Saturday, January 24, 2015

#MLM2014: Hanya Zero Terima 5 Bintang Daripada Juri

Diperingkat suku akhir Maharajalawak Mega 2014 (#MLM2014) menunjukkan ke semua superhero telah melakukan tugas mereka dengan baik yang bertemakan silent comedy dan karoot komedia.


#MLM2014: Hanya Zero Terima 5 Bintang Daripada Juri, info, terkini, hiburan, sensasi, Zero Raja ALwak, MLM 2014,

Di slot silent comedy, rata-rata juri memberi pendapat ia agak sukar untuk dibuat namun kumpulan Zero dikatakan yang paling berjaya menambat hati penonton serta juri.

Zero memfokuskan kepada persembahan berkonsepkan gimnastik dan aksi mereka amat mencuit hati apabila Syaiful dengan gagahnya menjadi seorang gimrama bertali berpakaian pink dengan pelbagai aksi menarik.

Dalam pada itu, kumpulan Zero juga antara satu-satunya superhero yang mendapat 5 bintang untuk persembahan karoot komedia.

Dipersembahan itu, Zero kreatif dalam hasilkan gerak tangan dikir barat yang di luar kotak membuatkan penonton ketawa dengan galaknya.

Memandangkan mereka dari Sabah, bercakap dalam loghat Kelantan mereka kelihatan begitu comel dan tidak kering gusi dibuatnya.

6 Superhero yang mara ke separuh akhir ialah Bocey, Sepahtu, Zero, Nabil, Virus, serta Shiro. Kepada semua peminat setia MLM2014 teruskan mengundi superhero kegemaran anda.

 
Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →