamani masih dalam tempoh pemulihan dan mempunyai lima bulan lagi berada di pusat pemulihan sebelum bersedia bertemu masyarakat.

"Tugas dan tanggungjawab saya lebih berat kerana masyarakat tidak mahu dia dihukum, sebaliknya masyarakat mahu melihat dia pulih seperti manusia normal lain.

"Oleh itu, apa yang penting adalah melihat peningkatan kesihatan dia supaya bebas terus dari najis dadah itu," ujarnya.

Mahkamah Majistret Ampang pada Selasa menetapkan 10 April depan bagi sebutan semula kes terhadap dua pertuduhan terhadap Zamani kerana memiliki dan mengambil dadah.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas timbalan pendakwa raya, Nurdeenie Abdul Rashid memaklumkan bahawa laporan kimia tertuduh kedua-duanya masih belum diperoleh.

Pada 29 Januari lalu, Zamani dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah.

Majistret membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM6,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.

Terdahulu, Zamani bersama seorang lagi individu ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi 21 Januari lalu.

Penahanan penyanyi itu kemudiannya mencetuskan kontroversi susulan penyebaran video Zamani dalam keadaan tangan bergari yang dirakamkan anggota polis sambil dia diminta menyanyikan lagu Gerimis Mengundang.

Sumber : mstar

Monday, January 26, 2015

Kenyataan Saari Amri Isu Hubungan Dato' Siti Dengan Zamani

Akhirnya komposer terkenal, Saari Amri tampil untuk menjelaskan status yang ditulisnya tentang Zamani dan Siti Nurhaliza ketika bekas penyanyi kumpulan itu ditangkap kerana dadah. Status tersebut yang menyatakan ‘Siti Nurhaliza tahu punca Zamani jadi begitu‘ telah menimbulkan kontroversi dan persoalan orang ramai.


Kenyataan Saari Amri Isu Hubungan Dato' Siti Dengan Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Saari Amri, Zamani Slam

Ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan oleh Saari Amri. Mengapa perkara sebegitu dibangkitkan setelah sekian lama? Macam-macam soalan bermain di minda.


Kenyataan Saari Amri Isu Hubungan Dato' Siti Dengan Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Saari Amri, Zamani Slam

Artikel Terdahulu :  

Bercakap kepada MalaysianDigest, Saari Amri menjelaskan dengan panjang lebar apa yang ditulisnya. Kata Saari Amri:-

    Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya sering juga banyak menghabiskan masa dengan dia.

    Pernah satu ketika saya bertanyakan pada dia mengapa dia jadi begitu dan saya nasihatkan dia supaya melupakan Siti dan menjalani hidup dengan lebih baik tetapi Zamani seorang yang sangat setia.

    Jadi, apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet’ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.

    Sebenarnya ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi itu kisah lama. Tiada niat saya nak bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu


Kenyataan Saari Amri Isu Hubungan Dato' Siti Dengan Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Saari Amri, Zamani Slam

Daripada apa yang boleh dirumuskan, kehadiran Siti Nurhaliza di dalam hidup Zamani sedikit sebanyak memberi impak kepada penyanyi tersebut. Namun tak boleh salahkan Siti Nurhaliza atau orang lain dengan apa yang terjadi. Ia adalah pilihan diri sendiri. Ramai juga yang putus cinta tetapi berjaya dalam hidup. Akhirnya, semua bergantung kepada azam, semangat dan jati diri. Tak gitu?

Sumber : beautifulnara.com

Sunday, January 25, 2015

Jamal Abdillah Mahu Bantu Zamani Rawat Ketagihan Dadah

Sebaik dibebaskan dari tahanan reman pada hari Sabtu lepas, Zamani kelihatan sangat bersyukur dan nekad untuk membersihkan diri dari najis dadah.

Walaupun pernah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK pada 2010 dan 2012, namun Zamani gagal untuk pulih sepenuhnya.


Jamal Abdillah Mahu Bantu Zamani Rawat Ketagihan Dadah, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Jamal Abdillah, Zamani Slam

    Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini. – mStar

Jamal Abdillah tahu lokasi rawatan tertutup

Bagaimanapun sebagai seseorang yang pernah mempunyai pengalaman sama seperti Zamani, Datuk Jamal Abdillah dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu rakan seperjuangannya itu.

    Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah).

    Saya ada kenal beberapa pihak yang menawarkan rawatan ketagihan dadah dan ia semuanya dibuat di lokasi agak tertutup dan saya sanggup bantu Zamani. – Harian Metro

Baguslah begitu. Selain daripada keluarga, kami pasti Zamani juga perlukan sokongan yang padu daripada sahabat rapat dan para peminatnya. Kami doakan agar Zamani boleh mengatasi ketagihannya selepas ini.

Sumber : ohbulan.com

Saturday, January 24, 2015

Shah Slam Bongkar Salah Satu Rahsia Zamani

Seperti yang kita sedia maklum vokalis kumpulan Slam, Zamani telah ditahan kerana penyalahgunaan dadah. Kemudiannya seorang anggota polis telah menyebarkan sebuah klip video Zamani menyanyi dalam keadaan bergari.


Shah Slam Bongkar Salah Satu Rahsia Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zamani slam,

Bagaimanapun, tindakan angota polis itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana merakam serta menyebarkan klip video tersebut yang ternyata membuka aib Zamani lebih lebih lagi dalam keadaan bergari.

Mungkin kerana kesal dengan apa yang berlaku, aib sahabatnya tersebar, Shah Slam yang juga merupakan anggota kumpulan Slam telah memuat naikkan status menerusi akaun Facebook miliknya yang membela Zamani.


Shah Slam Bongkar Salah Satu Rahsia Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zamani slam,

Menurutnya, walaupun kita semua tahu satu perkara yang buruk berkenaan Zamani, bagaimanapun masih banyak kebaikan yang ada pada Zamani yang kita tidak tahu.

Sumber : siakapkeli.com.my

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?

Menerusi blog warismanis, Penyanyi No 1 Negara sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Zamani sekitar tahun 1997-1998.... tetapi mereka berdua tidak pernah mengesahkan gossip tersebut...
Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Pada sekitar tahun 1998 , Dato Siti juga dikhabarkan pernah membekalkan Zamani 'rendang ikan bilis'..dan mereka pernah berlakon bersama dalam sebuah Program Muzikal sempena Aidilfitri dan disiarkan di RTM sekitar tahun 1997-1998

Di bawah adalah gambar-gambar lama Dato Siti & Zamani Slam sekitar tahun 1997-1998
Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Sumber : berita-mediasemasa.blogspot.com

Zamani Slam Menafikan Kenyataan Komposer Saari Amri

Status yang telah dimuatnaik oleh Saari Amri telah pun mencetuskan persoalan di kalangan orang ramai. Mana tidaknya, komposer itu telah menulis yang Siti Nurhaliza tahu punca sebenar tentang apa yang terjadi kepada Zamani. 


Zamani Slam Pertikai Kenyataan Komposer Saari Amri, info, terkin, hiburan, sensasi, Zamani Slam, Komposer Saari Amri, Dato' Siti Nurhaliza

Untuk makluman adik-adik yang baru berusia 20-an, satu ketika dahulu, Zamani dan Siti Nurhaliza ketika zaman kegemilangan mereka pernah dikatakan bercinta. Namun tiada jodoh di antara mereka berdua.


Zamani Slam Pertikai Kenyataan Komposer Saari Amri, info, terkin, hiburan, sensasi, Zamani Slam, Komposer Saari Amri, Dato' Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza juga turut enggan memberikan sebarang komen tentang status Saari Amri ini. Kata penyanyi nombor 1 negara ini:-

    Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain


Zamani Slam Pertikai Kenyataan Komposer Saari Amri, info, terkin, hiburan, sensasi, Zamani Slam, Komposer Saari Amri, Dato' Siti Nurhaliza

Biarlah apa yang terjadi antara Zamani dan Siti Nurhaliza satu ketika dahulu hanya menjadi kenangan buat mereka berdua. Tak patut rasanya untuk menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang terjadi kepada Zamani. Ia adalah pilihan sendiri. Keputusan sendiri. Semoga apa yang terjadi memberi pengajaran kepada Zamani khasnya dan kita amnya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik.

Sumber : beautifulnara.com

Tindakan Mengejutkan Zamani Slam Terhadap Perakam Video

Abang kepada Zamani Slam, Zulfazil Ibrahim memaklumkan kepada media petang ini yang adiknya itu telah pun memaafkan pihak yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan video beliau menyanyi dalam keadaan bergari ketika berada dalam tahanan.


Tindakan Mengejutkan Zamani Slam Terhadap Perakam Video, info, terkini, hiburan, sensasi, Zamani Slam, Kes Video Zamani Dalam Penjara

“Saya sudah bertemu dengannya pagi tadi dan menceritakan mengenai videonya yang kini sudah menjadi viral di internet. Apabila dia mengetahuinya, dia mengatakan sudah memaafkan pelaku yang bertanggungjawab dan tidak mahu ia terus dipanjangkan dan diperbesarkan,” ujarnya.


Zulfazil yang ditemui para media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang berkata beliau bangga dengan keputusan yang diambil oleh adiknya itu dan memaklumkan yang ahli keluarga tidak akan mengambil apa apa tindakan dan hanya menyerahkan hal ini untuk tindakan polis.

“Saya bersyukur kerana Zamani kini dalam situasi yang baik & pada kesempatan ini saya mewakili Zamani ingin memohon maaf kepada semua peminatnya dan berharap agar dia diberi peluang kedua,” ujarnya lagi apabila ditanya keadaan Zamani ketika ini.

Peguam Zamani, Ahmad Zahiril Muhaiyar memberitahu, sebutan kes penyanyi itu akan dibuat pada hari Selasa ini di Mahkamah Majistret Ampang.

Sumber : rotikaya.com

Siti Nurhaliza Enggan Mengulas Lanjut Status Facebook Saari Amri

Di tengah kekecohan orang ramai bercakap tentang penahanan Zamani Slam atas tuduhan salah guna dadah ketika ini, seorang komposer terkenal Saari Amri telah memuat naik satu status di akaun Facebook beliau mengaitkan nama Dato’ Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza Enggan Mengulas Lanjut Status Facebook Saari Amri, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Siti Nurhaliza, Zamani SLam

Saari Amri dalam entri di Facebook menulis “Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu” yang seterusnya mencetuskan tanda tanya ramai peminat tentang apa kaitan penyanyi popular itu dengan situasi sekarang selain persoalkan motif komposer tersebut.
Siti Nurhaliza Enggan Mengulas Lanjut Status Facebook Saari Amri, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Siti Nurhaliza, Zamani SLam

Bercakap kepada Berita Harian baru baru ini, Siti Nurhaliza telah memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan kerana tidak mahu mencampuri urusan pihak lain.

“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,” katanya ringkas.

Sumber : rotikaya.com

Dato’ Siti Nurhaliza Mohon Hormat Maruah Zamani

Tak sangka tindakan anggota polis yang menyuruh Zamani menyanyi sambil tangannya bergari dan kemudian menyebarkan video tersebut mendapat perhatian ramai rakan selebriti.

Kebanyakannya membantah dan menganggap perbuatan tersebut sebagai mengaibkan Zamani sekaligus menjatuhkan air muka penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang tersebut.


Dato’ Siti Nurhaliza Mohon Hormat Maruah Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, Gosip, kontroversi, Zamani Slam, Dato' Siti Nurhaliza

Hormatilah maruah insan lain – Dato’ Siti

Tapi apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah keprihatinan Dato’ Siti Nurhaliza terhadap perkara itu. Menerusi Instagramnya semalam, Siti berkongsi semula foto yang dimuat naik oleh kakak ipar merangkap pengurusnya sambil menulis caption “Hormatilah maruah insan lain”.
Dato’ Siti Nurhaliza Mohon Hormat Maruah Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, Gosip, kontroversi, Zamani Slam, Dato' Siti Nurhaliza

Mungkin adik-adik yang baru mengambil pusing tentang industri hiburan tempatan kurang faham signifikasi antara Siti dan Zamani. Tapi sekadar mengimbas kembali, kedua-dua penyanyi ini pernah digosipkan bercinta sewaktu zaman kegemilangan mereka.

Dan selepas ‘banyak’ tahun berlalu, Siti pun dah bergelar isteri kepada Datuk K. Jadi rasanya tak ada masalah untuk Siti turut sama prihatin dengan dengan kejadian menimpa seseorang yang pernah dikenalinya dulu.

Sumber : ohbulan.com

Zamani Syukur Dibebaskan, Janji Mahu Berubah

Penyanyi Zamani (Slam) mengucapkan syukur dan lega selepas dibebaskan dari tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


Zamani Syukur Dibebaskan, Janji Mahu Berubah, info, terkini, hiburan, sensasi, kes video zamani slam, zamani slam, kontroversi,

Zamani berkata kepada Mstar Online, banyak hikmah disebalik penangkapan tersebut yang membuatkan dirinya tekad untuk membersihkan diri daripada najis dadah.

"Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.

"Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini.

"Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga," ujarnya.

Zamani berkata, sejak bergelumang dengan gejala dadah 10 tahun lalu, dia sudah dua kali secara sukarela ke pusat pemulihan dadah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagaimanapun, dia mengakui statusnya sebagai seorang selebriti menyukarnya dia untuk ke pusat tersebut secara sembunyi-sembunyi.

"Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya. Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai.

"Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tangapan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan," katanya.

Zamani akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada  27 Januari ini.

Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas.

Sumber : murai.com.my

Thursday, January 22, 2015

Kenyataan Ketua Polis Negara Isu Zamani Slam

Isu video rakaman yang menunjukkan Zamani Slam menyanyi dalam keadaan bergari yang sedang hangat dikatakan ramai sudah mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengeluarkan kenyataan ringkas beliau di akaun Twitter.


Kenyataan Ketua Polis Negara Isu Zamani Slam, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, Zamani Slam, kontroversi Zamani Slam

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan segera menyiasat & mengambil tindakan tegas terhadap perakam yang memuat naik video berdurasi 1 minit 23 saat itu.


Kenyataan Ketua Polis Negara Isu Zamani Slam, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, Zamani Slam, kontroversi Zamani Slam

“PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang memuat naik video Zamani nyanyi semasa bergari,” tulisnya di Twitter hari ini.


Kenyataan Ketua Polis Negara Isu Zamani Slam, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, Zamani Slam, kontroversi Zamani Slam

Semalam, penyanyi berusia 43 tahun itu telah ditahan bersama seorang wanita di Taman Keramat, Ampang dan hasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah.

Sumber : rotikaya.com

Pengurus: Zamani Kirim Salam Semua

Ketika pertemuan terakhir penyanyi Zamani Slam bersama pengurusnya, Johan Aziz itulah antara bait yang dilafazkan untuk kita semua di luar sini. Beliau sempat meminta maaf kepada pengurusnya itu selain menyampaikan salam buat semua.


Pengurus: Zamani Kirim Salam Semua, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Zamani Slam, Kes Buli Zamani di Penjara

“Sempat berjumpa dengan dia tadi dan teramat sedih. Minta maaf abang Jo, kirim salam kepada semua abang Jo. Insyallah saya OK – dari Zamani,” tulis Johan Aziz di Facebook.


Dalam perkembangan terkini kes rakaman video Zamani Slam ketika dalam tahanan, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan yang anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut sudah dikenal pasti.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya”

“Selain itu, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sumber : rotikaya.com

Tuesday, January 20, 2015

Zamani Slam Ditahan Polis Disyaki Salah Guna Dadah?

Terkejut terima email daripada pembaca mengenai laporan polis berkaitan dengan kes tangkapan terhadap vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim.


Zamani Slam Ditahan Polis Disyaki Salah Guna Dadah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi zaman slam, zamani Slam

Berdasarkan maklumat yang diterima, suspek ditangkap bersama dengan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Jue’ berusia 32 tahun di sebuah rumah di Ampang Selangor.

Suspek telah ditahan bersama bahan bukti iaitu 1 paket plastic disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram di atas tilam di sebuah bilik rumah berkenaan.


gossip, Hiburan, info, kontroversi zaman slam, sensasi, terkini, zamani Slam, Zamani Slam Ditahan Polis Disyaki Salah Guna Dadah?,


Hasil soal siasat didapati suspek mengaku telah terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu dan heroin kira-kira 10 tahun yang lalu.

Suspek menerima bekalan dadah itu menerusi seorang lelaki yang bernama ‘A’, walaubagaimanapun siastan masih diteruskan untuk mencari dalang yang sebenar.

Kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan penyanyi dan juga pelakon tempatan bukan benda baru malah ia seperti  satu berita yang lali buat umum.

Kepada orang ramai yang tidak kira anda seorang artis, selebriti, orang biasa atau kenamaan, impak penyalahgunaan dadah amatlah negatif.

Ia akan merosak kehidupan, kerjaya mahupun maruah diri tetapi masih belum terlambat untuk berubah dan menjalani proses pemulihan. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sumber : murai.com.my