Friday, December 26, 2014

Album Siri Zikir Hafiz Hamidun Terjual Setengah Juta

Ketika semua penggiat industri merungut mengenai jualan album fizikal semakin merudum, komposer dan penyanyi Mohammad Hafiz Hamidun membuktikan cakera padat siri Zikir Terapi dihasilkan mencecah jualan setengah juta.


Album Siri Zikir Hafiz Hamidun Terjual Setengah Juta, info, terkini, hiburan, sensasi, album zikir, hafiz hamidun

Membuktikan perkara itu menerusi syarikat rakaman miliknya, Arteffects Production, Zikir Terapi dijual 300,000 diikuti Zikir Terapi II dengan 150,000 dan Zikir Terapi III yang baru dipasarkan kini jualannya mencecah 50,000 unit.

Berkongsi kejayaan besar diraih siri album Zikir Terapi, jelas Hafiz, isu pasaran album semakin merudum boleh diatasi jika seseorang penggiat itu berani menghasilkan sesuatu berbeza dan lebih penting, memberikan apa yang dimahukan pendengar.

Bekas anggota kumpulan UNIC itu berkata, kejayaan diraih siri album Zikir Terapi boleh dijadikan penanda aras mengenai sambutan masyarakat tempatan terhadap muzik dihasilkan.

“Menjalankan perniagaan dalam bidang muzik, saya harus berfikir dari pelbagai sudut iaitu sebagai pemilik syarikat rakaman, penerbit, komposer dan juga penyanyi. Jika apa dilakukan tidak mendapat sambutan, perniagaan boleh ‘bungkus’ dan studio akan tutup.

“Jika kita lihat kepada pasaran, ia suram membabitkan muzik bergenre popular. Sebagai pemuzik, kita harus menghasilkan muzik untuk pendengar dan penggiat tahu pendengar mahu mendapatkan album yang unik dan belum pernah dihasilkan oleh sesiapa.

“Kreativiti tinggi ditampilkan dalam karya dihasilkan itu boleh dianggap satu kelebihan,” katanya.

Seperkara lagi, Hafiz juga tidak boleh memilih dan mementingkan kehendak hati. Jika dilakukan, ia menyebabkan pilihan dan bakat tidak berkembang, manakala kreativiti juga terbatas.

“Insya-Allah, jika penggiat bersemangat, kita sama-sama masih boleh menguasai pasaran kerana ruang untuk menjual karya dihasilkan sentiasa ada. Perlu diingat, album dihasilkan tidak pernah ada tarikh luput untuk dijual,” katanya.


Album Siri Zikir Hafiz Hamidun Terjual Setengah Juta, info, terkini, hiburan, sensasi, album zikir, hafiz hamidun

Menurut Hafiz, sebagai pemilik syarikat rakaman dan komposer, dia akan terus mencuba dan mencari inovasi baru dalam menghasilkan album alternatif dan bukan dalam jalur popular juga komersial.

Katanya, album menampilkan konsep baru akan membuka mata peminat, sekali gus membuatkan ia menjadi pilihan pendengar.

“Sekarang saya menjalankan projek menghasilkan album yang menghimpunkan lagu ‘dodoi anak’. Jika diterjemahkan dengan baik, setiap lagu dihasilkan mampu menjadi irama malar segar,” katanya.

Ketika dimaklumkan bahawa sebelum ini ada juga artis popular merakam album konsep sama tetapi kurang mendapat sambutan, Hafiz berkata, apa yang mahu dilakukan kali ini berbeza apabila ia menampilkan lagu baru dan bukan himpunan lagu ‘dodoi anak’ sedia ada dan diketahui umum.

Untuk album khas ini, Hafiz memilih Siti Nordiana sebagai penyanyinya atas alasan artis dari Felda Sendayan, Negeri Sembilan itu mempunyai kelebihan dari sudut emosi dan penyampaian vokal. Siti Nordiana akan memberikan faktor ‘wow’ dalam album yang mahu diusahakan ini.

“Saya tahu ramai penyanyi mahu mencuba sesuatu yang baru tetapi kebanyakan mereka takut hendak keluar dari zon selesa. Berbeza dengan Siti Nordiana, apabila saya menjelaskan, dia terus terima dan berani melakukannya.

“Penyanyi kita juga selalunya memberi tumpuan promosi di tempat biasa seperti majlis makan malam, sedang­kan pasaran ada macam-macam, cuma kita sebagai penggiat harus berani pergi ke mana saja untuk memasarkannya,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut dari sudut kontrak antara Siti Nordiana yang seperti diketahui umum adalah artis syarikat rakaman FMC dan Arteffects Production, kata Hafis, ia bukan masalah.

“Seperti saya katakan tadi, untuk berjaya dan memastikan indusri muzik terus hidup, saya sedia bekerjasama dengan sesiapa saja, tidak kira orang perseorangan atau syarikat rakaman lain.

“Bagaimanapun, antara saya dan Siti Nordiana, ia berupa projek khas dan saya difahamkan dia tidak lagi bernaung di bawah FMC,” katanya.


Baca : Pekin akui penggambaran filem Villa Nabila Menakutkan 

Sumber : hmetro.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →