Tuesday, January 27, 2015

Syafiq Yusof syukur "Villa Nabila" kutip RM2 juta

Pengarah filem muda berbakat besar Syafiq Yusof bersyukur dan gembira apabila filem eksperimental seram pertamnya "Villa Nabila" berjaya mengutip RM2 juta selepas 10 hari tayangan.


Syafiq Yusof syukur "Villa Nabila" kutip RM2 juta, info, terkini, hiburan, sensasi, Filem Tempatan, Filem Villa Nabila,

"Alhamdulillah setakat semalam apa yang saya tahu, filem ini sudah mengutip lebih RM2 juta.

"Apa pun saya bersyukur kerana dalam kemerosotan kutipan filem, "Villa Nabila" mampu mencatat kutipan sebanyak itu dan saya berharap rakyat Malaysia yang belum menonton akan ke panggung untuk menonton filem ini," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pada itu, Syafiq turut menyangkal dakwaan kononnya filem terbitan Viper Studios dan Skop Production berjaya mendapat sambutan berikutan insiden penonton diserang histeria ketika menonton "Villa Nabila" baru-baru ini.

"Demi Allah, saya berani bersumpah tidak membayar sesiapa untuk berlakon kononnya terkena histeria. Saya pasti jika saya berbuat sebegitu, tidak aka nada sesiapa yang sanggup mempertaruhkan maruah untuk menjerit-jerit di khalayak.

"Saya sendiri terkejut apabila dikhabarkan mengenai perkara tersebut. Lagipun untuk apa saya bersikap tidak jujur kerana saya yakin kalau filem itu menepati cita rasa orang akan ke panggung tanpa perlu dipaksa."

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →