Sunday, January 11, 2015

Anak-Anak Saudara Saya Bukan Anak Luar Nikah!

Sejak munculnya isu mengenai surat nikah palsu yang melibatkan vokalis Wings, Awie dengan bekas isterinya, Rozana Misbun, kini masyarakat telah membuat tanggapan yang salah apabila melabel anak-anak mereka sebagai anak luar nikah.

Anak-Anak Saudara Saya Bukan Anak Luar Nikah! , info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, awie, rozana misbun,


Kasihan sekali dengan Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Putri Qasseh Antasha, 5 kerana disebabkan kurangnya pengertian segelintir masyarakat mengenai hukum syarak serta hukum undang-undang, anak-anak tersebut dilabel sedemikian rupa.

Kami cuba bertanyakan pendapat Haliza Misbun mengenai nasib malang yang menimpa ketiga-tiga anak saudaranya itu. Ikuti penjelasan Haliza.

"Saya punya bukti kukuh bahawa pernikahan antara adik saya Rozana dan Awie sememangnya pernah berlaku pada 20 Jun 2005 di Majlis Agama Islam Songhkla, Thailand dan sah dari segi hukum Syarak.

"Label 'anak luar nikah' yang dilemparkan kepada anak-anak saudara saya yang amat saya kasihi iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Putri Qasseh Antasha, 5 secara membuta-tuli oleh segelintir pihak bukan saja kejam bahkan menggambarkan ceteknya pengetahuan mereka dari sudut ini selain turut menyerlahkan budaya masyarakat kita yang begitu cepat menghukum dan bertepuk tangan melihat kesengsaraan orang lain.

"Apabila sesuatu pernikahan itu sah dari segi hukum Syarak, pertikaian tentang isu yang berkaitan dengan status anak menjadi tidak relevan," katanya lagi.

Mengenai status sijil nikah Awie dengan Rozana yang ketika ini disifatkan sebagai palsu, Haliza berkata, pada Selasa hakim akan mengesahkan tentang status sijil nikah tersebut.

"Sekiranya ia memang didapati palsu, maka perintah injuksi yang dikemukakan oleh Awie sebelum ini didapati tidak sah dan bermakna juga Rozana akan berpeluang untuk kembali bersatu semula dengan anak-anaknya. Status anak-anak akan ditempatkan sebagai Wathie Syubhat yang mana anak-anak akan menjadi hak ibu sepenuhnya.

"Istilah 'Wathie Syubhat' bukan bererti 'anak tidak sah taraf'. 'Wathie Syubhat' bukan 'anak luar nikah'! Ketiga-tiga anak Awie dan Rozana yang kini secara tidak langsung jatuh di bawah kategori 'Wathie Syubhat' selagi urusan pengesahan serta pendaftaran pernikahan ibubapa mereka tidak dilakukan di negara ini mengikut prosedur yang sepatutnya.

"Wathie Syubhat' bermaksud anak yang lahir dari pernikahan yang sah dari hukum Syarak namun diragui statusnya berikutan pernikahan terbabit tidak diurus atau didaftarkan mengikut lunas undang-undang sesebuah negara (dalam konteks ini, di Malaysia) yang mana antara yang menjadi punca wujudnya keraguan ini," kata Haliza Misbun lagi.

Baca : Awal Dikekalkan, Tiada Hos Pengganti Sherry & Zulin Dalam Melodi 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →