Showing posts with label s ensasi. Show all posts
Showing posts with label s ensasi. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Isteri Fizo Omar Disihir Sehingga Sukar Mengandung?

Baru-baru ini timbul dakwaan yang mengatakan isteri Fizo Omar, Mawar terkena buatan orang atau lebih tepat lagi disihir sehingga sukar untuk mengandung.


Isteri Fizo Omar Disihir Sehingga Sukar Mengandung?, info, terkini, hiburan,s ensasi, gosip, fizo omar, mawar karim

Malah perbuatan khianat ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaan.


Isteri Fizo Omar Disihir Sehingga Sukar Mengandung?, info, terkini, hiburan,s ensasi, gosip, fizo omar, mawar karim

Bercakap kepada wartawan Melodi, Fizo tidak menidakkan dakwaan itu namun mengakui perkara tersebut mungkin berlaku di luar pengetahuannya.

    Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak, mungkin berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tiada apa-apa yang pelik berlaku.

    Saya bukan tak percaya benda itu ada, sekiranya berlaku, dengan izin Allah. Kalau tak dapat anak bukan sebab perbuatan orang, mungkin belum sampai masanya.

Tambah Fizo, semuanya sudah tertulis dan andainya ditakdirkan lambat menerima cahaya mata, dirinya akan terus berusaha dan berikhtiar.
Isteri Fizo Omar Disihir Sehingga Sukar Mengandung?, info, terkini, hiburan,s ensasi, gosip, fizo omar, mawar karim

Umum mengetahui tentang kejayaan pasangan suami isteri ini dalam bidang perniagaan yang diceburi. Mungkin kerana dengki dan iri hati dengan kejayaan tersebut, ada pihak bertindak menyihir mereka berdua dan ini jawapan Fizo:

    Berkaitan dengan dengki berniaga, persaingan kita tak boleh lari. Kalau boleh kita bersaing secara sihat. Saya minta maaf kalau ada salah silap. Perbetulkan niat anda sebab kita sama-sama cari rezeki.

Kesian pula bila mengenangkan nasib orang kita bila berniaga, asal berjaya sikit mesti ada yang iri hati sehingga sanggup menggadaikan iman dengan melakukan perkara khurafat dan syirik. Buat Fizo dan Mawar, bersabarlah. Rezeki pasti ada InsyaAllah.

Sumber : ohbulan.com

Thursday, March 5, 2015

Kencana Devi Selamat Bersalin

Setelah lama menyepi dalam industri lakonan, kini selebriti wanita, iaitu Kencana Devi selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 8.20 malam tadi. TAHNIAH !


Kencana Devi Selamat Bersalin, info, terkini, hiburan,s ensasi, pelakon kencana devi

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Puteri di TV3 dan bayinya itu kini berada dalam keadaan sihat di Hospital KPJ, Seremban.


Kencana Devi Selamat Bersalin, info, terkini, hiburan,s ensasi, pelakon kencana devi

Bayi perempuan itu adalah hasil perkahwinan keduanya bersama Saravanadrvan Girupai pada Mac 2013.


Sumber : gosipmalaysia.com

Sunday, December 28, 2014

MLM2014 : Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn

Minggu ke-7 Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan perjalanan kumpulan Shake berakhir apabila diumumkan sebagai kumpulan yang mendapat kutipan undian paling rendah. Malam bertemakan ‘Lawak Bermoral’ seakan tidak menjadi buat Shake apabila isu yang cuba diketengahkan mereka tidak mendapat perhatian juri.

Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn, info, terkini,hiburan,s ensasi, gossip, SYJ, MLM2014

Berbeza pula buat kumpulan SYJ yang berjaya menambat hati juri menerusi sketsa hebat mereka. Namun apa yang lebih mendapat perhatian ialah lawak bermoral daripada SYJ yang diselitkan dengan sindiran kepada juri. Sindiran yang macam mana ye?

Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn, info, terkini,hiburan,s ensasi, gossip, SYJ, MLM2014

Menampilkan sketsa ‘pil tak ketegaq’, kumpulan SYJ dilihat antara kumpulan yang menyinar pada pada malam itu sehinggakan mendapat 5 bintang. Mana tidaknya cerita-cerita bermoral yang dimuatkan di dalam sketsa mereka dilihat cukup dekat di hati penonton.

Tapi dalam lawak ada sindiran! Pada satu ketika, Syuk secara spontan menyindir Farah Quinn agar bertanya kepada Datuk Jalal sekiranya tidak faham lawak yang cuba disampaikan.

Ada rasionalnya sindiran Syuk tersebut memandangkan faktor bahasa yang berbeza menyukarkan Farah Quinn untuk memahami bahasa Malaysia dengan bagus. Malah kredibiliti Farah Quinn juga pernah dipertikai. Iyalah macam mana nak bagi bintang kalau lawak pun tak faham kan?

Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn, info, terkini,hiburan,s ensasi, gossip, SYJ, MLM2014

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari! Ingatkan Farah Quinn seorang je yang ‘disentuh’ oleh SYJ, rupanya Fazura pun tak terkecuali.

Menerusi cerita ketiga SYJ yang mengetengahkan tentang penjurian di dalam pertandingan, Jihan dilihat cuba meniru gaya Fazura. Cerita yang ditampilkan agak bersahaja, padat dan penuh dengan sindiran! Hasilnya SYJ berjaya mendapat 5 bintang daripada Fazura sendiri.

Nampaknya minggu ni bukan sahaja penonton yang mendapat pengajaran berguna daripada sketsa kumpulan yang bertanding, juri pun ada bahagian mereka. Haha nasib lah.

Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn, info, terkini,hiburan,s ensasi, gossip, SYJ, MLM2014

Setakat hari ini, kumpulan Jalor mengungguli senarai kutipan undian diikuti oleh Shiro dan Sepahtu. Simpati dengan bencana banjir yang menimpa semenanjung Malaysia, pihak Astro  mengambil inisiatif untuk menyalurkan kutipan SMS pada malam jumaat yang lepas kepada Tabung Bencana Negara.

Baca : Izzue Islam Rai Peminat Di Bumi Korea 

Sumber : ohbulan.com

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, September 15, 2014

Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza

Pasti ramai yang telah ternanti-nantikan kehamilan penyanyi kegemaran mereka iaitu Datuk Siti Nurhaliza bukan? Yelah biarpun sudah lapan tahun mendirikan rumahtangga dengan Datuk K, ramai yang mengharapkan agar Siti segera hamil dan lahirkan anak yang comel.


Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza, info, terkini, hiburan,s ensasi, Siti Nurhaliza, Rizman Ruzaini


Bukan sahaja peminat, malah pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini juga teruja dan tidak sabar hendak menantinya, sehinggakan Rizman menerusi laman sosial Instagram miliknya memberitahu mereka mahu merekacipta baju hamil buat Siti Nurhaliza pada tahun hadapan.
Ramai juga yang tertanya-tanya mengapa Rizman mahu mereka baju hamil buat penyanyi itu, adakah Siti sudah berbadan dua?

Rupa-rupanya selidik punya selidik, dia berkata begitu kerana itu salah satu doa dan harapan Siti sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini.

Siti Nurhaliza berdoa agar dia dan suami dikurniakan zuriat bersama sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Berikut merupakan kapsyen Rizman yang berkenaan:


Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza, info, terkini, hiburan,s ensasi, Siti Nurhaliza, Rizman Ruzaini

Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza, info, terkini, hiburan,s ensasi, Siti Nurhaliza, Rizman Ruzaini

Ramai peminat dan pengikut di laman sosial tersebut turut mendoakan agar impian siti untuk hamil dan mempunyai anak tercapai kelak.

Baguslah begitu, sama-samalah kita doakan agar Siti dimurahkan rezeki untuk hamil dan menimang  cahaya mata.


Sumber : murai.com.my