Sunday, January 11, 2015

Alyah Kata Dia Tidak Sebut Suaminya Kahwin Perempuan Itu!

Penyanyi yang juga isteri kepada Dato' Ramli MS, Datin Alyah kesal apabila kenyataannya mengenai wanita bernama Siti Hafilah Che Kar telah dimanipulasi oleh pihak media.

Alyah Kata Dia Tidak Sebut Suaminya Kahwin Perempuan Itu!, info, terkin, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi rumahtangga alyah, Ramli MS

Terdahulu Alyah telah memuatnaik gambar wanita itu menerusi akaun Instagramnya dan wanita itu didakwa sering mengganggu hidupnya dari sebelum sehinggalah selepas dia berkahwin dengan Ramli MS.

Alyah Kata Dia Tidak Sebut Suaminya Kahwin Perempuan Itu!, info, terkin, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi rumahtangga alyah, Ramli MS


Terdahulu di dalam laporan Harian Metro, Alyah didakwa telah membuat pengakuan bahawa wanita tersebut telah membuat pengakuan bahawa wanita itu adalah isteri Ramli MS.

Malah, dia mengaku menjumpai gambar suaminya dengan wanita tersebut dalam telefon bimbit milik konduktur muzik dan komposer terkenal itu.

Dalam Berita Harian pula, Ramli MS mendakwa dia tidak tahu apa-apa mengenai dakwaan yang dibuat oleh penyanyi yang bakal beraksi di final AJL29 menerusi Sesal Separuh Nyawa itu. Malah, Ramli MS meminta pihak wartawan bertanya sendiri kepada Alyah kerana gambar itu dia yang muatnaik.

Namun kira-kira 2 jam yang lalu, Alyah menerusi instagramnya telah menaikkan sebuah posting terbaru dengan meluahkan kekesalan apabila kenyataan telah dimanipulasikan sehingga ia menjadi tidak benar.

"Saya muatnaik gambar tadi adi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam gambar itu dari saya berkawan sampai sudah berkahwin (dengan Dato' Ramli MS) sering menganggu hubungan saya.

"Yang saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya untuk ditemu bual adalah: " Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya.

"Saya tak pernah keluarkan kenyataan suami saya kahwin dengan perempuan Tu. Maafkan saya kerana hari ini, saya tidak dapat menahan emosi dan saya telah melakukan kesilapan yg besar.

"Tapi janganlah sampai memanipulasikan cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar," katanya lagi.

Siapa sebenarnya di pihak yang benar dan siapa pula wanita yang bernama Siti Hafilah Che Kar? Apa pula yang dia inginkan dengan menganggu kehidupan Alyah, lebih-lebih lagi selepas sudah berumahtangga dengan Ramli MS sepertimana yang didakwa oleh Alyah sendiri? Dan, apa pula hubungan sebenar Siti Hafilah Che Kar itu dengan Ramli?

Namun gambar Siti Hafilah Che Kar yang dimuatnaik oleh Alyah lebih awal tadi sudah pun tiada di dalam instagramnya.

Baca : Anak-Anak Saudara Saya Bukan Anak Luar Nikah!  

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →