Saturday, January 24, 2015

Zamani Syukur Dibebaskan, Janji Mahu Berubah

Penyanyi Zamani (Slam) mengucapkan syukur dan lega selepas dibebaskan dari tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


Zamani Syukur Dibebaskan, Janji Mahu Berubah, info, terkini, hiburan, sensasi, kes video zamani slam, zamani slam, kontroversi,

Zamani berkata kepada Mstar Online, banyak hikmah disebalik penangkapan tersebut yang membuatkan dirinya tekad untuk membersihkan diri daripada najis dadah.

"Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.

"Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini.

"Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga," ujarnya.

Zamani berkata, sejak bergelumang dengan gejala dadah 10 tahun lalu, dia sudah dua kali secara sukarela ke pusat pemulihan dadah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagaimanapun, dia mengakui statusnya sebagai seorang selebriti menyukarnya dia untuk ke pusat tersebut secara sembunyi-sembunyi.

"Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya. Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai.

"Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tangapan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan," katanya.

Zamani akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada  27 Januari ini.

Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas.

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →