Showing posts with label Dato' Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Dato' Siti Nurhaliza. Show all posts

Saturday, January 24, 2015

Zamani Slam Menafikan Kenyataan Komposer Saari Amri

Status yang telah dimuatnaik oleh Saari Amri telah pun mencetuskan persoalan di kalangan orang ramai. Mana tidaknya, komposer itu telah menulis yang Siti Nurhaliza tahu punca sebenar tentang apa yang terjadi kepada Zamani. 


Zamani Slam Pertikai Kenyataan Komposer Saari Amri, info, terkin, hiburan, sensasi, Zamani Slam, Komposer Saari Amri, Dato' Siti Nurhaliza

Untuk makluman adik-adik yang baru berusia 20-an, satu ketika dahulu, Zamani dan Siti Nurhaliza ketika zaman kegemilangan mereka pernah dikatakan bercinta. Namun tiada jodoh di antara mereka berdua.


Zamani Slam Pertikai Kenyataan Komposer Saari Amri, info, terkin, hiburan, sensasi, Zamani Slam, Komposer Saari Amri, Dato' Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza juga turut enggan memberikan sebarang komen tentang status Saari Amri ini. Kata penyanyi nombor 1 negara ini:-

    Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain


Zamani Slam Pertikai Kenyataan Komposer Saari Amri, info, terkin, hiburan, sensasi, Zamani Slam, Komposer Saari Amri, Dato' Siti Nurhaliza

Biarlah apa yang terjadi antara Zamani dan Siti Nurhaliza satu ketika dahulu hanya menjadi kenangan buat mereka berdua. Tak patut rasanya untuk menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang terjadi kepada Zamani. Ia adalah pilihan sendiri. Keputusan sendiri. Semoga apa yang terjadi memberi pengajaran kepada Zamani khasnya dan kita amnya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik.

Sumber : beautifulnara.com

Dato’ Siti Nurhaliza Mohon Hormat Maruah Zamani

Tak sangka tindakan anggota polis yang menyuruh Zamani menyanyi sambil tangannya bergari dan kemudian menyebarkan video tersebut mendapat perhatian ramai rakan selebriti.

Kebanyakannya membantah dan menganggap perbuatan tersebut sebagai mengaibkan Zamani sekaligus menjatuhkan air muka penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang tersebut.


Dato’ Siti Nurhaliza Mohon Hormat Maruah Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, Gosip, kontroversi, Zamani Slam, Dato' Siti Nurhaliza

Hormatilah maruah insan lain – Dato’ Siti

Tapi apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah keprihatinan Dato’ Siti Nurhaliza terhadap perkara itu. Menerusi Instagramnya semalam, Siti berkongsi semula foto yang dimuat naik oleh kakak ipar merangkap pengurusnya sambil menulis caption “Hormatilah maruah insan lain”.
Dato’ Siti Nurhaliza Mohon Hormat Maruah Zamani, info, terkini, hiburan, sensasi, Gosip, kontroversi, Zamani Slam, Dato' Siti Nurhaliza

Mungkin adik-adik yang baru mengambil pusing tentang industri hiburan tempatan kurang faham signifikasi antara Siti dan Zamani. Tapi sekadar mengimbas kembali, kedua-dua penyanyi ini pernah digosipkan bercinta sewaktu zaman kegemilangan mereka.

Dan selepas ‘banyak’ tahun berlalu, Siti pun dah bergelar isteri kepada Datuk K. Jadi rasanya tak ada masalah untuk Siti turut sama prihatin dengan dengan kejadian menimpa seseorang yang pernah dikenalinya dulu.

Sumber : ohbulan.com

Saturday, December 27, 2014

Siti Nurhaliza Naik Jentolak Bantu Mangsa Banjir

Inilah dia, ikon penghibur terbaik yang patut dicontohi oleh selebriti-selebriti negara kita!

Selain menghulur bantuan, penyanyi tersohor negara Dato’ Siti Nurhaliza datang terus kepada pihak yang sedang diuji malapetaka banjir saat ini.


Siti Nurhaliza Naik Jentolak Bantu Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, sensasi, Dato' Siti Nurhaliza, Banjir

Anak jati negeri Pahang ini, turun padang menyaksikan sendiri situasi banjir yang menimpa kawasan kampung halamannya di Kuala Lipis.

Kenderaan yang dinaiki penyanyi nombor 1 ini pula memang ‘rare’ iaitu jentolak bagi meredah kawasan yang dipenuhi selut.


Siti Nurhaliza Naik Jentolak Bantu Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, sensasi, Dato' Siti Nurhaliza, Banjir


Wah, pastinya ini pengalaman yang menarik buat isteri Dato’ Khalid Mohd Jiwa ini.

Baguslah, moga ramai lagi yang akan mencontohi perbuatan mulia seperti dilakukan Siti dan beberapa selebriti lain yang turut prihatin dengan musibah banjir yang sedang melanda negara.

Baca : Pengalaman Menjalani Penggambaran Villa Nabila Menakutkan 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif