Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts

Tuesday, March 17, 2015

Berjayakah Datuk Siti Nurhaliza Kembalikan Imej Cadbury?

Berjayakah pihak pengeluar makanan berasaskan coklat, Cadbury yang pernah dilanda kontroversi menampilkan selebrtiti sebagai memulihkan semula imejnya. In dibuat agar imej nya kembali  bersih dan mendapat kepercayaan daripada pihak pengguna terutamanya masyarakat Islam dengan pembabitan Datuk Siti Nurhaliza dalam salah satu iklan komersialnya yang telah pun disiarkan di kaca tv.

Sebelum ini semua produk coklat keluaran syarikat Cadbury kini mengalami kejatuhan yang amat teruk sehingga terpaksa mengambil pelbagai cara untuk mengembalikan keyakinan pengguna bahawa produk keluaran mereka adalah dijamin 100% oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berjayakah Datuk Siti Nurhaliza Kembalikan Imej Cadbury?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, siti nurhaliza, cokelat cadbury

Cadbury sekali lagi berusaha menyampaikan mesej bahawa produknya adalah halal, dengan menggunakan khidmat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Penampilan khas Dato' Siti Nurhaliza bersama dengan geng busker ini dilihat sebagai satu usaha pihak Cadbury untuk mengembalikan kenyakinan pengguna.


Usaha itu juga dianggap sebagai cubaan menaikkan semula imej Cadbury yang telah tercalar akibat dakwaan palsu bahawa dua produknya mengandungi DNA babi.

Bagaimanapun, iklan terbaru Cadbury ini menerima respon yang negatif dari para pengguna media sosial. Ada diantara mereka masih ragu-ragu dengan status halal produknya sungughpun telah diberi jaminan oleh pihak JAKIM.

Sebelum ini, pihak Cadbury juga pernah membuat sebuah iklan yang sama dengan menampilkan seorang bapa yang baru pulang dari surau/masjid membawa coklat cadbury untuk anak-anaknya. Iklan pertama Cadbury selepas kes tersebut bagaimanapun dianggap tidak berjaya berikutan orang ramai terus memboikot Cadbury.

Tidak dinafikan bahawa pengguna Islam di negara ini berjaya memboikot Cadbury berbanding usaha-usaha memboikot yang lain seperti memboikot peniaga yang enggan turunkan harga barang, memboikot air mineral dijual dengan harga mahal dari petrol, dan lain-lain.

Namun, dengan iklan yang kedua ini, mampukah khidmat Dato' Siti Nurhaliza mengembalikan imej syarikat berkenaan dan menyakinkan pengguna?

Sumber : murai

Saturday, January 24, 2015

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?

Menerusi blog warismanis, Penyanyi No 1 Negara sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Zamani sekitar tahun 1997-1998.... tetapi mereka berdua tidak pernah mengesahkan gossip tersebut...
Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Pada sekitar tahun 1998 , Dato Siti juga dikhabarkan pernah membekalkan Zamani 'rendang ikan bilis'..dan mereka pernah berlakon bersama dalam sebuah Program Muzikal sempena Aidilfitri dan disiarkan di RTM sekitar tahun 1997-1998

Di bawah adalah gambar-gambar lama Dato Siti & Zamani Slam sekitar tahun 1997-1998
Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Dato' Siti Nurhaliza Pernah Bekalkan Zamani Ikan Bilis?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, siti nurhaliza, zamani slam, kontroversi,

Sumber : berita-mediasemasa.blogspot.com

Siti Nurhaliza Enggan Mengulas Lanjut Status Facebook Saari Amri

Di tengah kekecohan orang ramai bercakap tentang penahanan Zamani Slam atas tuduhan salah guna dadah ketika ini, seorang komposer terkenal Saari Amri telah memuat naik satu status di akaun Facebook beliau mengaitkan nama Dato’ Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza Enggan Mengulas Lanjut Status Facebook Saari Amri, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Siti Nurhaliza, Zamani SLam

Saari Amri dalam entri di Facebook menulis “Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu” yang seterusnya mencetuskan tanda tanya ramai peminat tentang apa kaitan penyanyi popular itu dengan situasi sekarang selain persoalkan motif komposer tersebut.
Siti Nurhaliza Enggan Mengulas Lanjut Status Facebook Saari Amri, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Siti Nurhaliza, Zamani SLam

Bercakap kepada Berita Harian baru baru ini, Siti Nurhaliza telah memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan kerana tidak mahu mencampuri urusan pihak lain.

“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,” katanya ringkas.

Sumber : rotikaya.com

Sunday, January 11, 2015

Siti Nurhaliza Buat Tindakan Mengejutkan Di Majlis Hari Jadinya

Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza telah mengadakan majlis hari jadinya yang ke-36 yang berlangsung secara amat meriah semalam.
Siti Nurhaliza Buat Tindakan Mengejutkan Di Majlis Hari Jadinya, info, terkin, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza

Hadiah sempena hari jadi aktres cantik itu yang bernilai RM310 Ribu telah disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Perkara itu telah diumumkan sendiri oleh suami Siti Nurhaliza iaitu Datuk K pada majlis sambutan hari jadi Siti yang ke-36. Jumlah berkenaan telah disumbangkan oleh orang perseorangan dan badan bukan kerajaan.

Siti Nurhaliza Buat Tindakan Mengejutkan Di Majlis Hari Jadinya, info, terkin, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Buat Tindakan Mengejutkan Di Majlis Hari Jadinya, info, terkin, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Buat Tindakan Mengejutkan Di Majlis Hari Jadinya, info, terkin, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Buat Tindakan Mengejutkan Di Majlis Hari Jadinya, info, terkin, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza

Baca : Alyah Kata Dia Tidak Sebut Suaminya Kahwin Perempuan Itu!  

Sumber : katakcomel.my

Tuesday, December 23, 2014

Siti Nurhaliza, Datuk K Bersanding Lagi

Siapa sangka, dalam sebuah majlis makan malam tahunan ‘Cahaya Cinta’ yang dihadiri oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K di Johor Bahru baru-baru ini, tiba-tiba pasangan ini dijemput untuk bersanding buat kali kedua.


Siti Nurhaliza dan Datuk K Bersanding Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza,

Dengan persiapan pelamin yang sangat cantik pada majlis tersebut, ditambah pula pakaian Siti dan juga Datuk K yang tak ubah macam pengantin, ternyata pasangan ini bagaikan tidak dimamah usia langsung. Manis mereka berdua di atas pelamin!

Gambar yang dikongsikan oleh Siti Nurhaliza di Instagram beliau ini memang mengundang rasa cemburu, bukan? Maklumlah sudah bertahun kahwin pun masih mampu nampak seperti pengantin baru. Apa-apa pun, kami di sini mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia.


Siti Nurhaliza dan Datuk K Bersanding Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza,

Siti Nurhaliza dan Datuk K Bersanding Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza,

Siti Nurhaliza dan Datuk K Bersanding Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza,

Siti Nurhaliza dan Datuk K Bersanding Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza,

Siti Nurhaliza dan Datuk K Bersanding Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza,

Siti Nurhaliza dan Datuk K Bersanding Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Siti Nurhaliza,

Baca : Che Ta Bawa Aaisyah Dhia Rana Jalan-Jalan Di London 

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, December 15, 2014

Foto Siti Nurhaliza Dan Datuk K Bercuti Di Maldives

Ibarat syurga dunia, itu luahan para pelancong yang pernah ke pulau impian, Maldives yang dikhabarkan mempunyai pemandangan yang cukup memukau dan  mempersonakan.


Foto Siti Nurhaliza Dan Datuk K Bercuti Di Maldives, info, terkini, hiburan, siti nurhaliza, datuk k, sensasi


Tidak hairanlah kan mengapa diva paling popular Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Jiwa memilih pulau antara tercantik di dunia ini sebagai destinasi pelancongan mereka.

Iyelah..sudah berpenat-penat kerja, apa salahnya meluangkan masa dan berehat-rehat bersama suami tercinta.


Foto Siti Nurhaliza Dan Datuk K Bercuti Di Maldives, info, terkini, hiburan, siti nurhaliza, datuk k, sensasi


Masa sebeginilah yang digunakan untuk menambah keintiman cinta suami isteri. Tak gitew?

Ini kami kongsikan gambar-gambar penyanyi kesayangan kita ke pulau Maldives yang supercun dan cantik itu!

 Wah, beruntungnya badan! Baguslah, bak kata pepatah “Jauh perjalanan, luas pemandangan”.
Siti Nurhaliza dan suami pun nampak seronok berlibur bersama-sama di Maldives.


Foto Siti Nurhaliza Dan Datuk K Bercuti Di Maldives, info, terkini, hiburan, siti nurhaliza, datuk k, sensasi


Menerusi foto yang dikongsi penyanyi cantik ini nampaknya hotel mereka bukan calang-calang hotel. Seolah-olah bilik hotel mereka berada di atas lautan uols.

 Wah, syok betul! agak-agaknya pagi-pagi bangun tidur terbentang keindahan Maldives yang memukau itu.
Penyanyi No. 1 Malaysia ini turut meluahkan rasa kesyukuran dapat melihat keindahan ciptaan tuhan ini di laman sosial, Instagramnya.

Apapun, semoga Siti Nurhaliza dan Datuk K bergembira dan berseronok di sana sepuas-puasnya.


Foto Siti Nurhaliza Dan Datuk K Bercuti Di Maldives, info, terkini, hiburan, siti nurhaliza, datuk k, sensasi

Foto Siti Nurhaliza Dan Datuk K Bercuti Di Maldives, info, terkini, hiburan, siti nurhaliza, datuk k, sensasi

Foto Siti Nurhaliza Dan Datuk K Bercuti Di Maldives, info, terkini, hiburan, siti nurhaliza, datuk k, sensasi

Baca : Foto Liza Abdullah Dan Tengku Hanis Gaduh di PWTC  

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, December 6, 2014

Album Terbaik AIM 21 Milik Siti Nurhaliza

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) menyaksikan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menggondol tiga anugerah termasuk Album Terbaik pada acara yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam Sabtu.


Album Terbaik AIM 21 Milik Siti Nurhaliza, info, terkini, hiburan, semnsasi, AIM21, Siti Nurhaliza, Keptusan Rasmi AIM21

Menerusi album Fragmen penyanyi berusia 35 itu turut menerima anugerah Vokal Terbaik Wanita menerusi lagu Lebih Indah dan Rakaman Album Terbaik melalui Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi rap baharu SonaOne memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi lagu No More.

Manakala, kolaborasinya bersama Joe Flizzow dalam lagu Apa Khabar diumum sebagai Lagu Hip Hop Terbaik.


Album Terbaik AIM 21 Milik Siti Nurhaliza, info, terkini, hiburan, semnsasi, AIM21, Siti Nurhaliza, Keptusan Rasmi AIM21

Sementara itu, anugerah Vokal Terbaik Lelaki dimenangi oleh penyanyi Akim Ahmad menerusi lagu Mewangi.

Bagi Anugerah Sri Wirama AIM 2014 diberikan kepada Datuk Ramli Sarip atas kesetiannya selama 45 tahun berjuang dalam industri seni tanah air.

Persembahan nyanyian Tam Spider dan Aweera melalui dua lagu popular Papa Rock iaitu Bukan Kerana Nama dan Teratai sebagai tanda penghargaan kepada penyanyi lagenda itu.

Dalam pada itu, penyanyi Alyah menggondol anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu popularnya Sesal Separuh Nyawa.

Kumpulan Azhael memenangi kategori Persembahan Vokal Kumpulan Terbaik Di Dalam Lagu hasil menerusi lagu Hujung Waktu.

Bagi kategori Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik dalam lagu dimenangi oleh Nora Feat Mosyi, Alif & Putri menerusi lagu Selamanya Bahagia.

Lagu Mahligai Kayangan yang dipersembahkan oleh Salamiah Hassan dipilih sebagai pemenang dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Artis Baru Terbaik pada tahun ini diterima oleh penyanyi Poova.

Sementara itu, Amy Search masih membuktikan keunggulannya apabila menerima anugerah Lagu Rock Terbaik bersama kumpulan Bunkface menerusi Rentak Laguku.

AIM 21 dihoskan oleh Faizal Ismail dan Zizan Razak.

Acara pada malam itu turut diserikan oleh persembahan mantap daripada Sleeq, Dayang Nurfaizah, Akim & The Magistrate, Haleeda & Ayai (Ilusi), Sheda, Haiza, Fakhrul Razi, Joe Flizzow dan SonaOne.

Ia disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).

Berikut adalah senarai pemenang penuh anugerah AIM 21


Album Terbaik : Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza

Lagu Terbaik :  No More - SonaOne

Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu : Akim Ahmad - Mewangi

Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu: Datuk Siti Nurhaliza - Lebih Indah

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Salahkan - Hafiz Suip & Datuk Rossa

Video Muzik Terbaik: Yuna - Yuna & Zul Luey

Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu: Azhael - Hujung Waktu

Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu: Selamanya Bahagia -Nora Feat Mosyi, Alif & Putri

Lagu Pop Terbaik: Alyah - Sesal Separuh Nyawa

Lagu Hip Hop Terbaik: Joe Flizzow feat SonaOne - Apa Khabar

Lagu Rock Terbaik: Bunkface feat Amy Search - Rentak Laguku

Artis Baru Terbaik: Poova

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: SonaOne - No More

Lagu Nasyid Terbaik: Rindu Allah Sayang Allah - Iwan Syahman & Iwan Junior

Lagu Pop Etnik Terbaik: Ihab Ismail - Akar Kita Zapin

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Mahligai Kayangan - Salamiah Hassan ( Aubrey Suwito)

Rakaman Album Terbaik: Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia - Datuk Siti Nurhaliza

Kulit Album Terbaik: #1 - Stacy (Wan Izhar)

Baca : Anak Nafi Pelakon Latiff Borgiba Meninggal Dunia 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, November 15, 2014

Dato' Siti Nurhaliza Tunjuk Bakat Baca Berita di Awani!

Bakatnya tidak sekadar terserlah di pentas hiburan, malah kini dikembangkan pula sebagai pembaca berita.

Penyanyi terkenal tanahair, Dato'Siti Nurhaliza hari ini memulakan `tugas' menyampaikan berita jam 12 di Astro AWANI, semalam.


Dato' Siti Nurhaliza Tunjuk Bakat Baca Berita di Awani! , info, terkini, hiburan, sensasi, siti nurhaliza,

Siti, yang bergandingan dengan Rizal Zulkapli yang juga seorang produser di stesen berita ini, nampak tidak kekok malah bersahaja ketika menyajikan kandungan berita AWANI untuk hari ini biarpun ini merupakan kali pertama beliau di pentas yang sama sekali berbeza.

Penampilan Siti Nurhaliza di Bilik Berita Astro AWANI hari ini sebenarnya sebagai jemputan khas dalam segmen Agenda AWANI.

Siti Nurhaliza hadir bagi memperkatakan mengenai pencalonannya di Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) di Agenda AWANI yang bakal ke udara Sabtu ini pada 8.30 malam.

Di kesempatan itu juga, buat julung kalinya, Siti diberi peluang menunjukkan bakat membaca berita untuk buletin tengah hari.

Ikuti rakaman penyanyi tersohor ini menyampaikan berita AWANI.



Sumber : murai.com.my


Monday, September 15, 2014

Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza

Pasti ramai yang telah ternanti-nantikan kehamilan penyanyi kegemaran mereka iaitu Datuk Siti Nurhaliza bukan? Yelah biarpun sudah lapan tahun mendirikan rumahtangga dengan Datuk K, ramai yang mengharapkan agar Siti segera hamil dan lahirkan anak yang comel.


Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza, info, terkini, hiburan,s ensasi, Siti Nurhaliza, Rizman Ruzaini


Bukan sahaja peminat, malah pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini juga teruja dan tidak sabar hendak menantinya, sehinggakan Rizman menerusi laman sosial Instagram miliknya memberitahu mereka mahu merekacipta baju hamil buat Siti Nurhaliza pada tahun hadapan.
Ramai juga yang tertanya-tanya mengapa Rizman mahu mereka baju hamil buat penyanyi itu, adakah Siti sudah berbadan dua?

Rupa-rupanya selidik punya selidik, dia berkata begitu kerana itu salah satu doa dan harapan Siti sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini.

Siti Nurhaliza berdoa agar dia dan suami dikurniakan zuriat bersama sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Berikut merupakan kapsyen Rizman yang berkenaan:


Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza, info, terkini, hiburan,s ensasi, Siti Nurhaliza, Rizman Ruzaini

Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza, info, terkini, hiburan,s ensasi, Siti Nurhaliza, Rizman Ruzaini

Ramai peminat dan pengikut di laman sosial tersebut turut mendoakan agar impian siti untuk hamil dan mempunyai anak tercapai kelak.

Baguslah begitu, sama-samalah kita doakan agar Siti dimurahkan rezeki untuk hamil dan menimang  cahaya mata.


Sumber : murai.com.my