Thursday, January 7, 2016

Peminat Enggan Lihat Siti Nordiana Berimej Moden

Penyanyi Siti Nordiana berkata kebanyakan peminatnya tidak gemar melihat dia berpakaian terlalu moden.

Peminat Enggan Lihat Siti Nordiana Berimej Moden


Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana, 31, berkata, teguran itu boleh diterimanya memandangkan dia sendiri melihat dirinya kurang sesuai berpakaian secara berlebih-lebihan.

"Memang sekarang ini peminat-peminat begitu prihatin dengan setiap pergerakan dan pemakaian saya.

"Sampaikan gincu mana yang sesuai dan tidak sesuai pun mereka bercakap. Cuma mereka tidak suka jika saya terlalu 'urban' dalam berpakaian. Pernah sekali saya memakai 'jumpsuit' dan mereka tegur," katanya kepada mStar Online.

Nana ditemui pada majlis sidang media Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya di sini pada Khamis.


Beritahu Nana, sebagai seorang penyanyi yang kembali bersinar dalam industri seni tempatan, dia  begitu peka dengan setiap teguran daripada peminat-peminatnya.

Peminat Enggan Lihat Siti Nordiana Berimej Moden


Malah kemana-mana sahaja dia pergi, peminat akan diberi keutamaan tidak kira jika mereka mahu bergambar atau bersalaman.
"Berbeza dengan dahulu, jika saya penat, saya tidak akan layan peminat. Tetapi sekarang lain.

"Mereka banyak menaikkan saya dan kerana itu saya tidak mahu menghampakan mereka dan akan layan sebaiknya," ujar Nana.-mstar

Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya

Pelakon Fizo Omar menganggap ulasan sebuah blog yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen bukan dibuat dengan cara yang betul.


Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya


Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.
"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Fizo berkata demikian selepas ulasan sebuah blog Kisah Emas Putih terhadap restoran miliknya FizoMawar Kitchen yang dikatakan tidak memuaskan apabila perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan.

Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan, sejak pembukaan restoran tersebut tiga minggu lalu, mereka menerima kehadiran pelanggan yang terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Katanya, pelanggan yang diluar jangkaan itu membuatkan perkhidmatan restoran tersebut agak perlahan.
"Sejak dibuka memang terlalu ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk dan pekerja yang pada awalnya hanya 15 orang terus saya tambah menjadi 30 orang.

"Saya akui perkhidmatan agak lambat kerana restoran ini baru beroperasi dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya juga minta maaf jika ada yang menunggu hidangan agak lama kerana setiap makanan kami ada prosuder operasi yang perlu diikuti setiap pekerja," ujarnya.

Sementara itu, Fizo meminta pelanggannya agar memberi peluang restoran tersebut memperbaiki kelemahan sedikit demi sedikit berikutan ia masih lagi baharu.

Selain itu, katanya, pembukaan restoran tersebut juga  telah memberi peluang pekerjaan kepada 30 rakyat Malaysia sebagai punca pendapatan.
"Saya terkilan kerana penulis blog tersebut merupakan orang Melayu dan sepatutnya dia menyokong kita yang sama bangsa untuk berniaga.

"Saya buka restoran ini pun memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan saya tidak pernah mengambil pekerja luar seperti Indonesia atau Bangladesh.

"Kalau saya hanya fikirkan tentang bajet atau mahu kaut keuntungan sudah tentu saya ambil pekerja luar sahaja kerana mereka lebih murah," ujarnya.

Sementara itu, penulis blog Kisah Emas Putih, Siti Aminah, 26, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan perniagaan pelakon tersebut.

Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya


Katanya, apa yang ditulis di blog miliknya itu merupakan pengalaman yang dilalui sendiri di restoran berkenaan.
"Saya sudah membuat pelbagai ulasan selama enam tahun di blog saya tapi saya akui ini kali pertama saya buat ulasan yang buruk kerana pengalaman yang saya lalui di restoran tersebut.

"Namun saya tidak sangka ramai yang baca dan viralkan perkara itu sehingga menjejaskan perniagaan restoran terbabit. Saya sudah minta maaf secara peribadi kepada pelakon itu andai perniagaannya terkesan dengan penulisan saya," ujarnya.-mstar

Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Pelakon dan penyanyi wanita terkenal dari Singapura, Hetty Sarlene Abdul Hamid sah sudah pun bertunang dengan seorang jejaka kacak berasal dari Britain bernama Daniel Oakes.


Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Agensi berita tempatan, MediaCorp pada Khamis malahan diberitahu, Hetty Sarlene juga telah pun membuat perancangan untuk melangsungkan perkahwinannya itu pada pertengahan tahun ini.

Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi ‘panas’ menerusi media sosial mengenai siapakah jejaka bertuah yang bakal berjaya ‘curi hati’ aktres serta penyanyi kelahiran Singapura berusia 31 tahun itu.


Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Pernah popular melalui drama bersiri Sembilu arahan Datuk Yusuf Haslam, dia sempat berkongsi status terkini dan memuat naik gambar dirinya mengikat pertunangan di London pada 25 Disember 2015.

Hetty Sarlene yang pernah glamor menerusi lagu duet bersama Anuar Zain berjudul Demi Cinta Kita itu turut memuat naik gambar cincin pertunangan menerusi akaun Instagram miliknya minggu lepas.

Menurut penyanyi Melayu Islam yang sinonim dengan lagu-lagu hits seperti Rindu Aku Rindu dan Sangsi Asmara di Instagram, dia mengesahkan jejaka Inggeris bernama Daniel merupakan tunang beliau kini.

Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Memandangkan tuan punya diri belum kembali ke Singapura, Mediacorp sempat menghubungi ibu Hetty Sarlene, Sariah Omar yang juga pengurus Hetty untuk mendapatkan respons mengenai perkhabaran gembira itu.

Awalnya, ibu Hetty Sarlene agak keberatan bercakap mengenai pertunangan anaknya memandangkan majlis pertunangan bersama Daniel adalah ‘tertutup’ dan secara kecil-kecilan sahaja dihadiri ahli keluarga.

Bahkan, beliau secara jujurnya mengatakan mereka sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi cerita kepada pihak media mengenai berita pertunangan secara mengejut Hetty Sarlene pada ketika ini.Namun beliau mengalah juga setelah dipujuk: “Kalau sesiapa sudah tengok di Instagram, tengoklah. Kita tak nak uar-uarkan sangatlah. Tapi untuk hari bahagia mereka nanti, memang kakak akan bagi tahu media.”

Yang pasti, majlis perkahwinan Hetty Sarlene dan pasangannya dijangka akan berlangsung pada pertengahan tahun 2016 nanti di Singapura yang turut akan dihadiri oleh anggota keluarga pihak Daniel.


Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Apa pula komen ibu Hetty Sarlene mengenai bakal menantu beliau? Jawabnya: “Dia dah memeluk Islam, jadi keluarga di sana nak jumpa. Mak dia (Daniel) nak sangat tengok siapakah bakal menantu mereka.“

Selain itu, Sariah tidak menafikan bahawa anaknya akan ke Kuala Lumpur selepas cuti Tahun Baru Cina bagi berbincang dengan pihak syarikat rakaman NSR mengenai pembikinan single terbaharu penyanyi tersebut.

Kali terakhir Hetty Sarlene merakamkan single adalah pada tahun 2010 lalu menerusi lagu Siapa Diriku Di Sisimu dan menurut ibu artis itu lagi: “Insya Allah, ia akan dirakamkan sebelum Hetty berkahwin nanti.”

Mungkinkah judul lagu single terbaharu Hetty menggambarkan kebahagiaan yang sedang dikecapi dia kini bersama-sama jejaka pilihan hatinya? Kita nantikan sahaja!!! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Furious 7 Menang Filem Pilihan ‘People Choice Awards’

FURIOUS 7 memenangi kategori Filem Pilihan dan Filem Aksi Pilihan pada majlis anugerah People Choice Awards 2016 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat sebentar tadi.

Furious 7 Menang Filem Pilihan ‘People Choice Awards’

Sementara bagi kategori Drama TV Terbaik pula dimenangi sitkom The Big Bang Theory.

Hos terkenal Ellen DeGeneres pula menerima Anugerah Khas ‘Humanitarian’ dan Hos Terbaik.

Majlis anugerah ini dihoskan oleh pelakon Jane Lynch.

Di bawah adalah senarai penuh pemenang People’ Choice Awards:

Filem: “Furious 7“

Pelakon Lelaki: Channing Tatum

Pelakon Wanita: Sandra Bullock

Filem Aksi: “Furious 7“

Filem Komedi: “Pitch Perfect 2“

Filem Drama: “The Martian“

Filem Keluarga: “Minions“

Filem Thriller: “Taken 3“

Rancangan TV: “The Big Bang Theory“

Network TV Komedi: “The Big Bang Theory“

Network TV Drama: “Grey’s Anatomy“

Cable TV Komedi: “It’s Always Sunny in Philadelphia“

Cable TV Drama: “Pretty Little Liars“

Rancangan TV Pertandingan: “The Voice“

Siri Streaming: “Orange is the New Black“

Rancangan TV Animasi: “The Simpsons“

Muzik Lelaki: Ed Sheeran

Muzik Wanita: Taylor Swift
-mynewshub

Saturday, January 2, 2016

Nas-T, Atitah Haris Pergi Kursus Kahwin Bersama?

Sebelum ini, pelakon Nas-T pernah menyatakan bahawa dia selesa berkawan dengan model busana muslimah Atitah Haris dan khabarnya dari sumber kami, mereka dilihat menghadiri kursus kahwin yang bersama-sama.


Nas-T, Atitah Haris Pergi Kursus Kahwin Bersama?


Jika dilihat kepada beberapa siri gambar yang dikongsikan di Instagram Atitah, mereka juga sering keluar bersama-sama ditemani oleh anak Atitah sendiri. Malah ada peminat yang bagaikana dapat menghidu mengenai hubungan yang terjalin di antara mereka.

Nas-T, Atitah Haris Pergi Kursus Kahwin Bersama?


Melalui portal Mangga Online sebelum ini, Nas-T juga menjelaskan bahawa dia cukup serasi dengan wanita berkenaan malah tidak menafikan jika ada peminat yang mengatakan mereka bercinta. Macam sudah tidak lama kalau sudah pergi kursus kahwin ini. Jika betul, moga semuanya baik-baik belaka.
“Kalau ada yang mengatakan kami bercinta, terpulanglah… sebab setiap individu punya hak untuk menilai. Saya tidak mahu beri komen tentang cinta. Sebagai manusia, kita sememangnya digalakkan untuk berkawan dengan ramai orang”

“Memanglah teringin untuk mencari pengganti. Tidak ada siapa yang mahu hidup keseorangan. Saya tidak mahu terlalu mencari cinta kerana takut nanti kecewa lagi. Hanya berserah pada rezeki saya di masa akan datang,” katanya dipetik melalui portal tersebut.-rotikaya

5 Lagi Foto Atitah dan Nas-T Disni

Punca Syamel Lebih Popular Daripada Juara AF2015

Bekas peserta Akademi Fantasia 2015 (AF2015) Syamel menjelaskan kemungkinan populariti yang diraih melebihi juara Af2015 iaitu Sufi adalah disebabkan lagu ciptaannya Hidup Dalam Mati lebih mendapat sambutan.


Punca Syamel Lebih Popular Daripada Juara AF2015


Syamel yang menjadi naib juara program tersebut bersyukur kerana peminat-peminat ketika di AF2015 terus menyokong perjuangannya yang baharu sahaja melangkan ke industri hiburan tanah air.
"Saya rasa populariti yang saya raih ini btidaklah mengatasi juara iaitu Sufi, bagi  saya ia adalah kebetulan sahaja kerana lagu saya mendapat sambutan.

"Saya bersyukur sangat kerana pemiant masih menyokong dan mengundi lagu ciptaan saya Hidup Dalam Mati itu untuk terus dimainkan di radio-radio tempatan," ujarnya.



Syamel berkata demikian ketika diminta pendapatnya tentang populariti di raih kini mengatasi juara program tersebut iaitu penyanyi berasal dari Singapura Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid.

Bukan sahaja lagu Hidup Dalam Mati menduduki carta-carta radio tempatan, malah penyanyi ini juga tersenarai dalam tiga katogori Anugerah Meletop 2015 yang bakal berlangsung pada 28 Februari 2016.

Dalam pada itu, Syamel berkata, sebagai penyanyi baharu dia berasa terharu apabila lagu ciptaannya sendiri yang dinyanyikan pada pentas akhir program tersebut dapat diterima pendengar.

Katanya, dia turut berharap lagu ini dapat diterima dalam tempoh yang panjang dan diingati seperti lagu-lagu lagenda lain.
"Lagu ini mungkin digemari kerana radio kerap putar, namun saya inginkan lagu ini berjaya terpahat di hati pendengar untuk jangka masa yang agak panjang.

"Saya mahu anak cucu syaa juga tahu lagu ini seperti contoh lagu Memori Berkasih yang masih diingati biarpun sudah lebih 10 tahun," ujarnya.

Sementara itu, Syamil berkata, sejak bergelar penyanyi, dia berasa tersentuh apabila masyarakat dan orang-orang yang tidak dikenali menghargai hasil kerja dan nyanyiannya.
"Saya rasa dihargai apabila semua orang yang saya tidak kenali tetapi mendoakan saya. Saya tersentuh apabila mereka berterima kasih kerana saya nyanyi dengan baik. Perkara tersebut yang tidak pernah saya rasa ketika sebelum jadi penyanyi dahulu," ujarnya.-mstar

Black Hanafiah Lalui Sesi Uji Bakat Lebih 20 Jam

Penyanyi dan mentor bagi program Mentor Milenia, Black Hanafiah memberitahu terpaksa berhadapan dengan uji bakat lebih 20 jam bagi mencari tiga calon protege bagi program yang bakal berlangsung malam Ahad.


Black Hanafiah Lalui Sesi Uji Bakat Lebih 20 Jam


Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanifiah, 28, berkata, dia berpuas hati apabila berjaya memilih tiga peserta terbaik daripada lebih 300 peserta yang hadir pada sesi uji bakat yang berlangsung pada 26 Disember lalu.
"Saya merupakan mentor terakhir yang membuat uji bakat mencari protege dan sesi tersebut mengambil masa yang agak panjang iaitu lebih 20 jam. Bermula daripada pukul 9 pagi hingga pukul 6.30 pagi keesokkannya.

"Alhamdulillah, terlalu ramai yang berbakat dan menyukarkan saya untuk membuat pilihan terbaik, hingga bertemu tiga peserta yang saya rasakan paling layak untuk program ini," ujarnya kepada mStar Online.

Black merupakan salah seorang mentor dalam program realiti nyanyian Mentor Milenia bersama tiga penyanyi lain iaitu Azlan, Hazama dan Akim Ahmad.

Black Hanafiah Lalui Sesi Uji Bakat Lebih 20 Jam


Black berkata, dia juga terpaksa mengubah kenyataan awal kepada media untuk mengambil hanya peserta lelaki pada awalnya, bagaimanapun, tidak dapat menolak beberapa peserta wanita yang hadir mempunyai kualiti luar biasa.
"Memang sebelum ini saya mengutamakan peserta lelaki sahaja atas beberapa sebab dan ketika sesi uji bakat lalu kebanyakkan pesreta yang datang juga adalah lelaki.

"Namun, saya tidak boleh menolak beberapa peserta wanita yang datang mempunyai kualiti bakat yang luar biasa dan ada identiti tersendiri.

"Sayang sekiranya saya tidak mengambil mereka untuk mencuba nasib kerana ini merupakan pertandingan," ujarnya.

Dalam pada itu, Black berkata, dia menilai peserta menerusi beberapa aspek yang difikirkan mempunyai nilai untuk terus berada dalam industri terutama selepas keluar daripada program tersebut.

Katanya, ia bukan hanya sekadar nyanyian, malah melihat dari sudut penampilan yang menarik serta pakej yang seimbang untuk diketengahkan sebagai seorang selebriti.

"Saya ingin membuktikan kepada semua, saya boleh mencari bakat baru yang berkualiti daripada pelbagai aspek," ujarnya.

Dalam pada itu, pernah bergelar juara Mentor musim ketiga, Black menganggap dirinya mempunyai sedikit kelebihan berbanding mentor lain.

"Itu menjadi kelebihan buat diri saya. Tetapi tidaklah hanya bergantung kepada gelaran juara itu sahaja kerana mentor lain juga mempunyai kelebihan tersendiri," ujarnya.

Mentor Milenia yang bakal bersiaran setiap Ahad di TV3 bermula 3 Januari 2016, pukul 9 malam.-mstar

Panas!!Adik Anzalna Nasir Yang Tidak Pernah Dilihat Di Media

Siapa sangka pelakon popular yang sedang meningkat naik, Anzalna Nasir mempunyai adik perempuan...
 
Panas!!Adik Anzalna Nasir Yang Tidak Pernah Dilihat Di Media

Siapa sangka pelakon popular yang sedang meningkat naik, Anzalna Nasir mempunyai adik perempuan yang sangat lawa. Malah dikhabarkan yang adik Anzalna ini, Afifah Nasir bakal muncul dalam satu drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Tambahan lagi, beliau berlakon di sisi pelakon popular tanah air dan juga pelakon utama Polis Evo iaitu Shaheizy Sam.

Malahan, muka mereka seiras dan ramai yang mengatakan mereka adalah kembar. Tapi hakikatnya mereka hanya adik dan kakak. Jom kita layan gambar cun melecun adik Anzalna ini.
Panas!!Adik Anzalna Nasir Yang Tidak Pernah Dilihat Di Media

Panas!!Adik Anzalna Nasir Yang Tidak Pernah Dilihat Di Media

Panas!!Adik Anzalna Nasir Yang Tidak Pernah Dilihat Di Media


Memang tidak disangkalkan lagi yang adiknya mempunyai wajah yang jelita macam kakaknya. Confirm lepas ini ramai yang meminatinya.-sensasi

Tuesday, December 22, 2015

Pemilik Butik Jimmy Couture Dedahkan Perangai Sebenar Siti Nordiana

Pemilik butik Jimmy Coture menerima tempias populariti Siti Nordiana apabila butiknya menjadi perhatian gara-gara penyanyi itu memakai pakaiannya dalam Gegar Vaganza 2 (GV 2).

Pemilik Butik Jimmy Couture Dedahkan Perangai Sebenar Siti Nordiana

Jimmy atau nama sebenarnya Zaizakrani Ismail, 31, berkata, dia tidak menyangka perniagaan fesyen yang dibinanya sejak beberapa tahun lalu menunjukkan peningkatan selepas Siti Nordiana diumumkan juara Gegar Vaganza 2 pada 13 Disember lalu.

"Asalnya, Haiza memperkenalkan Nana (Siti Nordiana) kepada saya yang meminta saya mereka baju untuk persembahannya kerana tiada orang yang mahu menaja pakaian dia."Jadi saya dengan niat ikhlas mahu membantunya. Tak sangka pula saya turut mendapat tempias Nana dengan menerima lebih sepuluh tempahan setiap minggu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Pemilik Butik Jimmy Couture Dedahkan Perangai Sebenar Siti Nordiana

Selain Siti Nordiana dan Haiza, Jimmy turut menaja pakaian Azian Mazwan Sapuwan dalam rancangan itu.Tambah Jimmy, sejak konsert itu berakhir, kebanyakan pelanggan mahukan rekaan gaun seperti yang digayakan Siti Nodiana."Mereka mahu tahu apa yang Nana pakai dan jenis kain apa yang digunakan. Begitu terperinci mereka bertanya.

"Kemudian mereka akan meminta saya menghasilkan gaun seperti yang dipakai Nana," ujarnya.Sementara itu, Jimmy berkata, dia cukup senang bekerjasama dengan Nana memandangkan penyanyi itu seorang yang tidak cerewet.

"Nana antara artis yang tidak cerewet. Cuma dia mahu pastikan baju yang direka itu sedikit longgar dan tudungnya menutup dada. Walaupun GV2 sudah selesai, dia masih menggunakan khidmat saya.

"Saya masih teringat bagaimana dia begitu segan mahu bertemu saya kerana menganggap dirinya tidak layak mendapat tajaan baju. Dia seorang yang sangat merendah diri," katanya.
Dalam Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana menerima wang tunai RM100,000 kerana menjuarai rancangan itu.Menerusi temubualnya dengan mStar Online sebelum ini Siti Nordiana berkata, usahanya untuk mendapatkan tajaan pakaian bagi menyertai rancangan itu dipandang sebelah mata oleh kebanyakan pereka fesyen popular kerana tarafnya dilihat sebagai 'penyanyi kampung'.-hartini