Pasti ramai yang telah ternanti-nantikan kehamilan penyanyi kegemaran mereka iaitu Datuk Siti Nurhaliza bukan? Yelah biarpun sudah lapan tahun mendirikan rumahtangga dengan Datuk K, ramai yang mengharapkan agar Siti segera hamil dan lahirkan anak yang comel.
Bukan sahaja peminat, malah pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini juga teruja dan tidak sabar hendak menantinya, sehinggakan Rizman menerusi laman sosial Instagram miliknya memberitahu mereka mahu merekacipta baju hamil buat Siti Nurhaliza pada tahun hadapan.
Ramai juga yang tertanya-tanya mengapa Rizman mahu mereka baju hamil buat penyanyi itu, adakah Siti sudah berbadan dua?
Rupa-rupanya selidik punya selidik, dia berkata begitu kerana itu salah satu doa dan harapan Siti sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini.
Siti Nurhaliza berdoa agar dia dan suami dikurniakan zuriat bersama sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Berikut merupakan kapsyen Rizman yang berkenaan:
Baguslah begitu, sama-samalah kita doakan agar Siti dimurahkan rezeki untuk hamil dan menimang cahaya mata.
Sumber : murai.com.my