Friday, December 26, 2014

Pekin akui pengalaman menjalani penggambaran filem Villa Nabila Menakutkan

Pengalaman seram atau pelik dilalui pelakon dan kru yang terbabit dalm filem seram perkara biasa. Bagaimanapun, pelakon Pekin akui pengalaman menjalani penggambaran filem Villa Nabila arahan Syafiq Yusof sesuatu yang menakutkan. Perkara sama dilalui gandingannya dalam filem itu, Tisha.


 filem Villa Nabila Menakutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, pekin ibrahim,

Antaranya, kemalangan maut membabitkan orang yang datang menyaksikan penggambaran di lokasinya di Johor Bahru, Johor. Begitu juga seorang kakitangan Skop Production Sdn Bhd kemalangan apabila melanggar enam kereta lain tanpa mengalami kecederaan serius.

Syafiq yang juga anak produser Datuk Yusof Haslam tidak mahu ada yang mengaitkan peristiwa itu dengan perkara tahyul, sebaliknya menjelaskan, kejadian ngeri itu berlaku secara kebetulan.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim setuju dengan pandangan Syafiq tetapi katanya, perkara pelik yang berlaku di banglo usang itu membabitkan satu babak tidak dapat dijelaskan dengan logik akal.

Katanya, apabila bercerita mengenai pengalaman dialami setahun lalu, ia meremangkan bulu roma.

“Kalau diikutkan, saya tidak mahu mengingatkan kejadian yang berlaku. Bukan sebab saya nampak hantu atau makhluk halus muncul depan mata, sebaliknya situasi yang berlaku membuatkan saya berasa pelik kerana ia tidak masuk akal.

“Waktu itu saya berada di tingkat atas banglo lama itu dan untuk naik ke atas, hanya ada satu tangga. Saya berada di atas sendirian dan kemudian seorang kru naik melintas di depan saya.

“Kami hanya berbalas senyum dan terus dia berada di belakang memandangkan kami menunggu arahan pengarah untuk memulakan penggambaran.

“Tiba-tiba apabila pengarah menjelaskan adakah kami bersedia atau tidak untuk produksi bersedia dengan kamera, kru tadi tiba-tiba bersuara mengatakan belum dan terus berlari ke atas.

“Melihat orang yang sama naik membuatkan saya terpinga-pinga hingga tertanya-tanya dalam hati. Dia kembali memandang ke belakang dan ternyata hanya ada seorang orang yang sama,” katanya.

Pekin akui seriau waktu itu. Katanya, hendak bertanya kembali, bibir seperti tidak terluah hingga pelbagai persoalan bermain di fikiran.

“Adakah itu sekadar bayangan atau ‘dejavu’? Saya diamkan saja perkara itu hinggalah penggambaran babak terbabit tamat.

“Saya tidak berkongsi cerita ini dengan sesiapa kerana takut ia ha­nya mainan minda sendiri. Namun, setiap kali saya hendak berkongsi cerita ini dengan orang lain, bulu roma saya akan meremang,” katanya.

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam turut melalui pengalaman ngeri ketika menjalani penggambaran filem itu pada pertengahan Disember 2013.

Katanya, paling tidak dilupakan apabila harus melakukan babak mencabar di mana kakinya terikat dan tergantung kepala di bawah.

“Waktu itu, saya tidak sedar apa berlaku tetapi dimaklumkan keluar muntah hijau. Cuma yang saya perasan, sebaik tamat penggambaran babak itu, badan saya sangat penat.

“Babak itu memang memerlukan saya beraksi seperti dirasuk dan meracau. Begitupun, saya tidak sedar apa yang saya lakukan hinggalah saya sedar tali mengikat kaki saya dibuka,” katanya.

Tisya akui mendengar kata-kata orang keliling mengenai kejadian berlaku, malah dia dikatakan terus meracau walaupun penggambaran selesai.

“Saya tidak mahu mengingatkan perkara itu dan mujur tiada perkara buruk berlaku. Apapun, saya bersyukur penggambaran berjaya disudahkan walaupun pada waktu sama ada kejadian pelik dan mistik berlaku membabitkan kru produksi mahupun kami sebagai pelakon,” katanya.

Kata Tisya, sebagai pelakon baru yang membuat penampilan sulung dalam filem ini, dia mengharapkan penonton dapat menerima persembahan lakonannya dalam Villa Nabila yang bakal ditayangkan kepada umum pada 15 Januari depan.


Baca : Derma Untuk Mangsa Banjir Di Konsert Wings Esok  

Sumber : hmetro.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →