Sunday, September 6, 2015

Tarikh Kahwin Zizan Razak?

Satu demi satu kontroversi terpalit dengan pelawak Zizan Razak mengenai hubungan cintanya yang terputus di tengah jalan.Tidak cukup,terbaru zizan dikatakan sudah bersedia berkahwin dan tidak mahu lagi bercinta dengan gadis yang masih menjadi tanda tanya.


Tarikh Kahwin Zizan Razak?

Umumnya dia ada memberitahu gadis pilihannya itu berasal dari terengganu tapi masih belum diperkenalkan secara rasmi.Mungkin tidak mahu lagi kisah cintanya dicanang ke sana sini seperti sebelum ini.Zizan memberi sedikit komen mengenai bakal wanita yang akan dikahwininya itu pada berita harian

“Alhamdulillah, hubungan masih baik seperti biasa. Dia sibuk bekerja, saya juga sibuk dengan tuntutan sebagai artis. Hasrat untuk mengahwininya tidak pernah terhenti bagaimanapun belum mendapat tarikh yang sesuai,” kata Zizan melalui sisipan B*Pop di akhbar Berita Harian.

Selain menyatakan peminat dan orang ramai akan tahu mengenai bakal isterinya apabila sampai waktunya nanti, Zizan dalam masa yang sama memberikan jawapan bahawa tarikh perkahwinan akan ditetapkan oleh ibunya apabila sudah bersedia nanti.-selebritistory

Ramai doakan kejayaan saya - Jep Sepahtu

Berbanding pelawak popular lain seperti Zizan Razak, Johan dan Nabil yang dilihat dominan, Jep dari Kumpulan Sepahtu sebenarnya dianggap pelawak yang kurang mendapat perhatian. Namun sebenarnya Jep cukup hangat di liganya tersendiri dan tidak hairan namanya diumumkan sebagai pemenang trofi Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada Anugerah Lawak Warna 2015 yang berlangsung, baru-baru ini. 


Ramai doakan kejayaan saya - Jep Sepahtu

Kemenangan itu kali ketiga menjadi miliknya dan Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 30, selesa berada dalam keadaan sekarang di mana dia dilihat tidak terlalu menonjol atau berada di bawah. 


"Saya memanjat kesyukuran. Saya rasa di sebalik kehadiran saya seperti biskut...sekejap ada dan sekejap tiada, masih ada satu simbolik sokongan berterusan. "Saya tak tahu dari mana sokongan itu datang tetapi dapat merasainya. Doa dan sokongan mereka di luar sana termasuk peminat, sangat dihargai. Saya yakin doa itu sangat mustajab. Alhamdulillah ia bukti ramai doakan kejayaan saya," katanya kepada BH Online. 

Jep turut memberitahu dia selesa membuat persembahan lawak di atas pentas berbanding berlakon dalam drama atau filem. Malah kewujudan saluran lawak Astro Warna terus memberi platform pelawak sepertinya untuk berkongsi bakat yang ada sekali gus menambah rezeki kepada pelawak baharu sepertinya. 

"Ikutkan saya ada dapat banyak tawaran berlakon tetapi saya menolaknya. Entahlah saya rasakan diri ini tak ada bakat berlakon. Kalau nak buat lawak dan orang ketawa itu mungkin ia forte saya. "Bagi saya persembahan lawak di pentas itu lebih membuatkan saya menjadi diri sendiri dan tanpa perlu terikat dengan skrip. "Dalam hal ini saya bukannya 'demand' kerana menolak projek lakonan. Dalam hal ini, saya sangat selektif. "Kalau ada tawaran berlakon yang bagus dan berkualiti, pastinya saya akan cabar diri untuk melakukannya. Kerja seni ini bukan perkara mainan, jadi saya tidak mahu terlalu selesa dan terima apa sahaja yang dilihat tanpa mempertimbangkannya dengan sebaik mungkin," katanya.-bharian

Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Aktres Raja Farah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail, 33, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.51 pagi Ahad.


Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan


Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara sederhana di Masjid Ampuan Jemaah, di sini dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah dengan disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas manakala wang hantaran dirahsiakan.

Raja Farah yang mengayakan busana rekaan Ezuwan Ismail itu turut menerima lima dulang hantaran dan membalas tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan pada 13 September di Hotel De Palma, Ampang.

Terdahulu pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan  Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei lalu.

Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.-mstar

Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan






































Friday, September 4, 2015

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Semakin hangat percintaan Sharnaaz Ahmad dengan Noor Nabila ni. Kami dapat kiriman di inbox beberapa foto sempena hari jadi Noor Nabila. Memang sepadan la kami tengok pasangan ni. Muka pun masing-masing macam ada iras sikit. Hehe. Jom kita layan foto-foto ni. Biar gambar yang berbicara.-ohbulan

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30
Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30